Berkat kekalahan cemerlang 4-1 skuad bola Gen-13 MATRI di Kelab Sultan Sulaiman sebelum ini, syarikat gergasi agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, SyoknyaTravel telah bersetuju untuk menaja jersi bola pasukan Gen-13 MATRI. Jersi bola Gen-13 MATRI dengan design baharu telah di-release oleh designer Gen-13, saudara Amin Roseli pada hari Jumaat, 29 Januari 2022. Rata-rata warga Gen-13 MATRI telah menyambut positif perkembangan ini."Syukran Hilmi Razak...
Dari kiri: Ayen, Rizal, Hariz (kawan baik Syauqi), dan Rijal."Mai-mai kopi nak habeh dah, pizza panaz-panazz"Begitulah komen seorang netizen yang menggunakan nama samaran Rijaluddin bin Abdul Manaf ketika memeriahkan kedai kopi hipster viral terbaru, Rollie Cafe di Southville, Bangi. Wartawan kami sebelum ini telah membuat liputan perihal kafe ini yang dibuka oleh alumni Gen-13 MATRI, Nazrin Nasser (Ayen). Rijal yang kelihatan kacak dengan...
Pendedahan Eksklusif! Radhi dan Umair Dibeli KBHI?
By Syed Ahmad Fathi - Friday, January 28, 2022
Radhi yang sedang berbincang dengan tim KBHI untuk berkonspirasi.Hari ini tular di media sosial gambar-gambar pemain-pemain pasukan Gen-13 MATRI yang dilihat sedang melakukan proses tawar-menawar dengan pasukan KBHI. Lebih menggemparkan salah seorang pemain yang terpalit dengan kontroversi ini adalah Radhi Abdul Rahman yang merupakan pengarah Reunion Gen-13 di Teluk Senangin, Perak. Khabar angin kini kuat bertiup perihal beberapa pemain pasukan Gen-13 MATRI yang...
Berbisa! Atlet KBHI Mulakan Latihan Untuk Bertemu Gen-13 MATRI
By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 23, 2022
23 Januari 2022/Kinta, Perak - Atlet KBHI, Muhammad Raif bin Abdul Rahman dilihat telah memulakan langkah untuk berlatih bagi membuat persediaan menentang Pasukan Gen-13 di Manjung, Perak pada 26 Februari ini. Melalui applikasi Strava, Raif telah berkongsi lariannya sejauh 5 kilometer dengan pace sebanyak 9.16 dalam masa hanya 46 minit dengan kapsyen "setelah sekian lama". Kapten pasukan KBHI yang juga merupakan pelakon sambilan...
Padu Terokz! Ayen Buka Kedai Kopi di Southville City, Bangi
By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 23, 2022
Alumni Generasi Ke-13 MATRI, Nazrin Nasser atau lebih dikenali sebagai Ayen telah melebarkan bisnes beliau dengan membuka kedai kopi di Southville City, Bangi. Perkara ini telah dikongsikan oleh Tauke Mokti's Bandar Seri Putra, Syahmi Rosle yang telah menulis "mari-mari minum kopi kedai ayen". Perkara ini turut mendapat perhatian dari CEO Syoknya Travel, tuan Hilmi Razak yang menulis "terbaik".Melalui laman Facebook rasminya, Ayen berkongsi:"Kami akan...
Minit Mesyuarat Reunion Bil. 05: Memuktamadkan Kos dan Tentatif
By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 23, 2022
Pada 22 Januari 2022 bertempat di Google Meet, telah diadakan mesyuarat kali ke-5 bagi membincangkan hal-hal berkaitan reunion di Teluk Senangin, Perak yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Februari 2022. Walau bagaimana pun, bendahari tidak dapat hadir kerana menjaga ayahnya yang tidak sihat, manakala pengarah telah memonteng dengan memberi alasan beliau mempunyai mesyuarat lain yang lebih penting. Mesyuarat ini dipanggil oleh AJK...
Pasukan Gen-13 Mendapat Pelbagai Tawaran Perlawanan
By Syed Ahmad Fathi - Thursday, January 20, 2022
Sejak mengalami kekalahan besar di Kelab Sultan Sulaiman, pasukan bola sepak Gen-13 MATRI telah mendapat pelbagai jemputan perlawanan dari seluruh negara. Hal ini disebabkan pelbagai pasukan merasakan bahawa pasukan Gen-13 senang kena 'makan' jadi sesuai dijadikan lawan. Oleh kerana kemeriahan ini, Biro Media Gen-13, Amin Roseli telah mengeluarkan poster perlawanan-perlawanan seterusnya buat pasukan Gen-13. Perlawanan yang terdekat menyaksikan pertembungan Gen-13 dengan pasukan gergasi...
*Tentatif berikut tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.Hari Pertama, 25 Februari 2022 (Jumaat)02.00 pm - Ketibaan dan pendaftaran07.30 pm - Kuliah MaghribPenyampai: Sohibus Samahah Al-Ustaz Shauqi Murshid Al-DAPTajuk: "Konsep Ukhuwah Islamiyah Menurut Golongan Salaf".08.30 pm - Makan MalamMenu: Nasi, Kari Ayam, Kobis Goreng, Sambal Belacan, Ulam, Ikan Masin Goreng Rampai, Buah Tembikai, Air Sirap & Teh O.09.30 pm...
...
Pemain kelahiran Kampung Tunjong, Perlis, Abdul Hanan bin Abdul Halim telah menggemparkan meja warung sarapan di Kelab Sultan Ismail apabila hanya makan sesudu bihun goreng. Hanan yang sebelum ini mempunyai bentuk badan ala-ala Cristiano Ronaldo kini menghampiri saiz Hilmi Razak selepas beliau berhijrah ke Perlis untuk tinggal bersama isterinya. Ditanya kenapa makan sikit sangat, meliau mengatakan bahawa beliau ingin membantu menghabiskan bihun akak...
Pasukan Gen-13 Tewas 4-1 di Kelab Sultan Sulaiman
By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 16, 2022
Perlawanan Persahabatan Gen-13 MATRI Vs Gen-10 di Kelab Sultan Sulaiman.Rhino Arena, Kelab Sultan Ismail, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 15 Januari 2022 - Pasukan Generasi-13 Lepasan MATRI telah mengalami kekalahan teruk pada perlawanan persahabatan menentang Generasi-10 semalam. Perlawanan pada mulanya sengit dengan kedua-dua pasukan saling membuat serangan, penyerang Gen-10, Adiy Johare berjaya membuka jaringan hasil sepakan bola lambung yang berjaya menembusi gawang gol Gen-13...
Netizen Terpukau! Izzat Mat Suki Rasmikan Boot Lotto Merah
By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 16, 2022
Player kelahiran Kuala Perlis, Izzat bin Mat Suki atau lebih dikenali dengan Izzat Becks telah merasmikan kasut Lotto merah yang dibelinya semata-mata untuk perlawanan friendly menentang Batch-10 MATRI. Beliau sebelum ini telah menayangkan kasut tersebut di Facebook dengan kapsyen "Adakah tahun 2022 tahun keluar dari retirement?? Nantikan kemunculan". Namun kasut Lotto bau kedai tersebut tidak berjaya membantu beliau untuk perform pada perlawanan tersebut....
Team Utara Memeriahkan Friendly Gen-13 MATRI
By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 16, 2022
Pada 15 Januari 2022, telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pelajar lepasan MATRI generasi ke-13 menentang generasi ke-10 di Padang Bola Rhino, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perlawanan persahabatan ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat dari utara tanah air. Radhi Abdul Rahman telah menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dan turun di Stesen Tasik Gelugor pada jam 8 malam (14 Januari 2022) dan...
Poster Friendly Batch-13 MATRI VS Batch-10 Released!
By Syed Ahmad Fathi - Friday, January 14, 2022
Bagi meranchakkan lagi perlawanan persahabatan antara Batch-13 MATRI dan Batch-10 yang bakal diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada hari Sabtu jam 9 pagi, pihak biro media Batch-13, Amin Roseli telah mengeluarkan sebuah poster perlawanan. Poster ini telah diviralkan oleh manager pasukan Batch-13 MATRI, Afifi Zakaria di media sosial. Posting beliau pada 12 Januari 2022 di Facebook telah mendapat 56 likes, 35...
Pada 25 Disember 2021 bertempat di RSMY Bangi telah berlangsung Kuliah Makrifat yang telah disampaikan oleh Ustaz Rijaluddin Abdul Manaf dan juga Ustaz Syahmi Rosle. Kuliah Makrifat pada kali ini telah memfokuskan kaifiat, pengalaman, dan juga cara-cara untuk melakukan ibadah umrah. Namun kuliah kali ini sedikit hambar kerana RSMY memaklumkan teh masalla mereka telah kehabisan stok. Ustaz Syahmi Rosle turut berkongsi rahsia bahawa...
Minit Mesyuarat Reunion Bil. 04: Penyelarasan Perbelanjaan
By Syed Ahmad Fathi - Thursday, January 13, 2022
Pada 13 Januari 2022, Mesyuarat Penyelarasan Reunion telah diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan perbelanjaan bagi acara Reunion yang akan diadakan di Teluk Senangin, Perak pada 25-27 Februari 2022. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh setiausaha, Syed Ahmad Fathi yang telah membuka majlis pada jam 9.36 malam. Berdasarkan maklumat yang diterima dari borang pendaftaran, seramai 31 orang alumni Batch-13 telah mendaftarkan diri untuk menghadiri reunion kali...
Pada 11 Januari tahun 2013, satu acara riadah malam futsal telah diadakan di Extreme Park South Quay (sebutan: ki) di Bandar Sunway. Berikut adalah beberapa foto di tempat kejadian: ...