Sunday, September 11, 2011

Hadiah Dari Maha Penguasa


Sahabatku baru sahaja pulang dari tanah suci Makkah al-Mukarramah
Kepulangannya ku sambut meriah
Bertanya khabar berkongsi cerita
Keakraban tidak melupakan sahabatnya ketika di sana
Sempat membeli barang buat kami di sini
Namun aku menemui sesuatu yang lebih berharga
Khabar gembira dari bumi sentosa Mekah
Dikongsikan bersama
Pasti aku kongsi bersama kalian

Suatu ketika dia termenung ke arah Ka'bah
melihat ke suatu sudut tersergam indah
itulah Hajarul Aswad
Pantas memikirkan cara untuk mengucup batu syurga
Selesai memikirkan caranya, dia lalu beredar
Keesokan harinya
Tahulah dia akan ketentuan tuhan tetap berlaku
Dia sangka dapat tapi Allah lebih bijak menyusun diari hamba
Walau terpaksa akur dengan kehendakNya
Siapa yang tidak rindu pada harumnya syurga

Keesokan harinya dia merenung ke arah Hajar Aswad
Hatinya kemudian berbisik
Terlalu ramai yang inginkan harumannya
Tidak mengapalah jika begitu
Tak dapat pon tak apa
Tapi siapa tahu, izinNya tidak mampu dihalang
KataNya tak layak dibantah
Keesokan harinya
Walau hati sudah beralah
Tuhan tetap menginjak kaki menuju batu syurga
Sempat menciumnya
Sungguh
Sungguh benar
Sungguh agung KeesaanMu YaAllah

Jangan sangka perancangan kita pasti jadi
Sebaik mana pon kerangkanya
Terbaik mana pon kuda dan pedangmu
Jika Dia mengatakan tumbang, tetap gugur
Pasti akan gugur jua
Siapa kita hendak menetapkan urusan

Jangan sangka musuh yang kuat itu
Pasti mengalahkanmu
Kau lupa atau kau sudah hilang ingatan
Jika Dia mahu, seluruh pelosok dunia pasti beriman
Tapi Allah Maha Bijaksana
Dia serahkan tugas bagi kita
Supaya kita terus berusaha
Dan juga terus berharap padaNya

KepadaNyalah segala urusan dikembalikan
Bukan beriman pada perancangan
Di Mekah
Semuanya berlaku pantas
Yang angkuh terus takut lalu menjadi rendah
Yang rendah merasa dekatnya Tuhan

Semuanya percaya bahawa Mekah itu dekat dengan Allah
Rumah Allah yang mudah mengabulkan doa
Tapi jangan lupa masjid kita di sini
Juga hadiah dari Allah
Tempat kita memohon segalanya

Juga jangan dilupakan begitu saja
Kita masuk masjid al-Haram kita hormat segalanya
Kita jaga dari maksiat
Bila kita masuk masjid kita di sini
Kita tetap perlu yakin, doa kita pasti terkabul
Dan bila kita melangkah keluar dari masjid,
Memang kita keluar dari rumah Allah
Tapi kita masih kekal di bumi wakafan
Bumi milik Rabbal 'Alamin
Dimana saja kita berada tetap perlu jaga
Tetap usaha
Tetap yakin dengan janjiNya

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk agama Allah secara berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, dan beristighfarlah. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat."

Semoga iman kita terus meningkat sebelum menghadap Yang Maha Tinggi
Maha Besar
Maha Agung

Khabar gembira
Khas buat jiwa yang derita
Menanti hadiah istimewa
Inilah nikmat dari Maha Penguasa

Kemalangan di Felda Chuping

Takziah diucapkan dari kami Alumni lepasan MATRI ke 13 kepada keluarga adik-adik kami di Matri, Perlis diatas kemalangan yang menimpa mereka yang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mangsa yang terlibat dan memberi kesabaran kepada yang kehilangan. Kehilangan mereka meyakinkan kita bahawa kematian tidak mengenal usia.Mereka telah pergi dan kita bakal menyusul.

Senarai yang terlibat kemalangan:
1. Shahidan Bin Ali - Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Petikan berita Star Online: 
PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, Ahad.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.
Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.
Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.
Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.
Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.
Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.
Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.
Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF pada Ahad. - BERNAMA

Kenyataan rasmi dari Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah. 

Gambar-gambar van:



Ingat Allah Setiap Masa



Khusyuk itu tidak terhad sekadar di Masjid
Khusyuk juga bukan hanya di dalam solat
Khusyuk itu ilmu utama
Untuk diketahui pentingnya ia
Khusyuk itu menyempurnakan amal
Memberkati hayat
Merahmati kehidupan
Masa yang panjang terasa singkat
Yang berat terasa ringan
Yang banyak dirasakan sedikit
Khusyuk itu setiap masa
Setiap ketika
Tidak mengira tempat atau suasana
Khusyuk menenangkan jiwa
Mematangkan akal
Jalan selekoh menjadi lurus
Yang rumit menjadi mudah
Yang selerak menjadi terurus
Bukan solat sahaja benih bagi mihrab
Apa guna pohon tanpa buah
Apa guna amal tanpa ada hasilnya
Dan hasil itu datang setelah khusyuk
Khusyuk itu dalam genggaman
Genggaman hamba yang mengingati Allah
Setiap masa

Thursday, September 8, 2011

Repentance

Repentance By Cikgu Maimunah
Click to get a better view

Sunday, August 28, 2011

Baik itu Mudah


Gambar oleh Umar Muhajir

Dari Abu Hurairah R.A , katanya : " Bersabda Rasulullah S.A.W . " Berkata ALLAH Ta'ala : Apabila hambaKu berniat akan mengerjakan kebajikan , maka akan Kutuliskan satu kebajikan selama niat itu belum dikerjakannya. Apabila telah dikerjakannya , maka akan Kutuliskan sepuluh kali . Apabila ia berniat akan berbuat jahat , maka Aku mengampuni niatnya selama belum dikerjakannya. Apabila niat jahat itu telah dilakukannya , maka Kutuliskan satu kejahatan ; berkata Malaikat : Ya ALLAH! itu hambaMu mahu berbuat jahat! Sedangkan ALLAH sebenarnya lebih mengetahui. Berkata ALLAH : " Amat-amatilah dia! apabila dikerjakannya , tulislah satu kejahatan , dan apabila diurungkannya , maka tulislah satu kebajikan , kerana perbuatan itu diurungkannya sebab takut kepada Aku." Selanjutnya Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila telah baik ke-Islaman seseorang dari padamu , maka tiap-tiap kebajikan yang dikerjakannya ditulis sepuluh kali sampai tujuh ratus lipat kali ganda , dan tiap - tiap kejahatan yang dikerjakannya ditulis sekali saja sampai mati."

Sumber : Shahih Muslim Jilid I , hal. 89 , hadis 87

Setiap hari kita pasti berhadapan dengan situasi untuk memilih sama ada berbuat baik atau berbuat jahat.
Diperhatikan hadis di atas , pasti kita merasa betapa untungnya memilih untuk berbuat baik dalam setiap perbuatan kita.
Yakinlah pada janji ALLAH ini dan rebutlah peluang berbuat baik walaupun dengan seukir senyuman..
InshaALLAH!

Monday, August 22, 2011

Sucikan Jiwamu

Picture by DeviantArt


Telah banyak yang kita dengar pada hari ini mengenai program-program berbentuk islamik semuanya dalam rangka mengembalikan kehidupan Islam dan budaya kehidupan Islam itu sendiri. Semuanya dalam usaha memeriahkan suasana masyarakat muslim. InsyaAllah amal-amal ini ada ganjarannya di sisi Allah SWT. Allah saja yang mampu membalas amal kebaikan kita yang berupa kebangkitan ummat Muhammad SAW.

Disebalik Amal?

Perlu kita ketahui bahawa kemanisan sesuatu amal itu akan dapat dirasai setelah semua tujuannya dikembalikan pada Rabb dan Ilah iaitu Allah azzawajalla. Setelah niat dan matlamat disandarkan pada Allah, mengikut sistem dan cara yang dianjurkan Allah, serta bermatlamatkan redha Allah, InsyaAllah kita akan peroleh keberkahan dariNya. Kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, kemaksiatan itu menghapuskan keberkahan dalam hidup kita. Apabila maksiat berleluasa, maka terputuslah bantuan Allah.

Suatu hari datang seorang pemuda bertemu Imam Hasan al-Bashri kemudian bertanya, wahai imam, aku telah bersolat dengan banyak sekali, namun aku tetap tidak merasai kemanisannya. lalu Imam Hasan al-Bashri menjawab, hal yang demikian kerana kamu menyembah solat. Sembahlah Allah dengan sebenarnya.

Begitu juga di bulan ramadhan yang penuh berkat ini, janganlah kita menjadi hamba ramadhan tapi jadilah hamba Allah semata-mata. Segala amal yang kita lakukan pada bulan ini perlu kita laksanakan juga di bulan yang lain. Malah terus-menerus meningkatkan amal kita. Orang yang berkurang amalnya dilaknat Allah. Orang yang sama sahaja amalnya adalah orang yang rugi. Dan orang yang meningkat amalannya adalah orang yang beruntung.

Bagaimana?

Jadi perlulah kita ingat dalam rangka mengembalikan hubungan yang benar antara amal dan iman, perlu perbaiki niat terlebih dahulu. Perbaiki hati agar penuh ikhlas beramal kerana Allah SWT. Perbaiki jalan amal kita agar senantiasa mengikut jejak Baginda Rasulullah SAW. Dari sini insyaAllah timbullah kesedaran bahawa disebalik perlunya meningkatkan alam, perlu juga dibaiki iman. Kerana kita langsung tidak mengetahui tahap manakah iman kita. Setakat yang mampu diukur hanya dari sudut amal.

Jika kita benar-benar ingin menyucikan diri dengan iman yang suci dan jernih, perlu terlebih dahulu membuang kotorannya. Kotoran yang melekat dihati sebelum ia menjadi karat, ada baiknya kita mula dari sekarang.

Bersihkan iman terhadap Allah Subhanahu WaTaala... Sebagaimana kita ketahui inilah rukun pertama dalam iman supaya segalanya dikembalikan kepada Allah. Sedikit saja terseleweng dari niat yang sebenar, menyebabkan jalan kita makin lama semakin jauh dari Allah. Maka dari situ timbullah penyakit-penyakit hati seperti rasa tidak puas hati dengan pemberianNya, hasad dengki, sangka buruk terhadap Allah, melakukan sesuatu kerana manusia juga menyebabkan terjatuh dalam jurang kesyirikan. Apabila kita lakukan sesuatu amal kerana manusia, maka amal tersebut sekali-kali tidak akan kekal.

Iman terhadap Rasulullah. Para rasul yang diutuskan kepada hamba Allah mempunyai tujuannya yang tersendiri. Supaya mereka menunjukkan kepada kita langkah yang perlu diambil untuk sampai kepada Allah. Juga menjadi langkah yang paling selamat, bijak, berkesan dan terjamin balasannya disisi Allah. Kerana mereka para rasul dididik secara 'direct' daripada Allah SWT. Bagi yang cuba untuk memikirkan langkah terbaik tanpa mengambil langkah Rasul, perlu kita ingat pada Kalam Allah bahawa Rasulullah itulah contoh suri teladan TERBAIK. Maka apakah ada ketetapan yang lain selain yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul? Jika kita kembalikan hati dan tubuh kita mengikut jalan para Anbiya' InsyaAllah tidak akan rugi.

Iman terhadap malaikat. Malaikat yang diutuskan Allah sebenarnya menjadi pengawas bagi kita dan pelindung. Bagi mereka yang yakin akan kebersamaan para malaikat dengan orang-orang beriman, mereka sekali-kali tidak akan melakukan kejahatan. Kerana kita tahu bahawa malaikat tidak pernah melanggar arahan Allah. Mereka mencatat segala amal kita. Bahkan membuat kita menjadi malu untuk melakukan kejahatan. Sekali maksiat hati umpama lintasan-lintasan hati yang buruk, sehinggalah terbentuknya amal.

Iman kepada Al-Quran. Ya inilah panduan asasi kita yang sebenarnya telah hilang dihati masyarakat. AlQuran ini dijual di rata-rata tempat, malah ada yang membelinya dengan jumlah yang banyak kerana 'designnya' yang cukup menarik. Namun hal yang demikin hanya menjadikannya sebagai hiasan di dinding, almari dan sekitar rumah. Hanya dirujuk ketika menghidap penyakit. Hanya dibaca ketika Ramadhan. Fahamilah bahawa AlQuran itu diturunkan sebagai petunjuk dan rahmat. Maka ambillah ia dalam semua konteks kehidupan. Apabila kita mula meninggalkan apa yang diperintahkan di dalamnya, datanglah kerosakan bagi kita.

Iman kepada Hari Akhirat. Beriman pada alam akhirat membuatkan hati sentiasa merindui kampung halaman kita. Kediaman asal Nabi Adam a.s. Membuatkan kita terus yakin bahawa adanya kehidupan yang paling sempurna berbanding dunia yang hanya kerosakan ini. Juga membuatkan hati bertambah takut apabila memikirkan tentang azab neraka yang disediakan bagi orang-orang yang tidak mahu berusaha sedikitpon membaiki amal dan iman mereka.

Iman kepada Qada' dan Qadar Allah SWT. Inilah antara iman yang penting juga kita fahami bahawa tanpa iman terhadap qada dan qadar akan membuatkan hati sentiasa dalam resah gelisah, lemah, layu, sakit, sedih, dan tidak redha pada hakikat alam dan ketentuan Allah. Bila kita tidak yakin bahawa Allah menetapkan sesuatu yang terbaik bagi kita, menyebabkan kita senantiasa tidak redha padaNya apabila Dia mengambil sedikit dari kita rezekiNya. Bila jatuh sakit sedikit sahaja, kita mula memarahi penyakit kita. Hati menjadi tidak redha. Sedangkan Kalam Allah menjelaskan sebelum mencari redha Allah, perlu terlebih dahulu meredhainya. Segala kekurangan diredhai dan kelebihan disyukuri.

Seorang pemuda berkata "ya Allah redhailah segala amalan ku. Berilah aku redhaMu." Lalu kata-katanya ini didengari oleh Rabiatul Adawiyah. Dia pon berkata pada pemuda itu "bagaimana engkau mengharapkan keredhaanNya sedangkan engkau belum redha terhadapNya"

InsyaAllah semoga dengan sedikit perkongsian ini Allah membuka hati kita untuk menjadi golongan muqarrabin, iaitu golongan yang sentiasa mendekatkan dirinya dengan Allah Subhanahu WaTa'ala.... Amin....

Shining Lamp


"And we have made (therein) a shining lamp (sun)"
[78:13]

Friday, August 19, 2011

Malaikat kecil




Cerita ini sebenarnya dari facebook . Hanif Hilmi yang share. Tak tahu sumber asal dari mana. Tapi sangat terkesan juga bila baca.


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.

Thursday, August 11, 2011

Inni Soim

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku berpuasa." Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya.
(Hadith Sahih Muslim Jilid 2, No. 1117)

Friday, August 5, 2011

Ayat-Ayat Cinta



Abu Karimah, nama sebenarnya Miqdam bin Ma'diyakrib, melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata , "Apabila seseorang itu mengasihi saudaranya, beliau hendaklah memberitahu orang itu bahawa beliau mengasihinya."

-Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi-


click gambar kalau nak expand. maaf gambar tak clear. :p

Akhlak Mukmin

"orang mukmin sentiasa menyibukkan dirinya dalam memuji Allah Taala, hingga dia lupa akan keadaan dirinya, dan menyibukkan dirinya dalam melaksanakan hak-hak Allah hingga lupa akan kepentingan (hak) dirinya sendiri"

--Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari--

Thursday, August 4, 2011

Heat Treatment

Assalamualaikum semua... :) tajuk untuk kali nih kita belajar sikit ilmu material science. Saya sengaja pilih tajuk heat treatment sebab saya rasa ada hikmah disebalik ilmu yang saya belajar masa sem tiga dahulu.

Annealing?


Ni merupakan proses "hardening atau strengthening" iaitu proses untuk menguatkan lagi material kita atau pon mengubah sifat dan ciri-ciri bahan tersebut... sesuai mengikut kehendak kita. jadi setelah kita merancang untuk menghasilkan sesebuah produk, perlulah kita menyenaraikan bahan-bahan yang kita perlu guna. kalau kita memiliki bahan yang hampir sama sifatnya dengan bahan yang hendak kita gunakan untuk produk itu, maka bolehlah diubah sifatnya. banyak lagi proses-proses yang lain.

Caranya mudah saja iaitu dengan menyalurkan haba yang tinggi ( sesuai dengan jenis bahan ), sehingga masa yang ditetapkan ( bergantung pada jenis bahan ), dan kebanyakan bahan akan bertukar menjadi warna kemerahan setelah ia mencapai suhu yang tinggi. dan untuk mencapai peringkat suhu ini adalah sangat-sangat lama masanya. Setelah cukup masanya kita keluarkan dari ketuhar. proses ini dinamakan "annealing".
Kemudian bahan tersebut akan melalui proses kedua. Ini pon ada macam-macam cara. tapi saya nak sentuh satu teknik iaitu "quenching".

Quenching?


Untuk menguatkan bahan kita tadi melalui proses nih, kita mestilah panaskan bahan kita lebih daripada suhu kritikal ( annealing ). Kemudian kita sejukkan bahan kita secepat yang mungkin ( rapid cooling ). Proses menyejukkan bahan inilah dipanggil quenching. nak sejukkan bahan ada macam-macam method, seperti tekanan udara dan gas, air, minyak, silicon. dan tunggu sehingga sejuk. jadi bahagian luar bahan akan lebih cepat sejuk berbanding dalam. maka sifatnya di bahagian dalam akan sedikit berbeza. siaplah proses quenching kita.

Soul Treatment

Begitu jugalah dengan kehidupan kita di dunia yang ada sifatnya yang tersendiri. apakah sifat dunia? dunia ini sifatnya sementara ataupun bersifat tidak kekal. malah isinya juga bersifat tidak kekal. apabila dunia punyai sifatnya, maka isinya juga punyai sifat. dan dalam entri kali nih saya nak sentuh tentang sejenis makhluk di muka bumi ini yang bernama manusia.

Jenis Bahan : Manusia
Process : Annealing

Manusia jika hendakkan pada perubahan, sudah pasti ia perlu melalui proses-proses dalam kehidupan seharian. dalam setiap tindak tanduknya hanya mencari suatu perubahan. iaitu perubahan kepada yang lebih baik sehingga menjadi yang terbaik. yang terbaik diantara yang terbaik itu adalah orang yang benar-benar bertaqwa pada tuhannya.

Dalam rangka untuk berubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain perlu ada kerjanya dan tingkah laku. sifat kepada sifat, akhlak demi akhlak dan ilmu demi ilmu, perlu ada tingkah laku dan tindakan. seperti orang yang lapar kepada kenyang. jika mulut hanya menyebut makan... makan... makan... tetap tidak akan kenyang selagi mana dia tidak memasukkan makan itu kedalam perut. dalam rangka hendak berhijrah ini, perlu pada usaha dan kemahuan atas diri sendiri serta kesedaran yang sebenarnya.

dan ianya sudah pasti satu kepayahan dan jalannya sangat penuh dengan cabaran. Haba cabarannya sangat tinggi kadang-kala ada yang retak di tengah perjalanan. ada juga yang lebur kerana tidak mampu tahan dengannya. namun ada juga bahan yang mampu menahan haba yang tinggi. jika gunung-ganang berkecai apabila memegang Quran, siapakah pula manusia yang dapat mengamalkannya? itulah orang-orang yang bertaqwa hanya kepada Allah, jiwanya kuat menahan duka, langkah kakinya didengari beribu b atu, nafasnya menggentarkan lawan, kerana muslim yang sebenar itu adalah muslim yang mukminin, muttaqin dan muqarrabin. yang benar-benar beriman. yang benar-benar bertaqwa. yang dekat dengan tuhannya.

akan tetapi jika kita mengharapkan perubahan jiwa yang kuat ini dalam masa yang singkat, sebenarnya kita hanyalah bertambah lemah. kerana masa yang diambil adalah begitu lama. 13 tahun nabi Muhammad SAW menekankan soal i man pada para sahabat. Tambahan pula mereka hidup bersama Muhammad. maka hendaklah kita ingat bahawa ianya proses yang sangat panjang. akan tetapi ini bukan pula menjadi tidak untuk kita berlengah-lengah dalam menjadi muhajirin. Perubahan demi perubahan perlu dilakukan. perubahan pemahaman islam, perubahan iman, perubahan amal. setelah ia mencapai pada tahap yang tinggi, kita tidak akan sedar, bahawa kita telah banyak mengalami perubahan. telah jauh kita berhijrah.

Process: Quenching



jika proses annealing telah mengubah beberapa sifat dan ciri bahan tersebut, maka ianya belum lagi tamat di situ saja. apa gunanya iman tanpa amal. apa guna ilmu tanpa tindakan. apa guna pohon tanpa buah. apa gunanya annealing tanpa quenching. jika dibiarkan, lama kelamaan kembali pada sifat asal. ya. kembali semula ke tempat asal. setelah jauh berhijrah beribu batu, berkurun lama, kenapa pula perlu berpatah balik? sedangkan yang di belakang itu hanyalah kegelapan, dan yang menanti di sana adalah cahaya.

jika annealing itu dijalankan dengan baik dan tidak secara main-main, mengikut langkah-langkah makmal dan mendengar arahan pensyarah dengan baik, insyaAllah terhasillah kualiti iman, kualiti insani yang mulia, barulah ia layak untuk menjalani process quenching. setelah mencapai peringkat suhu yang sesuai, barulah layak untuk proses yang seterusnya. ada bahan yang tinggi tahap suhu kritikalnya. ada juga yang rendah sesuai dengan bahan masing-masing. ada orang yang mudah faham. ada orang yang lambat faham. sesuai dengan kehendak Allah yang Maha Mengetahui kebaikan setiap makhlukNya. tidak perlu berduka cita jika terasa diri lambat berubah, kerana Allah sentiasa ada, pohonlah dariNya.

setelah iman sudah mantap, maka bolehlah proses amal berubah dengan sangat-sangat cepat. begitu pantas para sahabat meninggalkan judi dan arak. kerana iman, amal menjadi kukuh. saf mereka rapat. alunan takbir mereka menggegarkan medan jihad, menggentarkan lawan dek iman yang suci dan jernih. Itulah golongan di bawah asuhan Muhammad SAW. proses yang dilalui mereka bukanlah singkat. akan tetapi bagaimana pula seorang pembunuh menjadi khalifah? bagaimana pula penentang menjadi pendokong. menjadi ulama' sekaligus menjadi tentera? semua cabang ilmu mereka kuasai. inilah orang-orang yang melalui "proses yang benar". Al-quran dan As-sunnah. Hijrahlah kerana Allah.

InsyaAllah, zaman gemilang itu pasti kembali. sinarannya pasti terang kembali. sang suria pasti terbit. ia satu kepastian. Semoga Ramadhan kali ini menjadi pendidik yang amat bermakna. kelas tarbiyah yang sangat berlimu. medan jihad yang penuh strategi.


La ilah illa Allah
Muhammad Rasullah

Tiada tiket untuk bermaksiat



Pernahkah anda mendengar ungkapan seperti ini:

"Manusia tu tak sempurna , tak lari dari membuat dosa".

Dan ungkapan-ungkapan yang lain yang sewaktu dengannya. Apakah kesilapannya ungkapan ini? Adakah ianya boleh diguna pakai?

Sebenarnya dari sudut definisi asalnya tiada yang salah.Memang fitrah manusia tak dapat lari dari melakukan dosa.Tiada yang terlepas dari dosa kecuali nabi yang maksum.

Namun ungkapan ini menjadi salah apabila ia digunakan oleh segolongan manusia sebagai tiket untuk meneruskan sesuatu perbuatan dosa atas alasan tiada manusia yang bersih dari kesalahan.

Apabila telah sedar bahawa sesuatu perbuatan itu salah atau berdosa disisi agama. Maka seharusnya seseorang itu berhenti. Kemudian memohon ampun atas kesilapan.Bukannya memberi alasan agar dapat meneruskan perbuatan yang salah itu.

Jangan lah kita ambil Islam dari sudut yang sesuai dengan nafsu dan kehendak kita sahaja dan meninggalkan apa yang tidak selari dengan kehendak kita.
Sama-sama lah kita perbaiki diri.

Sebaik-baik mereka yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat.

Semoga kita dapat meraih kebaikan di bulan Ramadhan ini.

Selamat berpuasa semua!

Wednesday, August 3, 2011

Ticket of Sins

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar membuat dosa. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan dosa." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu ingin berbuat dosa kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu ingin berbuat dosa, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu berbuat dosa, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk berbuat dosa?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Sunday, July 31, 2011

Indahkan Ramadhan





Tundukkan pandangan dari perkara yang tercela dan yang melalaikan dari mengingati Allah


Menjaga lisan dari hal-hal yang tidak bermanfaat, dusta, ghibah, mengadu domba, fitnah, pertengkaran, perdebatan, bercakap kasar, dan banyakkan diam serta sibuk dengan zikir

Menahan pendengaran dari mendengar perkara yang haram, dusta, pertengkaran, dan menjauhi dari perkara yang mendekati hal-hal yang haram

Menahan anggota badan dari perkara yang haram seperti tangan, kaki, perut, malah meninggalkan segala perkara yang tidak ada manfaat ( sia-sia )

Memakan makanan yang halal ketika berbuka puasa secara tidak berlebihan ( terlalu kenyang atau membazir ), dan banyakkan bersedekah

Setelah berbuka, hatinya tertambat dan tergoncang antara cemas dan harapan. Sama ada puasanya diterima ataupon tidak. Dan terus berusaha mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

"Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan bagi hamba-hambaNya, mereka berlumba-lumba melakukan ketaatan kepada Allah, kemudian suatu kaum menang maka beruntunglah mereka dan suatu kaum tertinggal maka rugilah mereka. Tetapi yang sangat menghairankan adalah pemain yang tertawa pada saat beruntungnya para pemenang dan sia-sianya orang yang kalah." ( al-Hasan bin Abul Hasan al-Bashri )

Rujukan : Tazkiyatun nafs - SAID HAWA

Thursday, July 28, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan



Selamat menyambut Ramadhan 1432 Al-Mubarak diucapkan kepada semua. Jangan sia-siakan peluang yang sekali ini. Tingkatkan diri , tingkatkan amalan dan tingkatkan pengetahuan.

Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang bermakna untuk kita semua. Membantu kita berubah menjadi yang lebih baik.

Semoga kita dapat bertemu Lailatul Qadar dalam keadaan yang paling baik.

Dan semoga mendapat tahapan Taqwa!

Ameen.

Wednesday, July 27, 2011

Who I Am?






Alhamdulillah, baru-baru ini, saya berpeluang menghadiri satu seminar berkaitan pendekatan genetik kepada masyarakat umum yang dianjurkan oleh Persatuan Genetik Malaysia. Walaupun saya bukanlah seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, namun dengan sedikit pemahaman tentang Bahasa Inggeris dan Sains, dapat juga saya mengikuti setiap bait kata-kata pembentang kertas kerja yang sememangnya berbahasa Inggeris.

Dalam kebanyakan pembentangan, ada satu perbincangan yang cukup menarik perhatian saya. Tentang lembu. Ya, tentang lembu. Menurut si pembentang, pada masa kini terdapat pelbagai spesies lembu yang boleh didapati di Malaysia, seperti Brahman, Kedah Kelantan, dan juga kacukan komersial Australia. Semuanya ada sifat-sifat serta karakter masing-masing.

Apa yang menarik perhatian saya apabila si pembentang mengeluarkan kenyataan,

"Kita terlalu sibuk dengan menghasilkan kacukan-kacukan untuk menghasilkan spesies baru, tetapi kita tidak pernah meningkatkan pengeluaran dan kualiti spesies baka asal. Dan kita perlu sedar bahawa spesies ini semakin hari semakin berkurangan dalam populasi di negara kita. Kita takuti suatu hari nanti, spesies ini, spesies milik Malaysia ini sendiri, akan terus pupus dan hanya tinggal dalam sejarah sahaja".

Saya tersenyum sebentar dengan kenyataan professor tersebut. " Hai, masalah manusia pun jadi masalah lembu" gumam hati kecil saya,bahawa hakikat manusia yang hilang tentang identiti mereka pada ketika ini. Lihat sahaja sekeliling kita, pada golongan remaja khususnya. Kadang-kadang simpati melihat penampilan, sikap dan mentaliti yang dibawa, seperti layang-layang yang putus tali, tidak tahu ke mana arah hidupnya. Tidak merasai bangga dan berpegang teguh pada identiti asal mereka. Terbawa-bawa dengan identiti pihak lain, maka sedikit demi sedikit, identiti Islam itu hilang dikikis arus.


Apakah kesan kepada genetik asal, apabila dijajah genetik luar ... 

Tuesday, July 26, 2011

Harimau Malaya



‎[INFO SEMASA]
Malaysia giat membaiki kelemahan d bhgn pertahanan dlm persiapan menentang Singapura di KL utk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014. 

Bagaimanakah kita?

Persiapan kita dlm memperkemaskn benteng pertahanan IMAN agar tidak dibolosi oleh pasukan HAWA NAFSU sambil menggandakn asakan utk memperoleh PAHALA dan menjulang trofi TAQWA di penghujung saingan Piala AKHIRAT 1432H ini?
Stadium RAMADHAN. LIVE IT.LIVE


From  : Faris Fitri 

Monday, July 25, 2011

Masalah dalam Kehidupan

" Pandanganku terhadap masalah... kita banyak hidup dalam kesenangan tapi bila kita menghadapi suatu masalah, kita merasakan bahawa ianya satu bebanan... sebenarnya kita patut bersyukur kerana perkara tersebut merupakan masalah.... ada manusia yang tak dapat masalah tu... jadi mereka kekal dengan keadaan yang sama.... jadi bagi mereka yang mendapat masalah, itulah sebenarnya pintu untuk menjadi orang yang lebih hebat....

penyakit yang paling merbahaya adalah apabila orang itu tidak sedar dia sedang sakit... jadi apabila dia telah sedar bahawa dia jatuh sakit, sudah pasti dia akan mencari penawarnya... namun bagi yang tidak sedar akan penyakitnya, dia akan biarkan tubuhnya menderita secara tidak sedar, dia sedang mengalami luka2 yang semakin parah....

bersyukurlah ketika kita sedar bahawa kita sedang menghadapi masalah.... Kenapa Said Hawa menjadi ulama tasawuf yang hebat? Kerana beliau juga dahulu mengalami masalah jiwa... begitu juga dengan Imam Ghazali.... mereka melalui masalah2 dalam hidup... kerana itu mereka menjadi hebat....

kesenangan itu satu kenikmatan... tapi kebanyakan nikmat itu adalah istidraj.... "



Monday, July 18, 2011

Jaulah G-13 Alumni MATRI


Daripada ana : 


" Alhamdulillah..tamat Jaulah G-13 Alumni MATRI kali ni..jazakALLAHu khairan kathira kepada semua , tuan rumah Hamizan Abd Hamid & Afifie Zakaria   dengan jamuannya dan seluruh sahabat2 yg join , tahniah dgn Syed Ahmad Fathi & Aniep Ismail utk wakil tazkirah dgn adik2 MATRI..moga ALLAH terima sbgai amal soleh kita..gembira sgt2 dapat jumpa..gmbar2 bakal mnyusul..:)"



Tentatif : 
Tentatif Jaulah G-13
SABTU 16 JULAI 2011
6.00 – Subuh , Al-Mathurat
7.30 – 8.45 – Sarapan
10.00 - 12.00 – & Penyampaian 1 ( Ustaz Omar Hj Salleh )
12.15- 3.00 – Lunch ( rumah Hamizan ) , Solat Zohor
3.15 – 4.30 – Mandi Bukit Ayer , Solat Asar
5.30 – 7.00 – Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dengan MATRI U-18
8.15 – 9.10 – Tazkirah dengan adik2 MATRI ( oleh wakil Kita )
9.00 -11.00- Makan Malam BBQ di rumah Afifi
11.30 – Bebas

AHAD 17 JULAI 2011
6.00 – 8.30 - Solat Subuh , Al – Mathurat , Sarapan
 
8.45 – 11.00 - Futsal 
12.00 - 2.00 - Fotografi & Ronda Padang Besar
2.00 – 3.45 – Lunch ( rumah afifi )  & Bersurai

Wednesday, July 13, 2011

Debaran kian terasa

Assalamualaikum.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat.Sihat jasmani dan rohani.Tak sabar rasanya mahu bersua muka dengan sahabat-sahabat lama setelah lama berpisah.Hehe.

Tak ada nak share apa pun actually just nak meluahkan perasaan tak sabar hendak bertemu.Sedih juga sebenarnya ramai yang tidak dapat hadir. Tapi inshaallah ukhuwwah tu bukan sekadar berjumpa bersama. Kalau boleh saling mendoakan pun inshaallah dah cukup bagus.

Jadi di doakanlah yang tak dapat hadir semoga diberi kemudahan dan kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi. Dan bagi yang akan memulakan perjalanan didoakan agar selamat sampai nanti ke Perlis.

Terima kasih kepada organizer yang bersusah payah plan berminggu-minggu untuk pertemuan ini. Moga pertemuan ini kita dapat something yang berharga dan bukan sekadar berjumpa-jumpa kosong sahaja.

Tak sabar rasanya nak lihat perubahan-perubahan di wajah sahabat-sahabat.Perubahan di MATRI juga.Hehe.

Selamat bereunion.

Inshaallah jumpa di Perlis.

Wallahualam.

Wednesday, June 22, 2011

Siapa akan pergi dulu?

Assalamualaikum.

Lama sebenarnya sudah tidak menulis disini rindu pula.Harap semua sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Inshaallah sebagaimana yang kita tahu pada 16-17 Julai ini akan ada Jaulah bagi sahabat-sahabat yang berkelapangan dan dalam tempoh percutian di MATRI.

Ini ada sedikit tentatif program seperti yang di post oleh Pengerusi alumni kita di bahagian Event di Facebook.

SABTU 16 JULAI 2011
6.00 – Subuh , Al-Mathurat
7.30 – 8.45 – Sarapan
9.00 - 12.00 – Photografi , Ziarah & Penyampaian 1 ( Cikgu Azmi Bahari )
12.15- 2.00 – Lunch , Solat Zohor
2.15 – 4.00 – Mandi Bukit Ayer , Solat Asar
5.30 – 7.00 – Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dengan MATRI U-18
7.00 – 8.45 – Talk dengan adik2 MATRI ( oleh wakil Kita )
9.00 -11.00- Makan Malam BBQ
11.30 – Bebas

AHAD 17 JULAI 2011
6.00 – 8.30 - Solat Subuh , Al – Mathurat , Sarapan
8.45 – 11.00 - Ziarah & Penyampian 2 ( Sir Nasir Salleh )
11.00 - 1.00 - Ronda2 Perlis ( Padang Besar , Wang Kelian , Gua Kelam dsbnya )
1.00 – 3.00 – Lunch & Bersurai

Harapannya ramailah yang dapat menghadirkan diri bagi menjalin ukhuwwah yang sedia ada dan mengeratkan lagi ikatan.Bagi yang tidak dapat hadir selamat meneruskan perjuangan di medan belajar atau kerja masing-masing.

Di harap kita semua mampu melakukan yang terbaik dalam apa juga yang kita hadapi sekarang.Bagi yang sedang belajar sentiasalah memperbaharui niat , tingkatkan keazaman dan tambahkan kesungguhan.

Bagi yang telah memasuki alam pekerjaan harap dapat terus mengikuti pogram-pogram tarbiyah yang dapat membangun diri dan peribadi kita.Apa pun yang kita lakukan biarlah Redha ALLAH itu yang pertama.

Sempena di bulan Rejab ini juga.Semoga kita dapat bersiap sedia menyambut tetamu mulia yang bakal tiba kurang dua bulan lagi.Semoga kita di panjangkan umur dapat menempuh madrasah Ramadhan dengan jayanya.

Tajuk post sebenarnya tertanya-tanya siapa yang akan walimah dulu.Kalau sahibah mungkin dah dua orang kalau tak silap.Dan ada beberapa yang akan menyusul.Sahabat masih belum ada dengar lagi.

Bolehlah sapa nak jadi yang pertama.Bila dah ada nanti inshaallah ramai yang menyusul. Agaknya ALBO kut yang pergi dulu. Hehe. Tak pun Najmi.

Ok. Jumpa di reunion jika dipanjangkan umur.

Wallahualam.

Saturday, June 18, 2011

Janji Allah Pasti Benar



"Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa. Maka ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan apa yang telah dipilihkan-Nya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendakinya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki."

-Syeikh Ibnu 'Athaillah-

Adab berdoa :
  • berdoa dengan lemah lembut serta tenang
  • merendah diri sebagai hambaNya
  • tidak meninggikan suara
  • tidak mengharapkan segera termakbul
  • tidak meminta sesuatu yang tidak masuk akal
  • tidak meminta secara berlebihan kerana yang demikian akan menjauhkan kita dari berzikir kepadaNya
  • tidak mengubah2 permintaan ( tidak istiqamah)
  • sentiasa menyebut nama2 Allah dalam doa dan memuji segala sifatNya
  • memahami setiap apa yang dilafazkan sehingga meresap ke dalam hati
  • memperbaiki diri setiap masa
  • menyucikan diri termasuklah luaran dan dalaman
  • memilih waktu-waktu yang baik untuk berdoa dengan lebih panjang
  • banyakkan berdoa mengenai iman dan amal soleh berbanding meminta nikmat dunia
  • menangis sekiranya mampu ( jangan sampai berteriak)
  • berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah pasti mengabulkannya

ISTIREHAT

Misi Imam Ahmad; Suatu saat Imam Ahmad ditanya, "Bilakah seseorang itu boleh beristirehat?". Beliau menjawab, "Ketika kakinya menginjak syurga."
Dipetik dari status Abu Ridhwan

Wednesday, June 15, 2011

Empat Perkara

"Dunia Ladang Akhirat"


Diriwayatkan oleh Muadz ibn Jabal r.a. sabda Rasulullah S.A.W: Setiap hamba di hari Qiamat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal siasat tentang empat perkara:

1)Tentang umur, dimanakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
2)Di masa remaja, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
3)Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
4)Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmunya itu?

P/S: Cuba tujukan soalan ini pada diri kita sendiri dan ukur dimanakah kita sekarang.

Tuesday, June 7, 2011

Muhimnya solat

muhimnya solat itu.

berkata ibnu mas'ud :"barangsiapa meninggalkan solat. tiada agama baginya"

berkata abu darda' : "tidak ada iman bg mereka yg idk bersolat"

riwayat lima imam kecuali imam muslim : "sesungguhnya antara lelaki syirik dan kufur ialah meninggalkan solat".

kawan-kawan. pentingnya solat itu. jom kita sama-sama kerjakannya. :)

Monday, June 6, 2011

Di dalam ayat suci Al-quran,
Allah telah menawarkan kepada kita sebuah perdagangan yang menguntungkan dan tidak akan pernah rugi walau sekali,

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ ١٠
سورة الصف
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10)


ِApakah perdagangan yang menguntungkan itu??,

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١
سورة الصف

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)

MAKA...

يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢
سورة الصف

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12)

Thursday, March 10, 2011

Kesan Dosa Pada Ukhuwwah Kita

Berkata al-Muzanni:

"Apabila engkau melihat wujud kekeringan cinta dalam diri sahabatmu terhadapmu,
demikian itu kerana dosa yang engkau lakukan,
maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah.
Itulah adab ukhuwwah apabila berlaku kekeringan dalam hubungan
setelah ia diikat atas ikatan akidah dan perjuangan.."

Monday, February 14, 2011

Jangan Biarkan Bersarang



Tajuk entri kat atas tu,

Sebenarnya peringatan untuk diri aku sendiri. Juga untuk sahabat2 seangkatan dalam berkongsi beberapa cebis pengalaman di ruangan  Bersama Kita Kongsi ini.

Perkongsian adalah satu mesin yang sangat memberikan kesan yang positif dalam hidup. Dalam berkongsi pasti terulit kenangan2 lampau yang dilalui secara real. Walaupun adakalanya ditokok tambah agar perkongsian itu akan jadi  lebih menyelerakan.

Apabila mereka yang telah melalui satu jalan yang sangat menyakitkan, pasti dia akan melarang sesiapa pun untuk lalui jalan tersebut.
Dan apabila mereka yang telah melalui satu jalan yang sungguh mempersonakan, pasti dia akan bercerita kepada semua yang berada di sisinya. Dengar ceritanya sahaja pasti diri kita sendiri akan tertolak untuk melalui jalan tersebut. Tanpa disuruh.

This is real life. Benda ini memang kita tak akan dapat jika tidak adanya proses perkongsian. Mereka yang berlalu diam membisu menyimpan sejarah yang sangat bermakna. Merasakan sejarah itu terlalu mahal untuk dikongsikan bersama. Generasi mendatang terpinga-pinga melakukan sesuatu seperti dalam kebodohan. Tidak tahu sebab dan hakikat kenapa perlu dilakukan.

Jadi di ruangan ini, marilah sama2 kita berkongsi. Tidak mengharapkan pengalaman secantik dan sebesar samudera, tapi cuma sedebu kenangan. Yang dirasakan tidak berguna, tapi sangat berharga untuk mereka yang mengamati kehidupan ini dari sudut yang sebenar.

Thursday, February 3, 2011

Hak Kamu!

"Rakyat memegang hak pemimpin iaitu ketaatan, manakala pemimpin memegang hak rakyat iaitu keadilan."

P/S: Kalau pemimpin yang ada tidak adil maka hak rakyat telah dicabuli

Monday, January 24, 2011

Hari-hari yang diharamkan berpuasa

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

Friday, January 21, 2011

Railah Dia Jika Dia Datang KepadaMu

by ~alwan83 at Daviantart


Sahabat adalah mereka yang datang dalam hidup kita dalam apa jua cara. Mereka dianggap oleh kita seseorang yang menyenangkan kita di kala susah dan ceria bersama dikala senang. Mereka juga hadir dengan pelbagai ragam. Adakalnya menggembirakan dan adakalanya menyusahkan bagi diri kita.

Yang dikatakan sahabat datang dalam keadaan menggembirakan adalah ketika dia datang dalam keadaan bertepatan dengan erti persahabatan bagi diri kita. Dan yang menyusahkan adalah dia datang dalam pada situasi yang sebaliknya.

Pernah sekali pengalaman ana duduk dalam situasi begini. Sahabat datang dalam keadaan dia menyusahkan ana. Bagi diri ana dia merimaskan ana ketika itu. Walaupun ana tidak menunjukkan sebarang respon tidak suka. Tapi bagi ana layanan padanya adalah bukti ana tidak suka dia datang time tu.

Sahabat ini datang ketika ana sedang sibuk berfacebook. Melayan kawan2 difacebook. Dia datang dari utara tanah air. Dan kediaman ana ketika itu di Johor. Ana rasa time tu dia datang dengna harapan ada beberapa cerita yang dia mampu kongsikan bersama. Walaupun cerita yang remeh-temeh. Biasalah, kalau dah duduk sama2 batch ni, mesti ada kenangan lama dan pengalaman baru yang nak diceritakan. Lagi2 mereka yang dah nak sampai seruan walimah. haha.

Dia cuba berbual dengan ana, tapi ana masih sibuk berfacebook. Dia mula menggapai surat khabar yang berdekatan dengannya. Satu-satu surat khabar ditatap. Dari surat khabar baru hingga surat khabar yang dah bertarikh 2 atau 3 hari yang lepas. Ada sesekali dia cuba membangkitkan berita2 yang ada dalam surat khabar tu kepadaku. Tapi jawapan aku mengecewakan dia.

Dan 1 jam selepas itu dia melelapkan mata. Perasaan ana tidak sedikit pun tersentuh time tu. Mungkin bagi ana, rakan di facebook lagi aula.

1-2 jam dia terlelap di sofa, akhirnya sahabat ana yang sorang lagi telefonnya ajak balik rumah. Sahabat yang dia tumpang tidur. Ketika tu dah pukul 2 pagi kot. Akhirnya dia meninggalkan aku. Dia pulang ke rumah sahabat ana yang sorang lagi. 

2-3 hari selepas itu dia pulang ke rumahnya di utara tanah air. Itupun ana sempat menelefon sahaja. Mungkin ketika itu hatinya sangat gembira dirai oleh sahabat nya yang lagi sorang. Dan kegembiraannya berbaur kekecewaan ketika dia merasai raianku.

Beberapa hari selepas itu ketika aku sedang berfacebook dia menghantarkan mesej padaku. "Tengah sibuk ke main soal2?" Huh, hati ana time tu seperti ada something yang tidak kena. Merasakan ada sesuatu hajat yang sperti ana tidak lunaskan. Dan merasakan yang dia pasti tidak akan menjejak kaki lagi di Johor jika yang orang akan meraikan kehadirannya adalah ana.

Inilah yang ana ingin kongsikan mengenai penglaman dalam dunia persahabatan. Dan pengalaman ini mengajarkan ana tentang erti persahabatan yang sebenar. 

"Sahabat adalah mereka yang mampu menolong kita keluar dari lubang kemaksiatan. Dan menarik kita memasuki dalam taman amalan yang sangat indah dan menenangkan"

Pada sesuatu kedaan kita bukan tidak tahu mana satu yang penting dalam kehidupan. Tapi kita keliru padanya. Berdoa dan beristikharah lah selalu pada ALLAH swt. Agar pilihan yang kita lakukan adalah bertepatan dalam landasan syariat ALLAH.

p/s : Kalau Iqbal Harun baca: Iqbal, ana nak minta maaf atas kekhilafan yang ana lakukan sepanjang persahabatan kita. Semoga ALLAH sentiasa satukan hati kita dan semua sahabat yang lain. Semoga ALLAH masih sayang kita.

Thursday, January 20, 2011

Malu MenghadapNYA




Apabila Tuhanku berkata kepadaku:

"Tidak malukah kamu menderhaka kepadaKu?

Kamu sembunyikan dosa dari makhlukKu.

Sedangkan Penuh noda dan dosa pabila engkau menghadapku."

Almuntalaq, Syeikh Muhammad Ahmad Arrasyid.

Wednesday, January 19, 2011

Sisi ALLAH

" Sekiranya kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi ALLAH , kita lihat ALLAH di mana di sisi kita "
Halaqah , 14hb Nov 2006 , 7.30 pg

Bagi yang mungkin terlupa




Sudah lama kita tinggalkan alam persekolahan.Walaupun hati merasakan seperti baru semalam berpisah dengan kehangatan bersama sahabat-sahabat. Sepanjang tempoh selesainya kertas terakhir SPM sehingga hari ini kita dapat lihat bagaimana sahabat-sahabat yang kita sayangi satu persatu rebah . Kalah kepada cinta yang mengasyikkan dan melemahkan.Bagi yang masih bertahan atau telah rebah dan ingin bangun semula. Mari hayati video ini yang mungkin boleh menghangatkan semula hati yang telah lama sejuk kerana terpisah dengan teguran dan nasihat. Moga kita semua ALLAH teguhkan hati dalam mengharungi hidup yang singkat ini bersama dakwah dan tarbiyah.Wallahualam.

Monday, January 17, 2011

Taubat

"Tetapi barangsiapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya ALLAH menerima taubatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Maidah: 39)