Misteri Terjawab: 'Umair Selamat Berkahwin Dengan Saabirah

By Syed Ahmad Fathi - Saturday, May 28, 2022


Artis terkenal anak kelahiran Kedah yang terkenal dengan pelbagai lakonan dalam beberapa sinetron, Muhammad 'Umair Suhaimi selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Saabirah Khadeejah Mohd Sidek. 'Umair sebelum ini membintangi beberapa filem seperti Che Mat, Imaginasi, dan Tunjukkan Aku Jalan. Selain merupakan artis terkenal, 'Umair juga merupakan ahli Pasukan Bolasepak Gen-13 MATRI dan terkenal dengan teknik larian jantung kuda dalam menjadi barisan pertahanan pasukan.

Misteri bermula pada tanggal 06 Mei 2022 apabila secara tiba-tiba, tanpa ada angin yang membuatkan pokok bergoyang dan air yang tenang jangan disangka tiada ikan patin, Izzat Ibrahim memecahkan kesunyian grup Whatsaapp dengan menulis:

"Tahniah Umair! Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma fi khair."

Hal ini telah menimbulkan pelbagai kekecohan, spekulasi, dan gosip. Radhi selaku mas'ul batch juga terpinga-pinga, ibarat kerang dihujung tanduk dan bertanya apakah benar 'Umair bakal bernikah. "Takkan orang Simpang Pulai tak tau?" tanya Izzat Mat Suki mula melakukan provokasi ala-ala Ayyub. Umair walaubagaimanapun memilih untuk mendiamkan diri, menurut Izzat Ibrahim, Umair telah menyuruhnya untuk delete hantaran awal tersebut.

"Tahniah Umair. Bakal zaujah anta tu sahabat rapat zaujah ana masa kat Mesir" tulis Izzat. Ini akan memudahkan 'Umair untuk datang ke reunion Gen-13 kerana bukan sahaja suami boleh bertemu kawan-kawan lama, isteri juga dapat bertemu kawan lama.

Umair akhirnya memecahkan kesunyian dengan menjemput rakan-rakan ke kendurinya pada 11 Mei 2022.

"Assalamualaikum, tumpang lalu" tulis Umair.

"Jemputan ke tu?" balas ALBO.

"Tudia mai dah. lekaih la bubuh" tambah Radhi.

Umair telah menjemput sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis pernikahannya yang berlangsung pada 22 Mei 2022 (Ahad) jam 11 pagi - 4 petang di DALAM Event Space, Seremban-2. Hal ini menjelaskan mengapa Umair tidak turun dalam perlawanan menentang Gen-17 MATRI pada 21 Mei 2022 yang menyaksikan Pasukan Gen-13 MATRI menang besar 4-1 di Stadium Panasonic Shah Alam.

'Umair selamat menjadi suami dengan hanya satu lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Hussain Seremban-2 pada 22 Mei 2022 yang disaksikan oleh beberapa orang sahabat Gen-13 MATRI antaranya Muhammad Radhi, Muhammad Syafwan, dan Hanif Ismail. 


Gambar majlis akad nikah yang dihantar oleh Radhi.

Che Wan dan Hanif Ismail bersama Umair yang baru menjadi suami.


Izzat Mat Suki, Syauqi, dan Fathi bersama pengantin.

Bashier, Izzat Ibrahim, Dr. Abdul Muhaimin dan Ustaz Anas Mokhtar (UAM) di Majlis Perkahwinan.

Keluarga Izzat Ibrahim bersama keluarga baru 'Umair.

Seluruh warga BKK mengucapkan selamat pengantin baru buat Muhammad 'Umair bin Ahmad Suhaimi. Semoga menjadi suami yang soleh buat isteri yang solehah. Moga Baitul Muslim yang dibina kekal menjadi Baitul Jannah. Buat masa kini BKK sedang mengikuti rapat gossip seorang ahli Gen-13 MATRI yang bapanya merupakan tauke sebuah stesen minyak di Pulau Pinang, beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang cikgu, moga-moga kita akan mendapat jemputan perkahwinan beliau di Pulau Pinang tidak lama lagi. - BKK

  • Share:

You Might Also Like

0 comments