Pendedahan Eksklusif! Radhi dan Umair Dibeli KBHI?

By Syed Ahmad Fathi - Friday, January 28, 2022

Radhi yang sedang berbincang dengan tim KBHI untuk berkonspirasi.
Hari ini tular di media sosial gambar-gambar pemain-pemain pasukan Gen-13 MATRI yang dilihat sedang melakukan proses tawar-menawar dengan pasukan KBHI. Lebih menggemparkan salah seorang pemain yang terpalit dengan kontroversi ini adalah Radhi Abdul Rahman yang merupakan pengarah Reunion Gen-13 di Teluk Senangin, Perak. Khabar angin kini kuat bertiup perihal beberapa pemain pasukan Gen-13 MATRI yang akan bertukar pasukan dan telah dibeli oleh KBHI menjelang perlawanan persahabatan antara KBHI dan Gen-13 MATRI yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari 2022 di Padang Astaka Setiawan. Sementara itu, pemain tambatan Gen-13 MATRI yang terkenal dengan teknik larian jantung kuda, Umair Suhaimi turut dilihat telah menyarung baju KBHI. Bilik berita kami sedang mengikuti rapat komplot dan konspirasi ini dan akan membuat pendedahan eksklusif dari masa ke semasa.

Umair telah siap menyarung baju KBHI.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments