Team Utara Memeriahkan Friendly Gen-13 MATRI

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 16, 2022


Pada 15 Januari 2022, telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pelajar lepasan MATRI generasi ke-13 menentang generasi ke-10 di Padang Bola Rhino, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perlawanan persahabatan ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat dari utara tanah air. Radhi Abdul Rahman telah menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dan turun di Stesen Tasik Gelugor pada jam 8 malam (14 Januari 2022) dan diambil oleh Izzat Mat Suki. Radhi pada asalnya ingin datang bersama Ustaz Syafiy Zakaria, namun Syafiy menarik diri di saat akhir dan memberi alasan bahawa anaknya tidak sihat.

Sementara menunggu pemain utama, Syed Ahmad Fathi tiba di Bertam, Izzat dan Radhi telah mengoder Char Kue Teow Special di Danials Char Kuey Teow Udang Bertam. Sekitar jam 10 malam, Syed Ahmad Fathi tiba dan melakukan ujian test Covid-19 di restoran dengan result negatif. Kemuadian Izzat, Radhi, dan Fathi telah bergerak bersama menaiki Alza Biru dan mengambil player tidak berbakat Tok Imam Syauqi Murshid di Plaza Tol Sungai Dua. Dalam perjalanan, konvoi utara telah berhenti di Ipoh untuk mengambil player paling perform, Umair Suhaimi sebelum berhenti di RNR Tapah untuk minum kopi.


Sempanjang perjalanan, konvoi utara telah dihidangkan dengan tazkirah ringkas dan lawak hambar dari Tok Imam Syauqi. Sekitar jam 4 pagi, driver Alza, Izzat Mat Suki telah memandu seperti Michael Schumacher dan tiba di RNR Sungai Buloh. Di Sungai Buloh konvoi utara telah berhenti untuk berehat. Izzat dan Tok Imam Syauqi tidur di dalam kereta. Manakala Umair mengikuti Radhi untuk tidur di surau. Namun Umair tidak dapat tidur kerana dengkuran Radhi yang terlalu kuat. Setelah solat subuh, mandi dan sarapan roti, konvoi utara akhirnya tiba ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8 pagi.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments