Wedding Faiz & Syafiyah 2014

By Syed Ahmad Fathi - Friday, September 26, 2014



"Kami sama-sama terlibat dengan Persatuan Usahawan Muda (PUM) ketika berada di tingkatan 4 pada tahun 2006 di MATRI." - FaSya.com

Begitulah bermulanya bibit-bibit percintaan pasangan ini. Ramai juga diantara sahabat yang tidak mengetahui, perkara ini disimpan dengan baik hingga akhirnya sampai ke pelamin pada September 2014.

Akad nikah pasangan dua sejoli ini diadakan di Masjid di Langkawi pada 13 September 2014. Klik disini untuk video.  Alhamdulillah beberapa orang sahabat berkesempatan untuk bersama-sama meraikan cinta dan menjadi saksi penyatuan dua insan ini. Antara sahabat Gen 13 yang dapat bersama di detik pernikahan ialah Najmi bin Abdul Rahim (Next on the list), Abdullah Luqman Bin Osman (Albo), Muhammad Ihsan Zakaria (cuba menyorokkan pertunangan tetapi tidak berjaya), Hilmi bin Azahari (Masih sibuk bermain DOTA). Afifi Zakaria (masih rahsia), Umar Muhajir (jadi photographer) dan Firdaus Hashim (kakak kahwin & kenduri sekali dengan Faiz) turut hadir semasa kenduri kahwin.



Kesempatan  sebentar digunakan sebaiknya untuk mendapatkan update gossip-gossip terkini yang melanda ahli Gen 13. Kami juga berkesempatan untuk membeli coklat di Haji Ismail Group, berselfie di tepi pantai, dan makan roti canai ayam (rare).

Kami Batch 13 MATRI mengucapkan tahniah kepada Akhi Faiz Syukri atas pernikahan dan mendoakan agar ia menjadi baitul dakwah yang bakal melahirkan lebih ramai insan-insan yang soleh dan solehah. Selamat maju jaya diucapkan dalam pelajaran dan honeymoon di UK.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments