Kuliah Makrifat di RSMY Bangi

By Syed Ahmad Fathi - Friday, January 14, 2022

 


Pada 25 Disember 2021 bertempat di RSMY Bangi telah berlangsung Kuliah Makrifat yang telah disampaikan oleh Ustaz Rijaluddin Abdul Manaf dan juga Ustaz Syahmi Rosle. Kuliah Makrifat pada kali ini telah memfokuskan kaifiat, pengalaman, dan juga cara-cara untuk melakukan ibadah umrah. Namun kuliah kali ini sedikit hambar kerana RSMY memaklumkan teh masalla mereka telah kehabisan stok. Ustaz Syahmi Rosle turut berkongsi rahsia bahawa beliau bakal membuka sebuah outlet Mokti's di Bandar Seri Putra. Kuliah Makrifat kali ini turut disertai oleh Saudara Faris Ghazali yang telah datang dari Banting semata-mata untuk mendapatkan rahsia-rahsia makrifat dari Ustaz Rijaluddin. Selain itu, Faris turut berkongsi tentang hal-hal kehidupan terbaru beliau kerana beliau sudah lama tidak berjumpa sahabat-sahabat dari Batch-13. Beliau kini berkhidmat di sebuah pusat pemasangan kereta Honda, jadi mana-mana sahabat yang hendak mendapatkan kereta Honda bolehlah menghubungi beliau. Antara peserta lain yang menyertai Kuliah Makrifat kali ini adalah Saiful Islam Izraei dan Abbas Salimi yang masing-masing sedang melakukan kajian PhD perihal bagaimana ilmu makrifat dapat diaplikasikan dalam bidang artificial intelligence dan juga crano-facial implant. Abbas Salimi turut membawa ahli kumpulan research beliau, Saudara Nelson bagi membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan lebih komprehensif.

Tarikh Kuliah Makrifat akan datang akan dimaklumkan kelak melalui teknologi Whatsapp.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments