Pasukan Gen-13 Mendapat Pelbagai Tawaran Perlawanan

By Syed Ahmad Fathi - Thursday, January 20, 2022

 

Sejak mengalami kekalahan besar di Kelab Sultan Sulaiman, pasukan bola sepak Gen-13 MATRI telah mendapat pelbagai jemputan perlawanan dari seluruh negara. Hal ini disebabkan pelbagai pasukan merasakan bahawa pasukan Gen-13 senang kena 'makan' jadi sesuai dijadikan lawan. Oleh kerana kemeriahan ini, Biro Media Gen-13, Amin Roseli telah mengeluarkan poster perlawanan-perlawanan seterusnya buat pasukan Gen-13. Perlawanan yang terdekat menyaksikan pertembungan Gen-13 dengan pasukan gergasi dari Perak iaitu KBHI.

Perlawanan ini telah diumumkan sendiri oleh pengarah reunion, saudara Radhi Abdul Rahman setelah beliau mengadakan beberapa siri perbincangan rahsia bersama skuad KBHI. Radhi telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin (17/01/2022) yang berbunyi:

"InshaAllah, KBHI FC setuju untuk kita match kat Stadium Manjung..kita bahagi 2 modal. Tarikh adalah pada 26 Februari 2021, Sabtu jam 5.00 petang bertempat di Padang Astaka Sitiawan @ Stadium Manjung, Perak. Refree disediakan 3 orang".

Kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim telah mengeluarkan kenyataan tegas agar setiap pemain berlatih. "Jogging la dulu no sebelum next game" kata beliau. Kenyataan ini telah ditambah oleh Bashier Nasharuddin yang berkata "Pakat-pakat build up fitnest masing-masing". Sementara itu, Ustaz Syafiy Zakaria telah bertanya "KBHI FC ni ada sapa weh?".

Sementara itu, perbincangan dengan pasukan Gen-12 masih belum mendapat kata putus. Namun perlawanan ini dijangkakan akan diadakan pada bulan Mac di utara tanah air. Kerancakan pasukan Gen-13 MATRI telah membuatkan kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim untuk membuat jersey khas buat pasukan Gen-13. Cadangan ini pada mulanya ditentang oleh bendahari, Che Wan, yang mahukan jersey disatukan dengan baju reunion. Malangnya bantahan Che Wan ini telah ditolak secara beramai-ramai. Melihat kerancakan pasukan Gen-13 untuk menentang Gen-12, seorang ahli bernama Hilmi Razak telah menyembang kemas dengan berkata:

"Wow..bila tu tarikh...dah lama tak tackle kat padang rumput ni".

Beliau juga telah mengutuk pasukan utara yang memeriahkan perlawanan menentang Gen-10 di Kelab Sultan Sulaiman pada hari Sabtu yang lalu dengan berkata dengan sinis:

"Team selatan kena turun ni, nampak gaya team utara tak perform".

Jersey cadangan kapten pasukan telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari warga Gen-13. Setakat artikel ini ditulis, seramai 25 orang telah menempah jersey baharu ini. Berikut adalah senarai nama pemain beserta saiz perut terkini mereka.

1. (2) Hilmi Rz - 4XL
2. (3) Shafiy Z - M (lengan panjang ada tak?) 
3. (4) Fathi - M
4. (5) Afifi - 2XL
5. (6) Najmi - L
6. (7) Syahmi-3XL
7. (8) Basher - L
8. (9) Firdaus - S
9. (10) Anas - 3XL
10. (11)Syauqi - S
11. (12) Hanan - L
12. (13) Paklong - L
13. (14)  Bromin - 2XL
14. (15)  A.M.Yahya - XL
15. (16)  Syafwan - M
16. (17) Faiz - M
17. (18) Mus xl
18. (19) Izzat - S
19. (20) H.I - M
20. (21) Mizan - L
21. (26) Ejad- 3xl
22. ALBO. - 3XL (TAK MAU NUMBER)
23. (23) Radhi- XL
24. FWZ - M (letak lah nombor berapa pun)
25. (33) Syamil - 2xl

  • Share:

You Might Also Like

0 comments