Gempar! Hanan Hanya Makan Sesudu Bihun

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 16, 2022


Pemain kelahiran Kampung Tunjong, Perlis, Abdul Hanan bin Abdul Halim telah menggemparkan meja warung sarapan di Kelab Sultan Ismail apabila hanya makan sesudu bihun goreng. Hanan yang sebelum ini mempunyai bentuk badan ala-ala Cristiano Ronaldo kini menghampiri saiz Hilmi Razak selepas beliau berhijrah ke Perlis untuk tinggal bersama isterinya. Ditanya kenapa makan sikit sangat, meliau mengatakan bahawa beliau ingin membantu menghabiskan bihun akak warung kerana bihun mereka hanya tinggal sedikit. Bila dihabiskan senang akak tu nanti nak basuh bekas. Beliau juga mungkin makan sedikit kerana mahu bertolak balik ke Perlis pada sebelah petang, makan banyak takut mengantuk. 

Semasa sesi membayar makanan, akak warung sedikit stress kerana warga Gen-13 telah menyebut air minuman mereka serentak. Akak warung yang sedang mengira menggunakan kalkulator telah berkata dengan nada stress:

"Satu-satu la, susah saya nak kira ni".

Apabila Hanan bertanyakan harga sejemput bihun yang telah beliau ambil, akak warung telah membalas:

"Bihun sikit tu tak payah bayar la".

Berikut adalah video Hanan dan bihunnya.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments