SyoknyaTravel Taja Pasukan Bola Gen-13 MATRI

By Syed Ahmad Fathi - Saturday, January 29, 2022


Berkat kekalahan cemerlang 4-1 skuad bola Gen-13 MATRI di Kelab Sultan Sulaiman sebelum ini, syarikat gergasi agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, SyoknyaTravel telah bersetuju untuk menaja jersi bola pasukan Gen-13 MATRI. Jersi bola Gen-13 MATRI dengan design baharu telah di-release oleh designer Gen-13, saudara Amin Roseli pada hari Jumaat, 29 Januari 2022. Rata-rata warga Gen-13 MATRI telah menyambut positif perkembangan ini.

"Syukran Hilmi Razak (CEO SyoknyaTravel) semoga murah rezeki" kata Tok Imam dari Pulau Pinang, Ustaz Syauqi Murshid yang merupakan teman rapat Hariz Hasnan.

Manakala seorang kakitangan KKM, Dr. Ihsan Zakaria telah berkata "Fuyyo, terbaik Hilmi, moga sentiasa dimurahkan rezeki, terbaiklah designer".

Sementara itu player paling fit dalam pasukan Gen-13, Muhammad Izzat bin Mat Suki telah berkata "Semoga diberikan kesihatan serta rezeki melimpah ruah buat penaja".

CEO Syoknya Travel, Hilmi Razak turut berkongsi design jersi tajaan di laman facebook rasmi beliau dengan kapsyen "Pasukan Bola Sepak GEN 13 MATRI. Untuk set perlawanan persahabatan, boleh hubungi pegawai perhubungan team  Muhammad Radhi, Afifie Zakaria, Syed Ahmad Fathi".

Home kit Pasukan Bola Gen-13 MATRI.

Walaubagaimana pun, Amin Roseli telah membuat pengumuman anti-klimaks selepas pujian buat penaja mencurah-curah. "Maaf ralat, tajaan beliau telah disubsidikan dan baki bayaran jersi akan dimaklumkan semula". Hal ini telah menimbulkan sedikit kekecohan di kalangan warganet Gen-13 MATRI. 

Bagi mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli kariah. Seorang ahli Gen-13 telah menjadi hero dengan bersetuju untuk menaja baki harga jersi. Beliau meminta agar mukanya ditampal di bahagian lengan jersi baju. Hal ini mendapat tentangan hebat dari Dr. Ihsan Zakaria. Beliau telah mengkritik penaja tersebut dengan menulis:

"Allahuu, Amin Roseli, baju saya remove gambar Fathi, habaq berapa nak kena bayaq".

Bagi menyelesaikan kemelut ini, designer Gen-13 MATRI, saudara Amin Roseli telah melakukan langkah bijak dengan membuat sebuah logo bintang dengan motto yang berbunyi "Star Attacking Forward". Motto yang mempunyai acronym SAF ini dipercayai merujuk kepada nama penaja persendirian rahsia tersebut. - BKK

  • Share:

You Might Also Like

0 comments