Statistik Tidak Pernah Menipu

By Amin Roseli - Monday, March 21, 2022

Seusai tamatnya perlawanan ketiga bagi 2022 Season Tour, terdapat sedikit perbalahan dalam pasukan MATRI 13th Gen Football Team (G13 from here onwards). Perbalahan manja antara pemain amat digalakkan dalam usaha untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan teknik masing-masing.

Antara yang hangat diperkatakan adalah kemarau gol Bashier. Ini telah diutarakan acap kali oleh Fathi, attacking forward G13. Selain itu beliau juga mengkritik Ustaz Syauqi yang gigih membantu pasukan dengan bermain taktikal False 9 beliau. Ayuh rujuk statistik jaringan gol setakat tiga perlawanan ini.


Berdasarkan statistik diatas, jelas sekali Bashier tidak dapat menjaringkan gol selepas perlawanan pertama ketika menentang Gen X. Namun goal/game beliau masih mendahului Fathi, yang sepatutnya sebagai attacking forward menjalankan peranan menjaringkan gol juga.

Jika dibandingkan dengan penjaga gol Izzat Mat Suki, peluang menjaringkan gol beliau diletakkan disini untuk menunjukkan bahawa penjaga gol juga hampir-hampir menjaringkan gol sewaktu perlawanan menentang Gen X. Semoga ini membakar semangat mereka yang bermain di posisi menyerang.

Bagi Syauqi pula, walaupun sering terperangkap offside ketika perlawanan pertama, perlawanan seterusnya beliau lebih fokus membantu jentera tengah pasukan. By numbers, Fathi dan Syauqi mempunyai goal/game yang sama, berkemungkinan mereka harus bekerjasama daripada berbalah dan berkelahi sesama sendiri.

Azaruddin dan 'Izzat Ibrahim yang baru sahaja bermain satu perlawanan sahaja telah menunjukkan "Winning is not everything, but making the effort to win is". Muzakkir mengutip semula prestasi beliau dengan jaringan gol melalui sepakan penalti, menewaskan penjaga gol G12 setelah bertungkus-lumus cuba menembusi kubu Gen X.

Bagi peminat BelalangKicap, anda terpaksa menanti lagi kemunculan beliau.

Disamping itu, wartawan 2 BKK telah menemuramah beberapa pemain secara tidak langsung untuk mendapatkan inside scoop yang jelas lagi mutawattir. (Disclaimer: Wartawan menjalani kuarantin kontak rapat bersimptom ketika perlawanan ketiga berlangsung).

Ramai yang mengatakan bahawa berita mengenai kemenangan di KOPA Arena ada sedikit berbeza dari yang dilalui mereka, ada yang tidak dilaporkan. Ust Shafiy mensahihkan bahawa Fathi hanya membuat beberapa sentuhan bola sepanjang perlawanan. "Apa yang penting, pengakuan dari editor Fathi. Dia kata dia touch bola pun 3-4 kali sahaja".

Penjaga gawang gol G13 Ahmad Afifi berkata:

Ketiadaan pemain berjersi nombor 4 G13 dalam kesebelasan utama penyumbang faktor kemenangan pertama bergaya G13 pada perlawanan Sabtu lepas (19 Mac). Namun, ianya tidak mengubah seinci pon kasih sayang rakan-rakan G13 terhadap pemain berjersi nombor 4 itu 😘.

Sekian sahaja inside scoop kali ini. - BKK

2nd Jersey Kit (Pic from: Firdaus Hashim)

P/S: Kalau nak kira preheat game futsal bersama G17, adalah juga gol daripada attacking forward kita, Fathi termasuk wartawan BKK yang menulis ini juga.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments