Hamizan - Pemegang PhD Pertama Gen-13 MATRI

By Syed Ahmad Fathi - Monday, March 14, 2022


Shah Alam/14 Mac 2022 - Muhammad Hamizan bin Abdul Hamid mencipta rekod sebagai pemegang sijil doktor falsafah (PhD) pertama dalam kalangan alumni lelaki generasi ke-13 MATRI. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Prof. Madya Najahudin Lateh yang merupakan pensyarah di Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM),Shah Alam, Selangor dalam satu hantarannya di Facebook.

Beliau yang mempengerusikan peperiksaan Viva Voce bagi Hamizan memaklumkan bahawa Hamizan lulus dengan minor correction. Kajian Hamizan ini menurut beliau akan menambahkan lagi kepakaran dalam bidang wakaf di ACIS. Sebagai rekod, Hamizan telah melakukan kajian yang bertajuk "Wakaf Zuriat di Malaysia: Analisa Perspektif Pengurusan dan Pembangunan Kerangka Model". Kajian ini telah dilakukan di bawah seliaan Dr. Afandi dan Professor Ismail Ahmad.

Seluruh warga BKK dan juga Alumni Gen-13 MATRI mengucapkan tahniah kepada Dr. Hamizan Abdul Hamid atas kejayaan yang membanggakan ini. Kejayaan ini juga telah mendapat banyak pujian positif dari rakan-rakan alumni.

"Tahniah (Dr) Hamizan Abdul Hamid. Semoga Islam dapat tumpang kepakaran dan terus memberi manfaat kepada ramai orang" kata Ustaz Khalilullah Amin dari Perlis.

"Alhmdulillah tahniah Dr Hamizan. Mantap. Cemerlang dari dulu lagi" kata Musthoffa Syawwal seorang ahli farmasi dari Lahar Kepar.

"Alhamdullilah taniah Dr Hamizan. Sumber inspirasi buat semua orang" tulis Kapten Ikhwan Zulkifli yang baru selesai jogging 2 kilometer di Manjung.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments