Takziah Buat Abdul Hanan bin Abdul Halim

By Syed Ahmad Fathi - Monday, March 21, 2022


Perlis/21 Mac 2022 - Seluruh Alumni Batch ke-13 MATRI dan seluruh warga kerja BKK ingin merakamkan ucapan takziah buat saudara Abdul Hanan bin Abdul Halim dan isteri atas kematian bayi baharu mereka. Seluruh warga Gen-13 berasa sangat sedih dan berkabung atas berita ini. Terdahulu pada 16 Mac 2022, Hanan memaklumkan bahawa beliau tidak dapat turun bersama di Kopa Arena, USM kerana baru menimang cahaya mata.

"Maaf tak dapat hadir. Zaujah ana baru lepas bersalin kemarin" tulis beliau ringkas.

Hari ini, pada jam 06:57 pagi beliau memaklumkan bahawa bayinya yang dinamakan Haninah Faqihah telah meninggal dunia. Biro kebajikan Gen-13 MATRI, Abdullah Luqman bin Osman (ALBO) telah berkongsi gambar perkebumian jenazah pada jam 11:43 pagi. Insha'Allah bayi yang pergi ini akan menjadi anak syurga buat kedua ibu bapa mereka. 


Ustaz Shafiy bin Zakaria telah berkongsikan sebuah hadis:

"Tidak ada balasan yang sesuai di sisi-Ku bagi hamba-Ku yang beriman, jika aku mencabut nyawa orang yang dicintainya di dunia, kemudian ia rela dan bersabar kecuali syurga." ( HR. Bukhari: 5944 )

Hanan juga merakamkan terima kasih kepada ALBO yang banyak membantu beliau dengan makanan. Juga kepada Ustaz Anas Mokhtar (UAM) atas bantuan memberikan nama yang indah buat bayinya.

"Terima kasih sahabat-sahabat semua atas ucapan. Insya'Allah Allah bagi pinjam sat ja 7 hari. Allah ambil balik. Terima kasih ALBO bagi makanan sedap. Terima kasih Ustaz Anas kita bagi nama baby cantik" tulis Hanan.

Kami semua mendoakan agar Hanan dan isteri tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Moga Allah mengganjari kesabaran dengan syurga, dan dapat bertemu semula dengan bayi yang dicintai di syurga nanti. Salam takziah kami ucapkan. - BKK

  • Share:

You Might Also Like

0 comments