Dari Robot kepada Model Senior Engineer

By Syed Ahmad Fathi - Monday, March 14, 2022


Manjung/ 14 Mac 2022
- Ahli alumni Gen-13 MATRI, Muhd Luqman bin Mhd Rejab menggegarkan industri model tanah air apabila posing macho beliau telah dipilih sebagai gambar pilihan oleh Technofit. Luqman merupakan pelajar lepasan Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) dalam bidang Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing). Gambar sensasi Luqman ini telah didedahkan oleh pegawai penyiasatan gosip BKK, Encik Ahmad Afifi bin Zakaria.

Semasa di MATRI, Luqman terkenal dengan panggilan Luqman Robot oleh rakan-rakan beliau. Kini beliau berjaya membuktikan bahawa walaupun pernah dipanggil robot, beliau berjaya menjadi seorang jurutera senior yang berjaya. Memuji kecekapan Luqman dalam bidang kejuruteraan, pihak Technofit telah memperkenalkan Luqman sebagai MRO Region 1 Senior Engineer. 

"Meet our Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) Region 1 Senior Engineer, Mr. Luqman. He is entrusted to monitor overall MRO processes at site. Standing by its word of wisdom,he sure is determine in exploring every aspect of given task. Having been with TECHNOFIT for more than 5 years, fellow engineers has always look up to Mr. Luqman. Keep up the good work Mr. Luqman!"

Dalam memberikan motivasi kepada generasi muda, Luqman telah memilih slogan "I never lose, I either win or learn" sebagai falsafah bekerja beliau dalam bidang profesional.

Pengurus besar sebuah syarikat automobil dari German, Izzat Mat Suki ketika dihubungi telah berkata "Steady engineer, posing sakan. Saya tak macho macam abang engineer, tapi saya manis". Walaubagaimanapun, kemanisan Izzat Mat Suki ini diragui oleh hilmi Azhari. - BKK

  • Share:

You Might Also Like

0 comments