Jangan Biarkan Bersarang

By Unknown - Monday, February 14, 2011



Tajuk entri kat atas tu,

Sebenarnya peringatan untuk diri aku sendiri. Juga untuk sahabat2 seangkatan dalam berkongsi beberapa cebis pengalaman di ruangan  Bersama Kita Kongsi ini.

Perkongsian adalah satu mesin yang sangat memberikan kesan yang positif dalam hidup. Dalam berkongsi pasti terulit kenangan2 lampau yang dilalui secara real. Walaupun adakalanya ditokok tambah agar perkongsian itu akan jadi  lebih menyelerakan.

Apabila mereka yang telah melalui satu jalan yang sangat menyakitkan, pasti dia akan melarang sesiapa pun untuk lalui jalan tersebut.
Dan apabila mereka yang telah melalui satu jalan yang sungguh mempersonakan, pasti dia akan bercerita kepada semua yang berada di sisinya. Dengar ceritanya sahaja pasti diri kita sendiri akan tertolak untuk melalui jalan tersebut. Tanpa disuruh.

This is real life. Benda ini memang kita tak akan dapat jika tidak adanya proses perkongsian. Mereka yang berlalu diam membisu menyimpan sejarah yang sangat bermakna. Merasakan sejarah itu terlalu mahal untuk dikongsikan bersama. Generasi mendatang terpinga-pinga melakukan sesuatu seperti dalam kebodohan. Tidak tahu sebab dan hakikat kenapa perlu dilakukan.

Jadi di ruangan ini, marilah sama2 kita berkongsi. Tidak mengharapkan pengalaman secantik dan sebesar samudera, tapi cuma sedebu kenangan. Yang dirasakan tidak berguna, tapi sangat berharga untuk mereka yang mengamati kehidupan ini dari sudut yang sebenar.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Betul betul. Radhi dah nak grad jgn lupa kongsi pengalaman nak grad dengan pengalaman praktikal.

    ReplyDelete
  2. fathi,
    apa cerita anta kat russia?

    promote sikit..
    leh ana buat master syariah kat sana.

    ReplyDelete
  3. russia tanak promote la.
    baik buat kat saudi lagi syok.

    ReplyDelete