Heat Treatment

By ikhwan mahadzir - Friday, August 05, 2011

Assalamualaikum semua... :) tajuk untuk kali nih kita belajar sikit ilmu material science. Saya sengaja pilih tajuk heat treatment sebab saya rasa ada hikmah disebalik ilmu yang saya belajar masa sem tiga dahulu.

Annealing?


Ni merupakan proses "hardening atau strengthening" iaitu proses untuk menguatkan lagi material kita atau pon mengubah sifat dan ciri-ciri bahan tersebut... sesuai mengikut kehendak kita. jadi setelah kita merancang untuk menghasilkan sesebuah produk, perlulah kita menyenaraikan bahan-bahan yang kita perlu guna. kalau kita memiliki bahan yang hampir sama sifatnya dengan bahan yang hendak kita gunakan untuk produk itu, maka bolehlah diubah sifatnya. banyak lagi proses-proses yang lain.

Caranya mudah saja iaitu dengan menyalurkan haba yang tinggi ( sesuai dengan jenis bahan ), sehingga masa yang ditetapkan ( bergantung pada jenis bahan ), dan kebanyakan bahan akan bertukar menjadi warna kemerahan setelah ia mencapai suhu yang tinggi. dan untuk mencapai peringkat suhu ini adalah sangat-sangat lama masanya. Setelah cukup masanya kita keluarkan dari ketuhar. proses ini dinamakan "annealing".
Kemudian bahan tersebut akan melalui proses kedua. Ini pon ada macam-macam cara. tapi saya nak sentuh satu teknik iaitu "quenching".

Quenching?


Untuk menguatkan bahan kita tadi melalui proses nih, kita mestilah panaskan bahan kita lebih daripada suhu kritikal ( annealing ). Kemudian kita sejukkan bahan kita secepat yang mungkin ( rapid cooling ). Proses menyejukkan bahan inilah dipanggil quenching. nak sejukkan bahan ada macam-macam method, seperti tekanan udara dan gas, air, minyak, silicon. dan tunggu sehingga sejuk. jadi bahagian luar bahan akan lebih cepat sejuk berbanding dalam. maka sifatnya di bahagian dalam akan sedikit berbeza. siaplah proses quenching kita.

Soul Treatment

Begitu jugalah dengan kehidupan kita di dunia yang ada sifatnya yang tersendiri. apakah sifat dunia? dunia ini sifatnya sementara ataupun bersifat tidak kekal. malah isinya juga bersifat tidak kekal. apabila dunia punyai sifatnya, maka isinya juga punyai sifat. dan dalam entri kali nih saya nak sentuh tentang sejenis makhluk di muka bumi ini yang bernama manusia.

Jenis Bahan : Manusia
Process : Annealing

Manusia jika hendakkan pada perubahan, sudah pasti ia perlu melalui proses-proses dalam kehidupan seharian. dalam setiap tindak tanduknya hanya mencari suatu perubahan. iaitu perubahan kepada yang lebih baik sehingga menjadi yang terbaik. yang terbaik diantara yang terbaik itu adalah orang yang benar-benar bertaqwa pada tuhannya.

Dalam rangka untuk berubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain perlu ada kerjanya dan tingkah laku. sifat kepada sifat, akhlak demi akhlak dan ilmu demi ilmu, perlu ada tingkah laku dan tindakan. seperti orang yang lapar kepada kenyang. jika mulut hanya menyebut makan... makan... makan... tetap tidak akan kenyang selagi mana dia tidak memasukkan makan itu kedalam perut. dalam rangka hendak berhijrah ini, perlu pada usaha dan kemahuan atas diri sendiri serta kesedaran yang sebenarnya.

dan ianya sudah pasti satu kepayahan dan jalannya sangat penuh dengan cabaran. Haba cabarannya sangat tinggi kadang-kala ada yang retak di tengah perjalanan. ada juga yang lebur kerana tidak mampu tahan dengannya. namun ada juga bahan yang mampu menahan haba yang tinggi. jika gunung-ganang berkecai apabila memegang Quran, siapakah pula manusia yang dapat mengamalkannya? itulah orang-orang yang bertaqwa hanya kepada Allah, jiwanya kuat menahan duka, langkah kakinya didengari beribu b atu, nafasnya menggentarkan lawan, kerana muslim yang sebenar itu adalah muslim yang mukminin, muttaqin dan muqarrabin. yang benar-benar beriman. yang benar-benar bertaqwa. yang dekat dengan tuhannya.

akan tetapi jika kita mengharapkan perubahan jiwa yang kuat ini dalam masa yang singkat, sebenarnya kita hanyalah bertambah lemah. kerana masa yang diambil adalah begitu lama. 13 tahun nabi Muhammad SAW menekankan soal i man pada para sahabat. Tambahan pula mereka hidup bersama Muhammad. maka hendaklah kita ingat bahawa ianya proses yang sangat panjang. akan tetapi ini bukan pula menjadi tidak untuk kita berlengah-lengah dalam menjadi muhajirin. Perubahan demi perubahan perlu dilakukan. perubahan pemahaman islam, perubahan iman, perubahan amal. setelah ia mencapai pada tahap yang tinggi, kita tidak akan sedar, bahawa kita telah banyak mengalami perubahan. telah jauh kita berhijrah.

Process: Quenching



jika proses annealing telah mengubah beberapa sifat dan ciri bahan tersebut, maka ianya belum lagi tamat di situ saja. apa gunanya iman tanpa amal. apa guna ilmu tanpa tindakan. apa guna pohon tanpa buah. apa gunanya annealing tanpa quenching. jika dibiarkan, lama kelamaan kembali pada sifat asal. ya. kembali semula ke tempat asal. setelah jauh berhijrah beribu batu, berkurun lama, kenapa pula perlu berpatah balik? sedangkan yang di belakang itu hanyalah kegelapan, dan yang menanti di sana adalah cahaya.

jika annealing itu dijalankan dengan baik dan tidak secara main-main, mengikut langkah-langkah makmal dan mendengar arahan pensyarah dengan baik, insyaAllah terhasillah kualiti iman, kualiti insani yang mulia, barulah ia layak untuk menjalani process quenching. setelah mencapai peringkat suhu yang sesuai, barulah layak untuk proses yang seterusnya. ada bahan yang tinggi tahap suhu kritikalnya. ada juga yang rendah sesuai dengan bahan masing-masing. ada orang yang mudah faham. ada orang yang lambat faham. sesuai dengan kehendak Allah yang Maha Mengetahui kebaikan setiap makhlukNya. tidak perlu berduka cita jika terasa diri lambat berubah, kerana Allah sentiasa ada, pohonlah dariNya.

setelah iman sudah mantap, maka bolehlah proses amal berubah dengan sangat-sangat cepat. begitu pantas para sahabat meninggalkan judi dan arak. kerana iman, amal menjadi kukuh. saf mereka rapat. alunan takbir mereka menggegarkan medan jihad, menggentarkan lawan dek iman yang suci dan jernih. Itulah golongan di bawah asuhan Muhammad SAW. proses yang dilalui mereka bukanlah singkat. akan tetapi bagaimana pula seorang pembunuh menjadi khalifah? bagaimana pula penentang menjadi pendokong. menjadi ulama' sekaligus menjadi tentera? semua cabang ilmu mereka kuasai. inilah orang-orang yang melalui "proses yang benar". Al-quran dan As-sunnah. Hijrahlah kerana Allah.

InsyaAllah, zaman gemilang itu pasti kembali. sinarannya pasti terang kembali. sang suria pasti terbit. ia satu kepastian. Semoga Ramadhan kali ini menjadi pendidik yang amat bermakna. kelas tarbiyah yang sangat berlimu. medan jihad yang penuh strategi.


La ilah illa Allah
Muhammad Rasullah

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Yeay aku ada subjek nih sem lepas.Satu pon tak faham.Boleh lah nnt enta cerita balik. Enta ada belajar tak pasal ferit , ledaburit , austenit dll?

    ReplyDelete
  2. hah yang tu la... dari austenite jd martensite... kalau lalu proses quenching dia jadi martensite. dia ada la ciri2 martensitic. tapi ana sembang ja rancak. tak hafal pon. haha.

    ReplyDelete
  3. rabithah (perkaitan) yang smart. tak pernah blajar pun subjek ni kat u?

    ReplyDelete