Umair tak Makan Suapan KBHI?

By Syed Ahmad Fathi - Friday, February 25, 2022


Menurut beberapa surat layang dan sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai, pemain pertahanan Gen-13 MATRI yang terkenal dengan teknik larian jantung kuda, Umair Suhaimi tidak mahu menerima suapan yang diberikan padanya. Dalam satu gambar yang telah dinilai oleh panel wartawan siasatan BKK dan tidak dapat disahkan, Umair kelihatan menolak tawaran suapan yang diberikan padanya. Sumber yang tidak boleh dipercayai juga memaklumkan bahawa Umair "masih setia dengan Gen-13 MATRI".

Walaubagaimanapun, hal ini mungkin merupakan mainan propaganda pihak lawan yang ingin memasukkan Umair ke dalam pasukan Gen-13 MATRI dengan perjanjian rahsia antara mereka. Sebelum ini tular berita bahawa ada kemungkinan pemain-pemain Gen-13 MATRI termasuk ketua mereka sendiri, Radhi Abdul Rahman yang dikatakan akan berpaling tadah dan sudah dibeli. Jabatan wartawan penyiasatan BKK masih cuba menghubungi kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim bagi mendapatkan komen dan respon beliau. Para penyokong dikatakan mahu Najmi mengambil tindakan disiplin yang tegas kepada pemain-pemain yang cuba bernegosiasi dengan KBHI dalam menentukan keputusan perlawanan.

Dalam satu gambar lain dari sumber yang tidak sahih, Umair dilihat terus bermain mobile lagend dalam talifon pintarnya dan tidak mengendahkan "angpow" yang dihulurkan padanya. Walaubagaimanapun, wartawan BKK masih skeptik dengan keabsahan situasi dalam gambar ini. Hal ini kerana KBHI terkenal dengan short filem, boleh jadi gambar ini merupakan rekaan dan sebahagian dari adengan short filem mereka. - BKK



  • Share:

You Might Also Like

0 comments