Grand Opening Mokti's BSP: Saiful Takdan Jumpa Hamdi

By Syed Ahmad Fathi - Monday, February 14, 2022

 


13 Februari 2022/Bandar Seri Putra - Semalam, dunia media sosial meletup dengan berita grand opening Mokti's Bandar Seri Putra. Selain mantan Menteri Agama, para alumni Gen-13 MATRI berpusu-pusu memeriahkan pembukaan outlet terbaru yang dikendalikan oleh Syahmi Rosle. Saiful Islam Izraei atau lebih mesra dengan panggilan Epul Something merupakan alumni pertama yang tiba di lokasi pembukaan.

"beratooooq lagu mana nak beli ni" komen beliau melihat begitu ramai manusia hadir.

Walaupun baru sahaja melanggar seekor khinzir di lebuhraya dengan kereta yang rosak teruk, Ustaz Anas Mokhtar (UAM) turut hadir pada majlis pembukaan Mokti's BSP kali ini. Beliau cuba mencari Epul Something namun beliau balik awal. Ketika ditanya Epul menjawab:

"Balik dah Anas, ramai orang nak amik tandatangan Syahmi, aku kena balik dah, kalut betul dia tadi, tak dan selfie dengan Hamdi Cinta Madinah. Cari-cari hilang. Orang penting busy haha takpa. Sorry jugak takdan lama."

Syahmi Rosle bersama Hamdi Cinta Madinah dan Ustaz Anas Mokhtar.
Ayen di Mokti's BSP.

Turut hadir dalam upacara pembukaan adalah Ayen yang merupakan CEO Rollie Cafe Southville Bangi. Dalam sebuah hantarannya di media sosial rasmi beliau, Ayen telah berkata: 

"Tak sempat nak buat video review tiktok & youtube. Aiskrim nanti cair jadi kena la makan terus. Datang ke hari pertama pembukaan tak boleh sembang lama dengan tokey Syahmi Rosle sebab sangat sibuk di dapur pelanggan ramai daripada pagi sampai petang. Meriah. Di segi rasa sedap aiskrim tu... Tak dinafikan lagi. Tu ja boleh bagitahu. Sedap. Manis elok. Secukup rasa. Bentuk aiskrim warna cantik."

Salman dan Salman Jr. merasmikan Mokti's BSP.

Antara sahabat Gen-13 MATRI yang turut hadir ke outlet terbaru ini adalah Salman bin Amran yang merupakan kawan baik Ustaz Rijaluddin bin Abdul Manaf. Dalam satu perkongsian, tauke kedai, Syahmi berkongsi gambarnya bersama Salman dan Salman Jr. - BKK

  • Share:

You Might Also Like

0 comments