Hilmi Naik Bas ke Teluk Senangin Untuk Reunion

By Syed Ahmad Fathi - Friday, February 25, 2022


CEO Syoknya Travel, Hilmi Razak telah memaklumkan pada pihak media bahawa beliau menaiki bas ke Teluk Senangin, Perak untuk menghadiri program Reunion Gen-13 MATRI. Dalam satu gambar yang dikongsikannya, beliau telah dilihat menayangkan pipinya yang gebu berlatarkan bas ekspress Arwana. Beliau pada asalnya ingin membawa bersama keluarganya, namun atas beberapa kekangan, rancangan ini tidak dapat diteruskan dan hanya boleh datang secara bujang. Bas beliau dijangka tiba di Sri Manjung, Perak sekitar jam 6.30 pagi. Kerana kebosanan, beliau mengajak sesiapa yang berada di Sri Manjung untuk turun minum kopi bersama beliau. Tinjauan BKK di ruangan komen beliau, setakat ini masih belum ada orang yang mahu "mengeteh" dengannya. - BKK

  • Share:

You Might Also Like

0 comments