Checklist Reunion Gen-13 MATRI di Teluk Senangin, Perak Tahun 2022

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, February 13, 2022

 


Assalamualaikum & Salam 1 Keluarga Malaysia.

Bagi melancarkan lagi program reunion Gen-13 MATRI yang akan diadakan di Teluk Senangin, Perak dua minggu lagi, diharap para alumni semua dapat membaca, memahami, menghadam dan menghafal arahan-arahan di bawah. Arahan ini telah dikeluarkan bagi memastikan kelancaran program dan ia akan dipantau oleh Kapten Ikhwan Zulkifli dengan pantauan ketenteraan. Diharap semua alumni dapat mengikutinya dengan kepatuhan seratus peratus bagi menjaga keselamatan dan kemaslahatan semua pihak.

  1. Pastikan anda sudah membayar sekurang-kurangnya separuh dari yuran reunion sebelum hari perjumpaan.
  2. Memastikan anda melakukan ujian kendiri (self-test Covid-19) sebelum hadir ke perjumpaan. Ujian ini adalah WAJIB! Tak buat berdosa. Ujian turut wajib dilakukan kepada anak-anak dan keluarga yang ikut hadir. Keputusan ujian beserta bukti hendaklah diserahkan kepada AJK Kesihatan, Dr. Muhammad Ihsan bin Zakaria untuk rekod.
  3. Pihak AJK reunion telah memutuskan bahawa sahabat yang positif covid atau dalam tempoh kuarantin kontak rapat TIDAK dibenarkan hadir ke reunion. Pihak reunion akan cuba menyediakan rakaman. Bayaran makanan tidak akan dipulangkan semula. Manakala bagi bayaran hotel AJK akan cuba negotiate dengan pihak hotel sama ada boleh dibuat full-refund atau refund sebahagian. 
  4. Waktu pendaftaran pada 25 Februari 22 (Jumaat) adalah bermula jam 02:00 petang manakala waktu check-in pada 26 Februari 22 (Sabtu) adalah pada jam 02:30 petang.
  5. Pastikan anda membawa sebuah hadiah yang sekurang-kurangnya bernilai RM30 bagi tujuan acara tukar-tukar hadiah.
  6. Untuk tujuan keselesaan, anda digalakkan untuk membawa sendiri toto dan bantal tambahan.
  7. Anda juga digalakkan membawa makanan anak-anak/snack kerana tiada kedai runcit atau restoran berdekatan motel. Begitu juga digalakkan membawa air mineral/kopi 3-in-1 bagi sesi mengopi bersama kawan lama.
  8. Bagi sesiapa yang mempunyai kamera/videocam juga digalakkan untuk membawanya bersama ke reuion bagi tujuan dokumentasi. Segala gambar dan video akan dikumpulkan dalam sebuah Google-drive.
  9. Alternatif laluan ke Kamila Motel, Teluk Senangin:
  • Dari Utara : Exit Tol Plus Changkat Jering - Trong - Pantai Remis - Teluk Senangin.
  • Dari Selatan
i.  Opsyen 1 : Exit Plus Sungkai - Teluk Intan - Manjung - Teluk Senangin
ii. Opsyen 2 : Exit Plus Rawang Utara - Guthrie - Latar - Kuala Selangor - Teluk Intan - Manjung - Teluk Senangin 

Hati-hati memandu, mengantuk berhenti dahulu di Shell minum Costa Coffee. Ingatlah insan-insan tersayang. Jumpa di sana!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments