Tok Imam Syauqi Belum Menjumpai Makmum Untuk Dijadikan Isteri

By Syed Ahmad Fathi - Thursday, February 03, 2022

Tok Imam Syauqi (kanan baju pink) bersama kawan karibnya Khalis Zawawi dan Hariz Hasnan.

Bayan Lepas, Pulau Pinang, 01 Februari 2022 - Tok Imam besar Pulau Pinang, Syauqi Murshid telah berkongsikan sebuah komik jenaka imam di media sosial beliau. Komik itu memaparkan seorang lelaki bernama Jiman yang sedang merisik seorang wanita bernama Ita. Bakal bapa mertuanya menyuruhnya menjadi imam tetapi Jiman sebaliknya mengajak bakal bapa mertuanya ke masjid. Bapa mertuanya beranggapan ajakan Jiman merupakan taktiknya untuk menolak menjadi imam di rumah. Rupa-rupanya, Jiman bertugas sebagai imam di masjid dan perlu solat di masjid untuk menjalankan tugasnya.

Komik jenaka ini dipercayai dikongsikan oleh Tok Imam Syauqi Murshid bagi menggambarkan situasinya yang sedang mencari calon untuk dijadikan teman hidup. Apabila ditanyakan oleh wartawan BKK tentang adakah beliau sudah menjumpai makmum untuk dijadikan calon isteri, beliau telah menjawab:

"Tak jumpa yang permanent lagi, tunggu anta cari" respon beliau. 

Sementara itu, manager di sebuah syarikat automotif dari Jerman, Muhammad Izzat Mat Suki berharap sahabat-sahabat dapat mencarikan Tok Imam Syauqi calon dari kalangan sahibah yang masih solo. Mana-mana sahabat yang mempunyai calon yang sesuai bolehlah menghubungi Tok Imam Syauqi dengan kadar segera agar raya akan datang dapat beliau sambut "berdua". - BKK

  • Share:

You Might Also Like

0 comments