Padu Terokz! Ayen Buka Kedai Kopi di Southville City, Bangi

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 23, 2022


Alumni Generasi Ke-13 MATRI, Nazrin Nasser atau lebih dikenali sebagai Ayen telah melebarkan bisnes beliau dengan membuka kedai kopi di Southville City, Bangi. Perkara ini telah dikongsikan oleh Tauke Mokti's Bandar Seri Putra, Syahmi Rosle yang telah menulis "mari-mari minum kopi kedai ayen". Perkara ini turut mendapat perhatian dari CEO Syoknya Travel, tuan Hilmi Razak yang menulis "terbaik".

Melalui laman Facebook rasminya, Ayen berkongsi:

"Kami akan buat official launching pada 5hb February 2022. Dijemput semua yang berdekatan untuk menikmati diskaun promo opening Rollie Cafe Southville. Pelbagai menu disediakan seperti Cold Brew Coffee, Flavoured Tea, Chocolate Drinks & Soda Drinks. Di dalam kedai ini juga ada Roti & Bakery daripada Bellanana. Rasai pelbagai citarasa makanan & minuman di kedai kami. Untuk tempahan minuman Rollie Cafe. Pickup & Delivery sekitar Southville City sahaja. Layari www.rolliecafesouthville.com".

Semakan kami ke laman sesawang beliau mendapati ia masih lagi "under construction". Peminat-peminat kopi juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat promo terkini dari laman Facebook Rasmi Rollie Cafe Southville City.

Saturday morning with coffee. Cold Brew Vanilla Latte. #RollieCafeSouthville

  • Share:

You Might Also Like

0 comments