Update Baju Reunion Batch-13 MATRI 2022

By Syed Ahmad Fathi - Monday, December 20, 2021

Warna Baju Yang dipilih untuk Reunion kali ini.
AJK yang bertanggungjawab untuk menguruskan baju reunion Batch-13 MATRI di Teluk Senangin, saudara Amin bin Roseli tidak dapat menghadiri mesyuarat bil. 03 yang diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Beliau telah memaklumkan hal ini kepada setiausaha dalam satu mesejnya yang berbunyi:

"Salam Syed, aku tak dapat join malam ni. Tapi ini design baju. Masih dalam proses penambahbaikan. Boleh share time meeting dah mintak input atau komen."

Design baju ini telah dibawa masuk ke dalam mesyuarat bil. 03. Mesyuarat telah bersetuju untuk memilih warna yang lebih gelap hasil komen Dr. Ihsan Zakaria sebelum ini. Warna baju ini turut telah dipersetujui oleh Firdaus Hashim dan Afifi Zakaria. Berikutan proses design masih dalam fasa perancangan, sebarang komen, dan cadangan adalah dialu-alukan. Komen boleh ditinggalkan di ruangan komen posting ini, di dalam group Whatsapp rahsia, atau terus kepada AJK, iaitu saudara Amin Roseli.


Warna baju alternatif yang tidak dipilih.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments