Gempar! Qayyim Tukar Profile Picture Facebook

By Syed Ahmad Fathi - Tuesday, December 14, 2021


Pada 12 Disember 2021 dunia maya gempar apabila mendapati selebriti dan juga model jersi futsal popular, Qayyim Izzaddeen Hamdan telah menukar profile picture beliau di laman Facebook. Dengan gabungan teknik low lighting, dan juga jaket yang hanya dipakai separuh, gambar baru tersebut telah berjaya memukau warga maya. Wajah beliau yang merenung dalam ke kamera dengan riak wajah yang tidak dapat dipastikan sama ada tersenyum atau sedang marah membuatkan gambar tersebut lebih menyerlah nilai fotografinya. Setakat artikel ini ditulis, gambar tersebut telah mendapat 163 likes, 44 comments dan 1 share.

Berikut adalah beberapa komen netizen yang terpukau.

"Duta baju bila nak belanja kita makan-makan?" tanya Khairul Atif.

"Cantik baju" puji Fiza Ismail.

"Argh nak jerit nama idola" komen Rasul Nizam, tak tahan.

Selain menjadi model hangat Malaya. Qayyim juga merupakan seorang pekerja dalam bidang Oil & Gas, sebelum ini beliau ada menayangkan baju coverall merahnya yang tertulis nama syarikat "Halliburton" dengan tanda pagar #rezekidariAllah. Menurut rekod, Qayyim merupakan lepasan Batch-13 MATRI yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kepujian sahsiah semasa di sekolah. Beliau juga merupakan anak murid kesayangan warden, Ustaz Mahadzir.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments