Futsal Bersama di Padang Endfield, Bandar Utama

By Amin Roseli - Thursday, December 02, 2021

The post-game picture


KUALA LUMPUR, 14 November 2021: Pautan Alumni MATRI ke-13 di kawasan wilayah tengah telah mengadakan perlawanan persahabatan acara bola sepak 6-7 sebelah di Pandang Endfield, Bandar Utama. Padang Endfield telah ditempah oleh Ahmad Bashier kerana ketiadaan Pandang Trafford Lama di Kuala Lumpur. Hebahan telah dibuat seminggu sebelum tarikh perlawanan untuk menjemput ahli-ahli alumni yang menetap di wilayah tengah.

Kehadiran Mengejut

Dengan kehadiran lebih kurang 16 orang, acara bola sepak berlangsung dengan jayanya. Kehadiran Tuan Hilmi Abd Razak, Dr. Afiq Fawwaz dan Azaruddin mengejutkan para hadirin kerana mereka masing-masing daripada luar kawasan wilayah tengah. Tuan Hilmi berkata, beliau berada disini kerana bakal berangkat ke Turki pada malam tersebut untuk mejalankan tugas beliau selaku CEO Syoknya Travel. Dr. Afiq hadir dengan senyuman lebar kerana dalam mood cuti setelah sekian lama berkhidmat.

Attendance First, Play Ball Second

Walaupun ini  adalah perlawanan persahabatan, namun objektif utama bukanlah hanya untuk bersukan. Kehadiran masing-masing dapat menjejak kembali kasih antara rakan-rakan. Tuan ‘Afif hadir dengan knee braces di lutut kiri beliau. Sempat beliau kongsikan kisah yang mana beliau terlibat dalam kemalangan motosikal dalam usaha cuba mengelak sebuah Pajero yang berputar dihadapan beliau ketika hujan lebat dia Mont Kiara. Ayuh bersama mendoakan kesembuhan kepada beliau. Tuan Anas Norkefli, yang hadir bersama ‘Afif, pada pandang pertama sukar mengenal pasti beliau kerana kelainan yang ketara pada rambut beliau.

Play Ball Guys!

The one and only Ahmad (aka Ahmad Sahaja) hadir bersama anak beliau. Beliau datang dengan meyarungkan jersi TH properties bernamakan “Abah”. Beliau adalah Abah sebenar kita bagi ahli Alumni MATRI ke-13. Sepanjang perlawanan, bekas penjaga gol MATRI bagi tahun 2003-2007, Radiologist Afifi Zakaria telah mengorbankan dua pasang kasut bola yang mana tapak kasut beliau tercabut akibat larian dan sepakan yang disimpan sepanjang PKP 2 tahun. Tuan Saiful “Mesut” Islam juga tidak lekang dengan kemahiran membawa bola. Satu insiden berlaku di mana beliau secara tidak sengaja menyepak manja bola terkena kepada anak Tuan Ahmad Abd. Hadi. Insiden Berjaya di selesaikan dengan secara damai dan kegembiraan.

The Butcher, Tuan Syahmi Rosle hadir bersama motosikal berkuasa besar beliau dengan punchline “Fresh Meat”. FA, Tuan Nazrin Nasser juga hadir bersama Syahmi dengan rombongan motosikal daripada hujung Bangi. Tuan Syahmi juga menceritakan bahawa saudara Himi Azhari sudah dua kali menempah daging Tomahawk. Bagaimana Hilmi Azhari memasak itu, kita kene mohon beliau membuat siaran langsung melalui Facebook sebagai perkongsian nanti, untuk menambah content beliau sebagai casual game streamer.

Tuan Faiz dan Tuan Abbas Salimi, yang bermain bersama dalam satu pasukan, sempat multi-task sambil berbicara hal IT, menyambung kembali silaturahim dan mengawal di bawah padang sebagai pemain posisi pertahanan.

Kerana ini adalah perlawanan persahabatan, jaringan gol tidak dikira (kerana penulis berada dalam pasukan yang kalah mungkin?). Tuan Hanif Hilmi yang cergas dan bermain dengan baik berjaya mengawal kawasan tengah padang, menyekat segala cubaan jaringan daripada pasukan lawan beliau. Kehadiran UAM (Ustaz Anas Mokhtar) di akhir-akhir perlawanan telah mengubah paradigma perlawanan dengan mengatakan pasukan mana yang menjaringkan gol, meraka dikira menang. Perlawanan berakhir dengan jaringan daripada UAM sendiri, seterusnya membawa pasukan beliau memenangi perlawanan persahabatan kali ini.

Catching up session; Pic credit to Hilmi Razak

Pemberitahuan

Perlawanan persahabatan bakal diteruskan pada 5 Disember nanti bertempat di padang yang sama pada jam 9.30 pagi. Dijemput semua ahli Alumni MATRI ke-13 untuk hadir. Jika tidak dapat bermain bola sepak, apa salahnya bersama menyambung kembali silaturrahim yang pernah kita kongsi makan nasi setalam, atau rebut ayam pada hari khamis di dewan makan atau bersama duduk di belakang asrama membakar sampah atau hanger.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments