Terbongkar! Astain Tak Kenal Adik Ihsan

By Syed Ahmad Fathi - Tuesday, December 14, 2021


"Assalamualaikum, sahabat-sahabat kenal dak pengantin laki ni. Katanya ex MATRI atau mengajaq di MATRI?"
begitulah persoalan yang dilontarkan oleh Astainbillah bin Mat Akhir ke dalam sebuah grup WhatsApp rahsia Batch-13 MATRI sambil berkongsikan gambar perkahwinan Nazeer Mukhlis, adik kepada Dr. Ihsan bin Zakaria.

Kekeliruan Astain ini telah mendapat gelakan yang sinis dari ALBO. "Haha, adik Ihsan tu, Doktor Nazeer" kata ALBO. Astain kemudian memaklumkan bahawa esok beliau akan ke kenduri tersebut kerana Nazeer berkahwin dengan adik-beradik rapat beliau. Dr. Ihsan yang menyedari isu adiknya berkahwin dibincangkan dalam grup segera menambah komen yang dimulakan dengan sedikit ketawa manja. 

"Haha, mai-mai jumpa nanti, aku pi dalam 12.30 nanti" tulis beliau. Beliau yang sebelum ini begitu skema menggunakan ana anta, kini sudah kelihatan sedikit lagha dan membahasakan dirinya sebagai "aku".

"Kecik ja dunia ni" tambah Dr. Ihsan Zakaria lagi.

Bagai menambah garam ke dalam masakan kambing bakar Syahmi Rosle, kenyataan Dr. Ihsan ini telah ditambah oleh seorang penulis prolifik yang juga merupakan petani moden permakultur, Izzat Ibrahim bin Syamjuddin. 

"Perlis memang kecik la San" tulis Izzat.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments