Temubual Eksklusif Bersama Hariz Hasnan

By Syed Ahmad Fathi - Tuesday, November 30, 2021

 


Baru-baru ini wartawan kami berpeluang menemuramah Hariz Hasnan kawan baik kepada Syauqi Murshid, Hariz merupakan alumni Batch-13 MATRI yang juga merupakan personaliti terkenal yang sering membuat kemunculan di ML Studio. Selain dari ML Studio, Hariz juga merupakan seorang pengembara. Beliau telah mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, terbaru beliau telah berkongsi pengalaman beliau melawati Bosnia Herzegovina. Berikut adalah transkrip lengkap perbualan wartawan (W) kami bersama Hariz Hasnan (HH).


W: Assalamualaikum tuan, terima kasih kerana bersama kami pada hari ini. Tuan nak order makanan apa?

HH: Waalaikumussalam, sama-sama. Saya nak Chicken Grill dan air kosong.

W: Boleh tuan kongsikan pengalaman mengembara ke Bosnia?

HH: Bosnia ini ramai yang merasakan ia merupakan negara Islam, tapi selepas saya pergi ke sana, saya tidak nampak keislaman mereka. Malah kebanyakan mereka adalah golongan ateis.

W: Berapa lama Encik Hariz duduk di sana?

HH: Saya duduk hampir sebulan, asalnya saya mahu ke Austria dan Hungary, tapi mereka dalam fasa lockdown, jadi saya hanya duduk di Bosnia. Saya duduk hostel.

W: Sekarang ni kan pandemik Covid-19, boleh ke travel?

HH: Boleh, tapi biasalah sebelum pergi kena buat swab test, balik pun kena swab test dan kuarantin. Saya kuarantin seminggu sahaja di rumah lepas balik. Di Bosnia macam tak ada Covid, semua orang tak pakai mask, saya pun jarang-jarang pakai mask, pakai masa indoor sahaja. Sains mereka seolah-olah berbeza dengan sains kita. Di sana juga saya sempat sertai demonstrasi anti-vaksin.

W: Bagaimana keadaan politik di Bosnia?

HH: Bosnia sekarang politiknya tak stabil. Dalam Bosnia ada republik yang dipanggil Srpska. Jadi seolah-olah dalam Bosnia ada dua entiti pemerintahan. Srpska mahu berpisah dari Bosnia, mereka dapat perlindungan dari Rusia dan kebanyakannya disokong oleh etnik berbangsa Serbia. Namun warga Bosnia lain tidak bersetuju dengan langkah ini.

W: Ada dikalangan ahli Batch-13 yang membuka syarikat travel, kenapa awak tak ambil pakej dengan mereka?

HH: Saya rasa harga yang ditawarkan agak mahal. Saya boleh dapat lebih dengan harga yang sama. Saya juga mahu travel dengan bebas, tak suka ikut jadual orang. Suka hati saya nak keluar pukul berapa dan balik pukul berapa.

W: Jadi Encik Hariz tak support bisnes member-member?

HH: Ya, macam tu lah.

W: Bagaimana pula dengan keadaan hidup Encik Hariz sekarang? Boleh cerita sikit.

HH: Saya sebenarnya sekarang sambung master. Saya ada ikuti program master dalam talian di sebuah universiti di Itali. Tapi di hujung tu saya tak dapat ke Itali, ayah saya tak bagi pergi. Sebab waktu tu abang saya nak kahwin, jadi ayah suruh balik kampung tolong-tolong kenduri. Selaku anak yang soleh saya akur. Saya pindahkan kredit pengajian saya ke universiti tempatan di UiTM.

W: Belajar tu ada biasiswa ke?

HH: Ya saya dapat biasiswa dalam 5,000 Euro setahun dalam bidang IT.

W: Encik Hariz tak bekerja ke? Tengok sibuk travel je ke sana-sini?

HH: Itulah, saya sekarang rasa sudah malas nak bekerja dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Saya sekarang dapat kerja baru, tapi di bangunan tempat kerja yang sama, syarikat sahaja yang berbeza. Falsafah saya dalam bekerja you must not be loyal to the company, but to the money.

W: Tak ada plan nak tukar kerja lain?

HH: Itulah, ada juga plan nak jadi pensyarah. Ada dapat tawaran. Tapi gaji yang ditawarkan tak setimpal.

W: Bagaimana pula dengan perkahwinan? Encik Hariz tak minat pada perempuan ke?

HH: Buat masa ini saya belum ada perancangan untuk itu, ayah saya pun tak ada tanya saya pasal hal tersebut. Saya rasa hidup saya sekarang sudah selesa. Saya ada rumah, kereta, kerja, dan gaji yang mencukupi. Saya juga selesa jalan-jalan sendiri melihat dan menikmati permandangan. Tapi di masa hadapan saya tidak tahu bagaimana, jika ada, adalah. Kenapa kita kena kahwin? Saya faham keperluan dari sudut agama, tapi selain itu untuk apa?

W: Saya cadangkan Encik Hariz baca buku yang bertajuk Tuesdays with Morrie tulisan Mitch Albom. Dalam buku ini saya rasa ada sebabnya mengapa kita perlu berkahwin. Pihak kami ada menerima laporan bahawa Encik Hariz ada membuat satu group Whatsapp yang bernama “Kelab Suami Buncit” betulkah?

HH: Mungkin.

W: Saya juga mendapat laporan bahawa di dalam group itu Encik Hariz telah bertikam lidah dengan seorang sahabat yang menjadi imam di Pulau Pinang sehingga sahabat tersebut merajuk dan left group. Boleh Encik Hariz ceritakan pada kami keabsahan laporan ini?

HH: Ala, kitorang bergurau-gurau sahaja dalam group tu, dia yang emosional lebih. Malas saya nak melayannya.

W: Berbalik semula pada kisah pengembaraan Encik Hariz, tak ada plan nak dibukukan ke pengembaraan-pengembaraan ini?

HH: Itulah, ada juga plan. Tapi tak tahu bagaimana nak susun. Saya juga takut kalau-kalau buku itu nanti mendapat komen dan kecaman dari kawan saya Carls Zawawi, dia tu kaki komen. Nantilah, kalau saya tidak berapa sibuk saya akan cuba terbitkan. Sekarang saya mahu fokus tulis tesis master saya.

W: Baiklah Encik Hariz, makanan pun dah habis, dan dah masuk Maghrib. Boleh tak Encik Hariz bayar semua makanan kita ini. Travel sampai Bosnia takkan belanja kawan-kawan pun kedekut.

HH: Okaylah saya bayar.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments