Serahan Wang Sumbangan Kepada Isteri Almarhum Muaz

By Syed Ahmad Fathi - Tuesday, November 30, 2021


Pada 29 November 2021, Biro Kebajikan Batch-13 MATRI, Abdullah Luqman bin Osman atau lebih dikenali sebagai ALBO oleh sahibah-sahibah di seluruh Malaysia telah memaklumkan bahawa sumbangan orang ramai telah diserahkan kepada isteri Almarhum Muaz bin Mat Isa. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Exco Kebajikan Persatuan Lepasan MATRI (PLM). Sumbangan ini merupakan hasil kumpulan dari tabung kilat yang dilancarkan dan mendapat sumbangan dari sahabat sahibah, waris-waris dan juga kenalan. Sumbangan disampaikan dalam bentuk cek yang berjumlah RM11,140 dan dua bentuk wang tunai yang masing-masing berjumlah RM500 dan RM110.

Dalam perkembangan yang sama, pada 23 November 2021, bendahari Batch-13 MATRI, Muhammad Syafwan bin Che Mustapha (juga dikenali sebagai Che Wan Bujang sebelum ini) telah memaklumkan kepada semua ahli kariah Batch-13 MATRI bahawa kutipan berasingan yang dilaksanakan di kalangan ahli Batch-13 MATRI berjumlah RM2,200 dan keseluruhan jumlah ini telah diserahkan kepada isteri Almarhum Muaz bin Mat Isa, iaitu Puan Nur Maziah binti Abd Razak melalui pemindahan wang bank.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban isteri almarhum. Kami juga sentiasa mendoakan Almarhum Muaz bin Mat Isa, sahabat kesayangan kami, diampuni Allah dan digolongkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments