Gambar Kadet Bomba MATRI Tahun 2006

By Syed Ahmad Fathi - Saturday, November 20, 2021

Pangeran Muhammad Adil (Peng) (kiri sekali berselendang merah) merupakan komander Kadet Bomba MATRI pada tahun 2006.


Kadet Bomba di MATRI pada zaman kami pada tahun 2006 dipimpin oleh Pengiran Muhammad Adil (Peng) sebagai komander. Apabila Peng tamat pengajian SPM, jawatan komander Kadet Bomba MATRI dipegang oleh Abdullah Luqman bin Osman (ALBO). Kadet Bomba MATRI pada ketika itu terkenal dikalangan pelajar sebagai kumpulan kadet yang lebih mesra pelajar dan tidak terlalu keras disiplinnya jika dibandingkan dengan dua kumpulan kawad kaki yang lain iaitu KRS dan PBSM. Oleh itu, pelajar-pelajar bukan pengawas kebanyakannya lebih memilih kadet Bomba kerana ia lebih menyeronokkan dan tidak terlalu keras disiplinnya. Walaupun begitu, ini tidak bermakna Kadet Bomba langsung tidak berdisiplin, Kadet Bomba MATRI tetap cemerlang di pertandingan Kawad Kaki di Kem Timah Tasoh dan Perkhemahan-perkhemahan yang dianjurkan. Berikut adalah gambar-gambar Kadet Bomba MATRI pada tahun 2006 dari koleksi Ahmad Afifi bin Zakaria.


Latihan kawad kaki di dataran MATRI.

Astainbillah dan Syed Ahmad Fathi di depan tugu MATRI berceloreng.

Dari kiri: Ikhwan Mahadzir (Muzaik), Hanif Ismail, Abdullah Luqman bin Osman (ALBO), Huzaifah Zarullail, Saiful Islam Izraei, dan Amirul Marzuki.


Arwah Umar Muhajir bin Ghazali (tengah, sedang menjeling) semasa latihan di dataran MATRI.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments