­
­

Pasukan Gen-13 MATRI Belasah Gen-11 Dengan Jaringan 3-1 di KOPA Arena, USM

By Syed Ahmad Fathi - Monday, August 22, 2022
KOPA Arena, USM / 20 Ogos 2022 – Skuad Harimau G-13 MATRI meneruskan kempen 2022 dengan penuh bergaya apabila berjaya menewaskan dengan mudah Pasukan Alumni MATRI Generasi Ke-11 (G-11) dengan jaringan 3-1 di Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Walaupun keadaan cuaca tidak menentu, ditambah dengan trafik sesak menghala masuk ke pulau melalui jambatan, tidak menghalang kedua-dua pasukan untuk berkumpul untuk menyegarkan...

Continue Reading

  • Share:

Pasukan Gen-13 MATRI Seri 2 Sama Menentang G-16 di Eco Ardence Arena

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, July 03, 2022
Setia Alam / 2 Julai 2022 - Pasukan Gen-13 MATRI meneruskan saingan persahabatan bagi tahun 2022 dengan menentang Pasukan Gen-16 pada Sabtu malam di Eco Ardence Setia Alam Football Arena. Persediaan pasukan Gen-13 untuk perlawanan ini agak tempang kerana pasukan kehilangan banyak pemain-pemain utama. Kapten Gen-13, Najmi Abdul Rahim sendiri tidak mahu turun beraksi atas alasan kerja. Ketika dihubungi beliau berkata: "Maaf ana sibuk urusan...

Continue Reading

  • Share:

Pasukan Gen-13 MATRI Kalah Tipis 6-7 Melawan Gen-15 di Centremart Setapak, KL

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, June 19, 2022
Setapak, Kuala Lumpur (18/06/2022) - Pasukan Gen-13 MATRI mengalami kekalahan tipis pada perlawanan persahabatan futsal menentang Gen-15 di Centremart Setapak, KL pada hari Sabtu, 18 Jun 2022. Perlawanan bermula agak lewat kerana Tengku Syakir yang menempah court datang lewat. Ini menyebabkan moral pemain-pemain menurun mendadak.Oleh kerana perlawanan ini dirancang dengan sedikit tergesa-gesa, ramai nama-nama gergasi pemain Gen-13 MATRI tidak dapat menurunkan diri. Antara...

Continue Reading

  • Share:

Misteri Terjawab: 'Umair Selamat Berkahwin Dengan Saabirah

By Syed Ahmad Fathi - Saturday, May 28, 2022
Artis terkenal anak kelahiran Kedah yang terkenal dengan pelbagai lakonan dalam beberapa sinetron, Muhammad 'Umair Suhaimi selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Saabirah Khadeejah Mohd Sidek. 'Umair sebelum ini membintangi beberapa filem seperti Che Mat, Imaginasi, dan Tunjukkan Aku Jalan. Selain merupakan artis terkenal, 'Umair juga merupakan ahli Pasukan Bolasepak Gen-13 MATRI dan terkenal dengan teknik larian jantung kuda dalam menjadi barisan pertahanan...

Continue Reading

  • Share:

Pasukan Gen-13 MATRI Belasah Adik-Adik Form-1 (4-1) di Stadium Panasonic

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, May 22, 2022
Setelah hampir sebulan berlatih dan mengeraskan otot dengan ketupat, lemang, tart nenas, dan rendang daging di Aidilfitri, Pasukan Bolasepak Gen-13 MATRI meneruskan kempen perlawanan mereka menentang Pasukan Gen-17 di Stadium Panasonic Shah Alam pada 21 Mei 2022. Sebelum ini Pasukan Gen-13 pernah berentap dengan Gen-17 di Arena Futsal KSL Setapak dan tewas teruk 7-3. Namun ternyata kali ini mereka berjaya membaca gerakan-gerakan Gen-17...

Continue Reading

  • Share:

Hadiah Raya buat Medina

By Muhammad Radhi - Wednesday, April 27, 2022
Alhamdulillah di atas izin dan rezeki dari Allah SWT, ahli-ahli Gen 13 telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang bagi diberikan kepada Medina binti Muhammad Muaz (Allahu maghfirlahu war hamhu) hasil usaha crowfunding yang dimulakan oleh ketua Biro Kebajikan Gen 13, Abdullah Luqman bin Osman (ALBO).Hasil risikan pihak BKK telah menjumpai bukti seruan tersebut dan mempunyai keabsahannya tersendiri.  Berikut dapatannya:Seruan tersebut telah disambut baik dan...

Continue Reading

  • Share:

Selamat Jalan Syed Ahmad Fathi!

By Muhammad Radhi - Wednesday, April 06, 2022
KLIA, Sepang, 6 April 2022- Hari gembira buat Setiausaha Agung Gen 13 MATRI, Syed Ahmad Fathi yang akan berlepas ke Tanah Haram bagi mengerjakan ibadah 'umrah pada jam 4.50 petang. Berikut mesej yang ditinggalkan oleh beliau kepada ahli-ahli Gen 13 MATRI," Assalamualaikum, saya Syed Ahmad Fathi ingin memohon maaf pada sahabat-sahabat yang dikasihi atas kesilapan di dalam dan di luar padang, juga andai ada kesilapan...

Continue Reading

  • Share:

Aloi Dapat Ikan Duri dan Ikan Sembilang di Sungai Merbok

By Syed Ahmad Fathi - Monday, March 21, 2022
Sungai Petani, Kedah/20 Mac 2022- Pemancing handalan Gen-13 MATRI, Hilmi Azhari yang lebih dikenali dengan nama komersial beliau sebagai Aloi, berjaya menaikkan Ikan Duri dan Ikan Sembilang di Sungai Petani, Kedah. Sebelum ini tular di media sosial tentang kisah Aloi yang tidak mendapat ikan di Langkawi, Kedah. Untuk rekod, Aloi juga gagal menaikkan ikan dalam kempen casting di Teluk Senangin, Perak. Sayugia itu,...

Continue Reading

  • Share:

Takziah Buat Abdul Hanan bin Abdul Halim

By Syed Ahmad Fathi - Monday, March 21, 2022
Perlis/21 Mac 2022 - Seluruh Alumni Batch ke-13 MATRI dan seluruh warga kerja BKK ingin merakamkan ucapan takziah buat saudara Abdul Hanan bin Abdul Halim dan isteri atas kematian bayi baharu mereka. Seluruh warga Gen-13 berasa sangat sedih dan berkabung atas berita ini. Terdahulu pada 16 Mac 2022, Hanan memaklumkan bahawa beliau tidak dapat turun bersama di Kopa Arena, USM kerana baru menimang...

Continue Reading

  • Share:

Statistik Tidak Pernah Menipu

By Amin Roseli - Monday, March 21, 2022
Seusai tamatnya perlawanan ketiga bagi 2022 Season Tour, terdapat sedikit perbalahan dalam pasukan MATRI 13th Gen Football Team (G13 from here onwards). Perbalahan manja antara pemain amat digalakkan dalam usaha untuk sama-sama meningkatkan prestasi dan teknik masing-masing.Antara yang hangat diperkatakan adalah kemarau gol Bashier. Ini telah diutarakan acap kali oleh Fathi, attacking forward G13. Selain itu beliau juga mengkritik Ustaz Syauqi yang gigih membantu pasukan...

Continue Reading

  • Share: