Hadiah Raya buat Medina

By Muhammad Radhi - Wednesday, April 27, 2022

Alhamdulillah di atas izin dan rezeki dari Allah SWT, ahli-ahli Gen 13 telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang bagi diberikan kepada Medina binti Muhammad Muaz (Allahu maghfirlahu war hamhu) hasil usaha crowfunding yang dimulakan oleh ketua Biro Kebajikan Gen 13, Abdullah Luqman bin Osman (ALBO).

Hasil risikan pihak BKK telah menjumpai bukti seruan tersebut dan mempunyai keabsahannya tersendiri.  Berikut dapatannya:

Seruan tersebut telah disambut baik dan terus dilancarkan tabung diberikan nama 'Hadiah Raya Medina' buat anak arwah Muhammad Muaz bin Mat Isa (Allahu maghfirlahu war hamhu) ini bermula pada 19 April 2022 jam 5.54 petang. 

Dengan izin Allah, kutipan tersebut telah menerima kerjasama dari semua ahli Gen 13 dan mencecah nilai wang ringgit yang diharapkan dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada ahli keluarga Medina sendiri. Berikut jumlah wang ringgit yang berjaya dikumpulkan, disahkan dan disalurkan ke akaun ibu Medina sendiri oleh Bendahari Agung Gen 13 sendiri iaitu Muhammah Syafwan bin Che Mustapha (Cek Wan) pada 26 April 2022 jam 7.05 pagi.

Wartawan BKK mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Gen 13 di atas perkongsian rezeki ini
dan moga Allah limpahkan kebaikan yang banyak di atas kebaikan yang dilakukan ini. Berikut sedikit penghargaan dari ibu Medina kepada semua ahli Gen 13. Moga ahli Gen 13 terus diberikan kekuatan dan kejernihan jiwa & niat untuk meneruskan usaha baik ini. Ameennnn. 

Disebabkan salah seorang wartawan BKK yang baru pulang mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan ini dan mula menunjukkan perubahan sikap yang baik, ustaz BKK ingin menyampaikan pesanan buat semua ahli Gen 13 dan secara tak langsung kepada dia iaitu sebuah hadis dari Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0006:

"Dari Abu Ayyub r.a., katanya: "Seorang Arab dari pedalaman datang kepada Rasulullah saw., ketika beliau sedang dalam perjalanan; lalu orang itu memegang tali kekang unta yang dikenderai Nabi saw. Kata nya, "Ya,Rasulullah! Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang dapat mendekatkan ku ke syurga, dan menjauhkan ku dari neraka." Kata Abu Ayyub, "Kerana itu Nabi saw. berhenti, kemudian beliau memandang kepada para sahabatnya dan berkata: "Sesungguhnya dia telah diberi taufik.' Kemudian Nabi saw. berkata kepada orang itu, "Apa kata Anda?" Orang itu pun mengulang permintaannya. Maka sabda Nabi saw., "Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu; tegakkan solat, bayar zakat dan hubungkan silaturrahim. Nah, sekarang lepaskanlah unta ku!"

Ayuh bersilaturrahim & menuju syurga bersama!

Sekian, Wasalam, The End.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah, tahniah Gen-13 atas usaha yang baik ini. Terbaik laporan wartawan BKK.

    ReplyDelete
  2. Boleh menang anugerah dak gaya penulisan camni?

    ReplyDelete