Izzat Ibrahim Gerak Awal, Pinjam Kereta ke Reunion
Penulis prolifik Malaysia, saudara Izzat Ibrahim bin Syamjudin memaklumkan bahawa beliau gerak lebih awal bersama isteri dan dua anaknya ke program Reunion Gen-13 MATRI di Teluk Senangin, Perak. Bagi melancarkan perjalanan beliau telah meminjam "kereta sedap" adiknya, Muhd Taqiuddin untuk ke Perak. Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan rasa kebimbangan kerana "kereta sedap" Proton Pesona ini mungkin menyebabkan beliau terlajak hingga ke Perlis.
Menurut Izzat, beliau merancang untuk menyinggah ke beberapa tempat sebelum menghadiri reunion.
"Singgah-singgah tu jaga SOP" pesan Syed Ahmad Fathi yang merupakan setiausaha program. Beliau telah memberi pesanan yang berhikmah ini kerana situasi penularan wabak Covid varian Omicron kini meningkat dengan mendadak.
Izzat memaklumkan pada hari Jumaat nanti beliau akan melaksanakan ujian kendiri RTK sekali lagi bagi memastikan bahawa beliau sekeluarga bebas dari jangkitan Covid-19.
Berikut adalah teks rasmi dari hantaran asal beliau:
"Jumaat, Sabtu dan Ahad ini ada program reunion sekolah menengah, generasi ke-13 MATRI. Buat di Perak. Disebabkan perjalanan jauh dan untuk menikmati perjalanan, saya mula gerak hari ini. Singgah ke beberapa tempat sebelum sampai ke tempat program. Sewa pinjam kereta Proton Persona adik Muhd Taqiuddin. Cadangan asal nak bawa kereta Proton Saga lama je. Sebab risau jugak naik kereta sedap-sedap ni. Takut tiba-tiba terlajak sampai Perlis pulak nanti. Haha.
Izzat Ibrahim, Road to reunion."
- BKK
Pemergian Ayah: Takziah Buat Chewan Sekeluarga
Seluruh warga Gen-13 MATRI dan juga warga kerja BKK ingin merakamkan ucapan takziah kepada saudara Muhammad Syafwan (Chewan), yang merupakan bendahari alumni Gen-13 MATRI atas pemergian ayahanda yang tercinta Che Mustapha bin Abdullah pada jam 5.40 pagi hari ini di Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Perak. Kami mendoakan agar ruh ayahanda beliau diampunkan Allah dan diterima segala amal soleh beliau seterusnya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama orang beriman. Kami juga mendoakan kesejahteraan dan kekuatan kepada beliau sekeluarga.
Terdahulu beliau telah berkongsi berita pemergian ayah beliau di Whatsapp seperti berikut:
"Assalamualaikum. Ayah saya, Che Mustapha bin Abdullah telah meninggal dunia pada jam 5.40 pagi tadi (24 Feb 2022) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.
Jika arwah ada berhutang, minta hubungi kami. Doakan arwah, Jazakumullahukhairan."
Dari Allah kita datang, kepada Nya juga kita akan kembali. Sekali lagi, salam takziah kami ucapkan. - BKK
Grand Opening Mokti's BSP: Saiful Takdan Jumpa Hamdi
"beratooooq lagu mana nak beli ni" komen beliau melihat begitu ramai manusia hadir.
Walaupun baru sahaja melanggar seekor khinzir di lebuhraya dengan kereta yang rosak teruk, Ustaz Anas Mokhtar (UAM) turut hadir pada majlis pembukaan Mokti's BSP kali ini. Beliau cuba mencari Epul Something namun beliau balik awal. Ketika ditanya Epul menjawab:
"Balik dah Anas, ramai orang nak amik tandatangan Syahmi, aku kena balik dah, kalut betul dia tadi, tak dan selfie dengan Hamdi Cinta Madinah. Cari-cari hilang. Orang penting busy haha takpa. Sorry jugak takdan lama."
Syahmi Rosle bersama Hamdi Cinta Madinah dan Ustaz Anas Mokhtar. |
Ayen di Mokti's BSP. |
Turut hadir dalam upacara pembukaan adalah Ayen yang merupakan CEO Rollie Cafe Southville Bangi. Dalam sebuah hantarannya di media sosial rasmi beliau, Ayen telah berkata:
"Tak sempat nak buat video review tiktok & youtube. Aiskrim nanti cair jadi kena la makan terus. Datang ke hari pertama pembukaan tak boleh sembang lama dengan tokey Syahmi Rosle sebab sangat sibuk di dapur pelanggan ramai daripada pagi sampai petang. Meriah. Di segi rasa sedap aiskrim tu... Tak dinafikan lagi. Tu ja boleh bagitahu. Sedap. Manis elok. Secukup rasa. Bentuk aiskrim warna cantik."
Salman dan Salman Jr. merasmikan Mokti's BSP. |
Antara sahabat Gen-13 MATRI yang turut hadir ke outlet terbaru ini adalah Salman bin Amran yang merupakan kawan baik Ustaz Rijaluddin bin Abdul Manaf. Dalam satu perkongsian, tauke kedai, Syahmi berkongsi gambarnya bersama Salman dan Salman Jr. - BKK
Kerana terpalit dengan pelbagai kontroversi, blog Bersama Kita Kongsi kini sedang mencari penulis-penulis baharu dari kalangan alumni Gen-13 MATRI untuk bersama menghidupkan laman blog rasmi alumni. Menurut sebuah poster yang dikongsikan oleh Biro Media, saudara Amin bin Roseli, dengan penglibatan lebih ramai sahabat-sahabat alumni, pelbagai naratif dapat dipersembahkan. Hal ini penting bagi memastikan naratif tidak didominasi oleh seorang wartawan sahaja. Amin Roseli dipercayai menaikkan poster ini kerana beliau sering di-tag oleh Afifi dan Bashier di Facebook untuk menulis berita. Namun disebabkan beliau sedang sibuk membuat baju program, hal ini tidak dapat ditunaikan. Bak kata pepatah Jerman "naya pak karim, tak menang tangan".
Antara kontroversi yang disebutkan adalah penulis blog kurang beretika, "apa tulis camtu, aku tak cakap camtu", "kurang ajar petik nama saya", dan persoalan kenapa boot bola dijadikan bahan berita. Antara kritikan yang paling pedas yang pernah diterima oleh blog ini adalah dari seorang alumni yang mahu identitinya disembunyikan dan hanya mahu dikenali sebagai Awang Perlis yang berkata:
"Blog ini memang celupar, itu saya faham, saya tak merajuk tapi tak syok la apabila saya digambarkan seperti selfish bastard".
Dalam iklannya, saudara Amin Roseli menambah:
"Tulisan, gambar, pengumuman atau iklan syarikat anda, semua boleh dibuat di blog ini. Mari bersama turut serta dalam blog BKK. Kini kisah anda tidak dipinggirkan."
Walaupun beliau kelihatan ikhlas mengajak para sahabat membantunya, namun setakat ini respon yang diterima masih lagi hambar. - BKK
Menerusi berita terbaru yang kami terima, Ustaz Anas Mokhtar (UAM) yang terkenal dengan siri-siri ceramah viral di channel Youtube UAM Media telah mengalami kemalangan kereta di sebuah lebuhraya. Kejadian tersebut berlaku pada malam hari. Setakat ini tiada kecederaan serius yang dilaporkan. Ketika dihubungi oleh bilik berita, Ustaz Anas Mokhtar memaklumkan bahawa keretanya mengalami kerosakan yang teruk. Sahabat-sahabat yang budiman dan dermawan bolehlah menyalurkan bantuan kepada beliau untuk mengharungi musibah ini.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim, Hadis No. 2699)
Diharap dengan bantuan sahabat-sahabat yang budiman dapat meringankan beban beliau dan membantu beliau dari sudut kewangan untuk sama-sama hadir ke program reunion 2 minggu lagi. Berikut adalah video kerosakan kereta yang dialami beliau:
Checklist Reunion Gen-13 MATRI di Teluk Senangin, Perak Tahun 2022
Assalamualaikum & Salam 1 Keluarga Malaysia.
Bagi melancarkan lagi program reunion Gen-13 MATRI yang akan diadakan di Teluk Senangin, Perak dua minggu lagi, diharap para alumni semua dapat membaca, memahami, menghadam dan menghafal arahan-arahan di bawah. Arahan ini telah dikeluarkan bagi memastikan kelancaran program dan ia akan dipantau oleh Kapten Ikhwan Zulkifli dengan pantauan ketenteraan. Diharap semua alumni dapat mengikutinya dengan kepatuhan seratus peratus bagi menjaga keselamatan dan kemaslahatan semua pihak.
- Pastikan anda sudah membayar sekurang-kurangnya separuh dari yuran reunion sebelum hari perjumpaan.
- Memastikan anda melakukan ujian kendiri (self-test Covid-19) sebelum hadir ke perjumpaan. Ujian ini adalah WAJIB! Tak buat berdosa. Ujian turut wajib dilakukan kepada anak-anak dan keluarga yang ikut hadir. Keputusan ujian beserta bukti hendaklah diserahkan kepada AJK Kesihatan, Dr. Muhammad Ihsan bin Zakaria untuk rekod.
- Pihak AJK reunion telah memutuskan bahawa sahabat yang positif covid atau dalam tempoh kuarantin kontak rapat TIDAK dibenarkan hadir ke reunion. Pihak reunion akan cuba menyediakan rakaman. Bayaran makanan tidak akan dipulangkan semula. Manakala bagi bayaran hotel AJK akan cuba negotiate dengan pihak hotel sama ada boleh dibuat full-refund atau refund sebahagian.
- Waktu pendaftaran pada 25 Februari 22 (Jumaat) adalah bermula jam 02:00 petang manakala waktu check-in pada 26 Februari 22 (Sabtu) adalah pada jam 02:30 petang.
- Pastikan anda membawa sebuah hadiah yang sekurang-kurangnya bernilai RM30 bagi tujuan acara tukar-tukar hadiah.
- Untuk tujuan keselesaan, anda digalakkan untuk membawa sendiri toto dan bantal tambahan.
- Anda juga digalakkan membawa makanan anak-anak/snack kerana tiada kedai runcit atau restoran berdekatan motel. Begitu juga digalakkan membawa air mineral/kopi 3-in-1 bagi sesi mengopi bersama kawan lama.
- Bagi sesiapa yang mempunyai kamera/videocam juga digalakkan untuk membawanya bersama ke reuion bagi tujuan dokumentasi. Segala gambar dan video akan dikumpulkan dalam sebuah Google-drive.
- Alternatif laluan ke Kamila Motel, Teluk Senangin:
- Dari Utara : Exit Tol Plus Changkat Jering - Trong - Pantai Remis - Teluk Senangin.
- Dari Selatan :
ii. Opsyen 2 : Exit Plus Rawang Utara - Guthrie - Latar - Kuala Selangor - Teluk Intan - Manjung - Teluk Senangin
Tok Imam Syauqi Belum Menjumpai Makmum Untuk Dijadikan Isteri
Tok Imam Syauqi (kanan baju pink) bersama kawan karibnya Khalis Zawawi dan Hariz Hasnan. |
Bayan Lepas, Pulau Pinang, 01 Februari 2022 - Tok Imam besar Pulau Pinang, Syauqi Murshid telah berkongsikan sebuah komik jenaka imam di media sosial beliau. Komik itu memaparkan seorang lelaki bernama Jiman yang sedang merisik seorang wanita bernama Ita. Bakal bapa mertuanya menyuruhnya menjadi imam tetapi Jiman sebaliknya mengajak bakal bapa mertuanya ke masjid. Bapa mertuanya beranggapan ajakan Jiman merupakan taktiknya untuk menolak menjadi imam di rumah. Rupa-rupanya, Jiman bertugas sebagai imam di masjid dan perlu solat di masjid untuk menjalankan tugasnya.
Komik jenaka ini dipercayai dikongsikan oleh Tok Imam Syauqi Murshid bagi menggambarkan situasinya yang sedang mencari calon untuk dijadikan teman hidup. Apabila ditanyakan oleh wartawan BKK tentang adakah beliau sudah menjumpai makmum untuk dijadikan calon isteri, beliau telah menjawab:
"Tak jumpa yang permanent lagi, tunggu anta cari" respon beliau.
Sementara itu, manager di sebuah syarikat automotif dari Jerman, Muhammad Izzat Mat Suki berharap sahabat-sahabat dapat mencarikan Tok Imam Syauqi calon dari kalangan sahibah yang masih solo. Mana-mana sahabat yang mempunyai calon yang sesuai bolehlah menghubungi Tok Imam Syauqi dengan kadar segera agar raya akan datang dapat beliau sambut "berdua". - BKK
Kuala Perlis, 02 Februari 2022 - Manager pasukan Gen-13 MATRI, Afifi Zakaria hari ini telah mempersoalkan kesetiaan seorang pemain tengah Gen-13 yang mempunyai ukur lilit perut yang memberangsangkan iaitu Muhammad Radhi bin Abdul Rahman. Radhi yang sebelum ini kelihatan sedang berkomplot di pejabat KBHI kini dilihat bermain dengan pasukan dari Perlis pula.
"Banyak betul Radhi punya team ni. Gen-13 pun dia, KBHI pun dia. Macam mana ni?" soal Afifi dalam satu kenyataan beliau yang dibuat di Facebook.
Kenyataan beliau ini dibuat selepas Radhi telah berkongsi sebuah hantaran bergambar yang menunjukkan beliau bersama sebuah pasukan yang bernama Tunjung Skill FC. Dalam hantaran tersebut, beliau telah menulis:
"Tunjung Skill FC-Guring FC: 2-3. Tewas tapi good game. Gambaq yang penting. Awak tumpang kome-kome kejor bola. Next game pulak guys!"