Tiada tiket untuk bermaksiat

By Syed Ahmad Fathi - Friday, August 05, 2011



Pernahkah anda mendengar ungkapan seperti ini:

"Manusia tu tak sempurna , tak lari dari membuat dosa".

Dan ungkapan-ungkapan yang lain yang sewaktu dengannya. Apakah kesilapannya ungkapan ini? Adakah ianya boleh diguna pakai?

Sebenarnya dari sudut definisi asalnya tiada yang salah.Memang fitrah manusia tak dapat lari dari melakukan dosa.Tiada yang terlepas dari dosa kecuali nabi yang maksum.

Namun ungkapan ini menjadi salah apabila ia digunakan oleh segolongan manusia sebagai tiket untuk meneruskan sesuatu perbuatan dosa atas alasan tiada manusia yang bersih dari kesalahan.

Apabila telah sedar bahawa sesuatu perbuatan itu salah atau berdosa disisi agama. Maka seharusnya seseorang itu berhenti. Kemudian memohon ampun atas kesilapan.Bukannya memberi alasan agar dapat meneruskan perbuatan yang salah itu.

Jangan lah kita ambil Islam dari sudut yang sesuai dengan nafsu dan kehendak kita sahaja dan meninggalkan apa yang tidak selari dengan kehendak kita.
Sama-sama lah kita perbaiki diri.

Sebaik-baik mereka yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat.

Semoga kita dapat meraih kebaikan di bulan Ramadhan ini.

Selamat berpuasa semua!

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. "Jangan lah kita ambil Islam dari sudut yang sesuai dengan nafsu dan kehendak kita sahaja dan meninggalkan apa yang tidak selari dengan kehendak kita."

    ayat anta ka nih? mantop

    ReplyDelete