Pada 25 Disember 2021 bertempat di RSMY Bangi telah berlangsung Kuliah Makrifat yang telah disampaikan oleh Ustaz Rijaluddin Abdul Manaf dan juga Ustaz Syahmi Rosle. Kuliah Makrifat pada kali ini telah memfokuskan kaifiat, pengalaman, dan juga cara-cara untuk melakukan ibadah umrah. Namun kuliah kali ini sedikit hambar kerana RSMY memaklumkan teh masalla mereka telah kehabisan stok. Ustaz Syahmi Rosle turut berkongsi rahsia bahawa beliau bakal membuka sebuah outlet Mokti's di Bandar Seri Putra. Kuliah Makrifat kali ini turut disertai oleh Saudara Faris Ghazali yang telah datang dari Banting semata-mata untuk mendapatkan rahsia-rahsia makrifat dari Ustaz Rijaluddin. Selain itu, Faris turut berkongsi tentang hal-hal kehidupan terbaru beliau kerana beliau sudah lama tidak berjumpa sahabat-sahabat dari Batch-13. Beliau kini berkhidmat di sebuah pusat pemasangan kereta Honda, jadi mana-mana sahabat yang hendak mendapatkan kereta Honda bolehlah menghubungi beliau. Antara peserta lain yang menyertai Kuliah Makrifat kali ini adalah Saiful Islam Izraei dan Abbas Salimi yang masing-masing sedang melakukan kajian PhD perihal bagaimana ilmu makrifat dapat diaplikasikan dalam bidang artificial intelligence dan juga crano-facial implant. Abbas Salimi turut membawa ahli kumpulan research beliau, Saudara Nelson bagi membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan lebih komprehensif.
Tarikh Kuliah Makrifat akan datang akan dimaklumkan kelak melalui teknologi Whatsapp.
Minit Mesyuarat Reunion Bil. 04: Penyelarasan Perbelanjaan
Penempatan & Makanan
Item pertama yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah perihal perbelanjaan makanan. AJK yang diamanahkan untuk menguruskan bahagian makanan, Tuan Ikhwan Zulkifli, seperti biasa masuk lambat dalam mesyuarat iaitu sekitar jam 9.43 malam. Apabila ditanya kenapa tentera mempunyai masalah dalam disiplin masa, beliau telah memberi alasan bahawa beliau baru sudah membaca Surah Yasin dan Surah Al Kahfi selepas solat Isyak. Walau bagaimanapun alasan ini diragui oleh pengarah program, Radhi Abdul Rahman kerana Ikhwan memberi alasan sambil gelak-gelak manja.
Sudahlah datang lambat, beliau juga kelihatan clueless perihal perbentangan data hasil dapatan dari borang pendaftaran. Kerana kelewatannya, beliau tidak aware akan klon Iqbal Harun yang telah mengisi borang sebanyak dua kali. Ikhwan sekadar membaca "4 orang tak bermalam, 2 hari satu malam 11 orang, 3 hari dua malam 16 orang".
Selepas membaca data ini beliau masih teragak-agak bagaimana untuk membuat anggaran makanan. Melihat ketidakcekapan Ikhwan ini, setiausaha, Syed Ahmad Fathi telah mengambil alih dan dengan mudah menentukan bahawa bajet makanan adalah seramai 60 orang berdasarkan data yang ada. Untuk tujuan deposit, Ikhwan telah membayar sebanyak RM250 kepada pihak caterer.
Deposit penempatan dan booking hotel akan diuruskan oleh Ikhwan. Beliau akan mengira jumlah harga makanan dan harga bilik bagi setiap individu peserta dan menyerahkan list penuh kepada bendahari Muhammad Syafwan Che Mustapha bagi tujuan pungutan pada hujung minggu ini. Che Wan akan menghubungi setiap peserta untuk mengutip yuran setelah mendapat jumlah dari Ikhwan (makanan dan penempatan) dan Amin (baju).
Baju Program
AJK Baju, Tuan Amin Roseli seperti biasa telah membuat pembentangan dengan perform sekali menggunakan Microsoft Power Point. Cetakan baju akan dijalankan oleh Syarikat CetakPiii. Bagi mendapatkan harga yang lebih murah, Amin akan cuba mendapatkan tempahan dari sahabat yang tidak dapat hadir. Ini kerana tempahan melebihi 100 helai akan mendapat harga yang lebih murah. Oleh itu, bagi sahabat yang tidak dapat hadir, digalakkan untuk membeli baju untuk diri sendiri, isteri, dan anak-anak. Tempahan baju bagi yang tidak hadir boleh dibuat melalui borang baharu yang akan diedarkan oleh Amin. Tempahan akan dibuka sehingga 28 Januari 2022, dan finalization untuk cetakan adalah pada 01 Februari 2022.
Terdapat beberapa isu berbangkit antaranya maklumat yang tidak clear perihal saiz baju anak dari borang. Akan hal ini, Amin akan follow-up dengan peserta tentang baju anak secara peribadi. Amin juga berharap akan lebih ramai yang menyertai mesyuarat, lagi ramai lagi rancak. Kerancakan ini diperlukan untuk menarik sponsor bagi baju, syarikat yang memberikan sponsor akan di masukkan logo mereka ke dalam baju. Bagi bayaran baju, bayaran deposit perlu dibuat kepada bendahari, Syafwan (Che Wan), manakala baki harga baju boleh dibayar pada hari kejadian. Bagi yang tidak dapat hadir, bayaran full amount akan dikutip, bayaran bagi sahabat yang tidak hadir boleh dibuat terus kepada Amin Roseli.
Friendly Batch-13 MATRI VS Batch-10
Bagi membincangkan strategi pasukan, manager pasukan Batch-13, Afifi Zakaria telah rancak masuk ke dalam mesyuarat. Apabila ditanya perihal formation, beliau enggan mendedahkan formation terlalu awal kerana terdapat spy dari Batch-10 seperti Yusuf Razali yang mungkin cuba mendapatkan maklumat ini. Beliau akan membawa kertas dan pen untuk melukis formasi semasa di padang Kelab Sultan Sulaiman nanti. Namun beliau mendedahkan bahawa beliau akan meletakkan Najmi bin Abdul Rahim sebagai last man. Afifi turut memaklumkan bahawa bilangan jersi mencukupi, cuma setakat ini tiada jersi bersaiz 4XL yang boleh disediakan untuk Radhi.
Afifi juga memaklumkan bahawa beliau telah membeli air mineral dan air 100-plus untuk player-player yang tidak fit seperti Radhi Abdul Rahman, Bashier Nasharudin, dan Izzat Mat Suki. Sementara itu, Dr. Ihsan Zakaria yang kecewa dengan kekalahan Totenham Hotspur kepada Chelsea, telah merajuk dan tidak mahu turun bermain pada hari sabtu. Beliau telah memberi alasan bahawa kliniknya mempunyai program hujung minggu.
Selain itu, destinasi minum-minum selepas main juga telah dibahaskan. Namun kata sepakat gagal dicapai perihal kedai mamak mana yang boleh dilepaki. Bashier seperti biasa memberi alasan tak dapat lepak bersama selepas main, dia memberi alasan bahawa dia perlu memasak makanan tengahari untuk adik iparnya. Selepas beberapa gurauan lawak hambar dari Hilmi Azhari dan Izzat Mat Suki, majlis akhirnya ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al-Baqarah.
Tarikh mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.
Pada 11 Januari tahun 2013, satu acara riadah malam futsal telah diadakan di Extreme Park South Quay (sebutan: ki) di Bandar Sunway. Berikut adalah beberapa foto di tempat kejadian: