muhimnya solat itu.
berkata ibnu mas'ud :"barangsiapa meninggalkan solat. tiada agama baginya"
berkata abu darda' : "tidak ada iman bg mereka yg idk bersolat"
riwayat lima imam kecuali imam muslim : "sesungguhnya antara lelaki syirik dan kufur ialah meninggalkan solat".
kawan-kawan. pentingnya solat itu. jom kita sama-sama kerjakannya. :)

Di dalam ayat suci Al-quran,
Allah telah menawarkan kepada kita sebuah perdagangan yang menguntungkan dan tidak akan pernah rugi walau sekali,
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ ١٠
سورة الصف
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10)
ِApakah perdagangan yang menguntungkan itu??,
تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١
سورة الصف
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)
MAKA...
يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢
سورة الصف
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12)

Berkata al-Muzanni:
"Apabila engkau melihat wujud kekeringan cinta dalam diri sahabatmu terhadapmu,
demikian itu kerana dosa yang engkau lakukan,
maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah.
Itulah adab ukhuwwah apabila berlaku kekeringan dalam hubungan
Itulah adab ukhuwwah apabila berlaku kekeringan dalam hubungan
setelah ia diikat atas ikatan akidah dan perjuangan.."
Tajuk entri kat atas tu,
Sebenarnya peringatan untuk diri aku sendiri. Juga untuk sahabat2 seangkatan dalam berkongsi beberapa cebis pengalaman di ruangan Bersama Kita Kongsi ini.
Perkongsian adalah satu mesin yang sangat memberikan kesan yang positif dalam hidup. Dalam berkongsi pasti terulit kenangan2 lampau yang dilalui secara real. Walaupun adakalanya ditokok tambah agar perkongsian itu akan jadi lebih menyelerakan.
Apabila mereka yang telah melalui satu jalan yang sangat menyakitkan, pasti dia akan melarang sesiapa pun untuk lalui jalan tersebut.
Dan apabila mereka yang telah melalui satu jalan yang sungguh mempersonakan, pasti dia akan bercerita kepada semua yang berada di sisinya. Dengar ceritanya sahaja pasti diri kita sendiri akan tertolak untuk melalui jalan tersebut. Tanpa disuruh.
This is real life. Benda ini memang kita tak akan dapat jika tidak adanya proses perkongsian. Mereka yang berlalu diam membisu menyimpan sejarah yang sangat bermakna. Merasakan sejarah itu terlalu mahal untuk dikongsikan bersama. Generasi mendatang terpinga-pinga melakukan sesuatu seperti dalam kebodohan. Tidak tahu sebab dan hakikat kenapa perlu dilakukan.
Jadi di ruangan ini, marilah sama2 kita berkongsi. Tidak mengharapkan pengalaman secantik dan sebesar samudera, tapi cuma sedebu kenangan. Yang dirasakan tidak berguna, tapi sangat berharga untuk mereka yang mengamati kehidupan ini dari sudut yang sebenar.
"Rakyat memegang hak pemimpin iaitu ketaatan, manakala pemimpin memegang hak rakyat iaitu keadilan."
P/S: Kalau pemimpin yang ada tidak adil maka hak rakyat telah dicabuli
Police attack praying Egyptians - Middle East - Al Jazeera English
By abdullah luqman osman - Tuesday, February 01, 2011
Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
- Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w." - Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha " - Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t " - Hari Haid dan Nifas.
- Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)
Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.
Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
- Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
by ~alwan83 at Daviantart
Sahabat adalah mereka yang datang dalam hidup kita dalam apa jua cara. Mereka dianggap oleh kita seseorang yang menyenangkan kita di kala susah dan ceria bersama dikala senang. Mereka juga hadir dengan pelbagai ragam. Adakalnya menggembirakan dan adakalanya menyusahkan bagi diri kita.
Yang dikatakan sahabat datang dalam keadaan menggembirakan adalah ketika dia datang dalam keadaan bertepatan dengan erti persahabatan bagi diri kita. Dan yang menyusahkan adalah dia datang dalam pada situasi yang sebaliknya.
Pernah sekali pengalaman ana duduk dalam situasi begini. Sahabat datang dalam keadaan dia menyusahkan ana. Bagi diri ana dia merimaskan ana ketika itu. Walaupun ana tidak menunjukkan sebarang respon tidak suka. Tapi bagi ana layanan padanya adalah bukti ana tidak suka dia datang time tu.
Sahabat ini datang ketika ana sedang sibuk berfacebook. Melayan kawan2 difacebook. Dia datang dari utara tanah air. Dan kediaman ana ketika itu di Johor. Ana rasa time tu dia datang dengna harapan ada beberapa cerita yang dia mampu kongsikan bersama. Walaupun cerita yang remeh-temeh. Biasalah, kalau dah duduk sama2 batch ni, mesti ada kenangan lama dan pengalaman baru yang nak diceritakan. Lagi2 mereka yang dah nak sampai seruan walimah. haha.
Dia cuba berbual dengan ana, tapi ana masih sibuk berfacebook. Dia mula menggapai surat khabar yang berdekatan dengannya. Satu-satu surat khabar ditatap. Dari surat khabar baru hingga surat khabar yang dah bertarikh 2 atau 3 hari yang lepas. Ada sesekali dia cuba membangkitkan berita2 yang ada dalam surat khabar tu kepadaku. Tapi jawapan aku mengecewakan dia.
Dan 1 jam selepas itu dia melelapkan mata. Perasaan ana tidak sedikit pun tersentuh time tu. Mungkin bagi ana, rakan di facebook lagi aula.
1-2 jam dia terlelap di sofa, akhirnya sahabat ana yang sorang lagi telefonnya ajak balik rumah. Sahabat yang dia tumpang tidur. Ketika tu dah pukul 2 pagi kot. Akhirnya dia meninggalkan aku. Dia pulang ke rumah sahabat ana yang sorang lagi.
2-3 hari selepas itu dia pulang ke rumahnya di utara tanah air. Itupun ana sempat menelefon sahaja. Mungkin ketika itu hatinya sangat gembira dirai oleh sahabat nya yang lagi sorang. Dan kegembiraannya berbaur kekecewaan ketika dia merasai raianku.
Beberapa hari selepas itu ketika aku sedang berfacebook dia menghantarkan mesej padaku. "Tengah sibuk ke main soal2?" Huh, hati ana time tu seperti ada something yang tidak kena. Merasakan ada sesuatu hajat yang sperti ana tidak lunaskan. Dan merasakan yang dia pasti tidak akan menjejak kaki lagi di Johor jika yang orang akan meraikan kehadirannya adalah ana.
Inilah yang ana ingin kongsikan mengenai penglaman dalam dunia persahabatan. Dan pengalaman ini mengajarkan ana tentang erti persahabatan yang sebenar.
"Sahabat adalah mereka yang mampu menolong kita keluar dari lubang kemaksiatan. Dan menarik kita memasuki dalam taman amalan yang sangat indah dan menenangkan"
Pada sesuatu kedaan kita bukan tidak tahu mana satu yang penting dalam kehidupan. Tapi kita keliru padanya. Berdoa dan beristikharah lah selalu pada ALLAH swt. Agar pilihan yang kita lakukan adalah bertepatan dalam landasan syariat ALLAH.
p/s : Kalau Iqbal Harun baca: Iqbal, ana nak minta maaf atas kekhilafan yang ana lakukan sepanjang persahabatan kita. Semoga ALLAH sentiasa satukan hati kita dan semua sahabat yang lain. Semoga ALLAH masih sayang kita.