Thursday, July 26, 2012

Siapa Yang Bakal Bertindak?

Salam 'Alayk sahabat yang dikasihi. Apa khabar antum semua? Bicara Iman antum di bulan Ramadhan ini bagaimana? Diharap semuanya sihat dan tahap keimanan terus meningkat dari semasa ke semasa. Dalam bulan yang mulia ini ayuh kita tanamkan mind set untuk mengutip sebanyak keuntungan yang ALLAH S.W.T sajikan untuk orang-orang yang beriman. Marilah kita menjalani ibadah puasa ini imaanan wahtisaban, dengan penuh keimanan dan pengharapan keampunan terhadap dosa-dosa terdahulu.

Bagaimana keadaan antum duhai sahabat? Setelah masing-masing dicampakkan ke seluruh pelosok bumi ini, bagaimana dengan D & T antum semua? Diharapkan semua tsabat dan istiqamah dalam  proses tarbiyah ini. Dunia dewasa ini tidaklah mengharapkan harta sebanyak mana yang didermakan, pakaian sebanyak mana diinfaqkan. Tetapi apa yang diperlukan oleh ummah adalah orang-orang yang mengerakkan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ini. Mungkin ramai yang sudah menonton video ini, namun mungkin ini satu inisiatif untuk kita mengemas kini kembali niat kita, ghayah kita. Video kisah Umar Al-Khattab yang disampaikan oleh Sheikh Imam Anwar Al-Awlaki.



Benarlah kata-kata Sheikh Mustafa Masyhur: " Tarbiyah bukan segala-galanya, namun segalanya boleh dicapai dengan tarbiyah". Ayuh sahabat kita sahut panggilan Umar Al-Khattab, menjadi rijal-rijal yang memegang panji-panji Islam. :) 

Kadang-kadang kita rasa kita ini macam berada dalam comfort zone. Yalah, dari sekolah lagi dah terima tarbiyah malah ada yang dah terima daripada kecil lagi melalui ayah dan ibu. Namun ini bukan alasan untuk kita mengatakan cukuplah ayah, ibu, abang, kakak atau adik kita sudah mengambil tanggungjawab ini. Ana nak kongsikan satu kisah daripada sebuah video yang ana dapat daripada YouTube.


Dalam video ini, menunjukan mengapa masyarakat tidak mengambil tindakan terhadap kanak-kanak tersebut. Kata-kata dalam temu bual ini juga ada mengatakan: " The more there are people watching something go down, the less likely someone to take action". Bicara kata-kata ini boleh kita tafsirkan apabila kita berada dalam masyarakat yang besar, yang ramai dan diperlihatkan dengan satu tanggungjawab, kebarangkalian untuk seseorang dalam masyarakat itu mengambil atau menjalankan tanggungjawab itu semakin mengecil. Jika kita samakan dengan keadaan D & T, sama bukan? "Eh takpelah ada orang buat", "Cukuplah aku duduk dalam halaqah ini sahaja". Wallahu'alam ini satu perkara yang ana ingin bawa diri ana dan sahabat semua untuk kita muhasabah kembali diri kita dalam bulan yang penuh barakah ini.

Ana tidaklah meminta untuk kita sama-sama untuk membuat sudden change tetapi kita buat semampu mana dan yang paling penting kita istiqamah  dengan amalan itu dan menaik dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ana akui melakukan sesuatu perubahan itu memang sukar, tapi alangkah indahnya jika kita melakukan perubahan ini dengan adanya sahabat-sahabat yang berukhuwah fillah, saling bantu-membantu dan ingat-memperingati. Kita mulakan dengan merujuk Surah An-Nahl ayat 125. Cara paling mudah kita lengkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah dan mengharapkan dengan cara ini kita dijadikan qudwah/contoh kepada rakan-rakan kita yang lain.

Wallahu'alam sahabat sekalian sedikit celoteh hati ana terhadap apa yang ana hadapi sekarang. Diharapkan dengan perkongsian ana ini sahabat sekalian dapat jadikan satu batu loncatan pada bulan Ramadhan ini. Dan ana harap sahabat sekalian rajin-rajinlah ingatkan diri ana ini juga kerana ana juga sering lalai dibuai dunia yang fana ini. Ana amat risau berkata-kata ini kerana firman ALLAH S.W.T yang jelas dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3. Ana amat takut jika tergolong dalam golongan yang difirmankan itu, Na'uzubillahi Min Zalik. Wallahu'alam.

Salam Ukhuwah,
Amin Roseli

P/S: Antumlah kekuatan ana untuk terus tsabat dalam proses tarbiyah ini. Uhibbukum fillah!

2 comments:

  1. Erm. Rasa sedih aje skang amin. Dah hilang semangat tak macam dulu. Mungkin dah mula selesa dengan apa yang ada. Sedih sedih. Jeles dgn sahabat2 di aussie.

    ReplyDelete
  2. La tahzan, innALLAHamaana.. semangat dibina atas dasar kefahaman, insyallah enta mampu melakukannya..

    ReplyDelete