Thursday, July 12, 2012

Nasib Baik


"Nasib baik aku jawab betul tadi, huh kalau tak confirm semua salah"..
"Pergh, nasib baik hang mai, kalau tak tau la apa nak jadi dengan aku.."
"Nasib baik anta ada, kalau tak tahu sapa nak suruh baca doa."
" Nasib baik....."


Kenapa perlu nasib baik?
Atas nasibkah sebenarnya pergantungan kita?
Mungkin kerana dah menjadi budaya ?
Bukankah semua yang berlaku walau sekecil-kecil perkara hatta menggerakkan jari itu kuasa Allah?
Mungkin kita patut perlahan-lahan ubah tabiat kita, dari senantiasa sebut nasib baik.. kan lebih baik jika..


Credit : http://aminroselidol.blogspot.com

"Alhamdulillahlah aku jawab betul tadi, huh kalau tak confirm semua salah"..
"Pergh, Alhamdulillah hang mai, kalau tak tau la apa nak jadi dengan aku.."
"Alhamdulillah anta ada, kalau tak tahu sapa nak suruh baca doa."

Bukanlah menjadi kesalahan, cuma kita nak tingkatkan lagi Hubungan Dengan ALLAH ( HDA )  kita, 
Ditakuti kita tersalah sandaran, 
Kerna memang hakikatnya kita tak punya apa-apa langsung di dunia ini..

Bukan sebagai paksaan, cuma sebagai pesanan
Hakikat yang tak boleh kita lari...
Manusia itu sentiasa melakukan kesalahan.

Sumber : http://sekudushati.blogspot.com/2012/07/nasib-baik.html

No comments:

Post a Comment