Tuesday, April 3, 2012

Bersedia untuk satu yang pasti



Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat? Harapnya semua sihat fizikal dan iman. Bagi yang sedang berkerja diharap pekerjaan antum bukan hanya penat lelah untuk gaji semata-mata . Semoga penat lelah itu di balas juga di akhirat nanti dan mendapat redha ilahi. Bagi yang akan atau sedang menghadapi peperiksaan semoga usaha antum juga tidak hanya dibalas dengan pointer yang tinggi tapi ia dapat dibawa sebagai amal soleh yang akan memberatkan timbangan amal kebaikan kita Inshallah. Bagi yang sedang bersiap untuk melangkah ke alam perkahwinan diharap perkahwinan antum bukan sahaja membawa kebahagiaan di dunia tapi terus bahagia juga di akhirat nanti. Ameen.

Ketahuilah sahabat yang dikasihi jika kita bersedia untuk pergi ke tempat kerja kemungkinan tempat kerja terjadi kebakaran dan kita tidak dapat berkerja di hari tersebut. Atau kita bersedia untuk peperiksaan kemudian terjadi banjir dan peperiksaan dibatalkan. Atau untuk berkahwin kemungkinan kemalangan berlaku kepada pasangan kita yang menyebabkan perkahwinan terpaksa ditunda atau ditangguh. Semuanya tidak pasti. Tetapi sahabatku yang dikasihi ketahuilah sekiranya kita bersedia dan bersiap untuk mati ketahuilah bahawa mati itu pasti.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" (Ali-Imran:185)

Tiada siapa yang terlepas dari kematian. Seorang raja yang mempunyai jutaan emas , kekuasaan , bala tentera dan harta akhirnya tetap akan mati di mamah bumi. Doktor yang berkerja dihospital cuba menyelamatkan nyawa-nyawa manusia yang sakit juga akhirnya tidak juga dapat menyelamatkan dirinya dari mati. Akhirnya dia akan kaku tidak bernyawa.

Sahabat yang disayangi ketahuilah syarat untuk mati bukanlah sakit. Bukan kanser , denggi atau malaria. Berapa ramai orang yang menemui ajal ketika sedang sihat. Kemalangan kereta dan sebagainya.Syarat untuk mati juga bukanlah tua. Berapa ramai insan yang menemui ajal saat usia belum lagi menjangkau 20-an. Ketahuilah untuk mati syaratnya adalah bernyawa. Kita semua memenuhi syarat tersebut.

Kita tidak dapat lari dari mati  tetapi kita dapat bersedia menghadapinya. Kita dapat meningkatkan amalan kita. Sentiasa berusaha menjaga diri , menjaga iman agar saat maut tiba iman teguh di dada.

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati" (HR Ibnu Majah)

Sahabat yang dirindui , sekiranya terasa diri masih jauh dari Allah dan ingin berubah lakukan lah sekarang. Sekiranya hendak melazimi bacaan Qur'an mulailah sekarang. Sekiranya mahu sentiasa berjemaah di Masjid mulailah sekarang. Ingin menambah sedekah hulurkannya sekarang. Hendak memohon ampun dan maaf pohonlah sekarang.Jangan bertangguh kerana mati boleh menjemput kita bila-bila masa. Jadilah orang yang cerdik dengan sentiasa mengingatinya. Sama-sama kita menyiapkan diri.

"Tidak akan bergerak kaki anak Adam pada hari kiamat disisi Rabbnya sehingga dia ditanya akan 5 perkara . Tentang umurnya kemana di habiskan , tentang masa mudanya apa yang di usahakan , tentang hartanya bagaimana diperolehi dan dibelanjakan , dan tentang ilmunya apa yang telah dia amalkan." (HR Tirmizi)

Wallahualam.

3 comments:

  1. InshaALLAH..jazakALLAH khair ya fathi..

    ReplyDelete
  2. Bagi yang sedang berkerja diharap pekerjaan antum bukan hanya penat lelah untuk gaji semata-mata . Semoga penat lelah itu di balas juga di akhirat nanti dan mendapat redha ilahi...:)

    ReplyDelete
  3. Inspiring!
    ...........jazakallah khair

    ReplyDelete