Tuesday, May 18, 2010

Terhenti Seketika?

"Kenapa wujud kelesuan dalam usaha dakwah dan tarbiyah kita? Hal ini sebenarnya wujud kesilapan pada langkah pertama kita. Apabila nohktah bidayah kita tidak jelas pada-Nya, maka langkah seterusnya mudah jatuh tersungkur"
-Akhi SOS-

Friday, May 14, 2010

Pahlawan


SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY
“Dia telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin).
SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, yaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan.
Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat   duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.
Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar.

Tuesday, May 11, 2010

Hattakan syaitan pun takut..

Suatu hari di waktu subuh yang hening, ada seorang lelaki yang entah bagaimana mulanya telah bertemu dengan syaitan , mereka telah bersepakat untuk mengikat tali persahabatan.
setelah sekian waktu, waktu solat subuh pun sudah berakhir dan lelaki tersebut tidak juga menunaikan solat. syaitan pun tersenyum simpul sambil bergumam di dalam hatinya, "orang ini memang sesuai menjadi teman dan sahabatku"..
begitu juga tikamana waktu zuhur menjelang tiba, dan lelaki tadi tetap juga tidak mengerjakan kewajibannya, si syaitan tadi semakin tersyum sebar sambil berkata-kata, " rupanya dia inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti"...
azan asar pula berkumandang, namun lelaki tadi masih tidak mengendahkan seruan itu, hingga akhirnya waktu solat,. si syitan tadi terus terdiam...
allahu akbar.. allahu akbar..
allahu akbar.. allahu akbar...
azam maghrib pun dilaungkan, si lelaki tadi masih asyik dengan kerjayanya dan tidak mengendahkan langsung seruan itu.. si syaitan tadi mula gelisah, dan kelihatan di wajahnya seperti mengingati sesuatu..
akhirnya tiba lah waktu isya'. namun lelaki tadi masih seperti sebelumnya, tidak mengerjakan solat yang telah di fardhukan ke atas dirinya, maka si syaitan tadi terus panik dan tidak lagi mampu menhan diri, lalu menghampiri si lelaki tersebut sambil berkata kepada sahabatnya itu.. "wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita ini".
dengan kehairanan si lelaki tadi bertanya , " kenapa engkau ingin mungkiri janji?? bukankah baru pagi tadi kita berjanji ingin menjadi sahabat? . jawab si syaitan tersebut, "aku takut..! jawab syaitan dengan penuh gementar, "nenek moyangku dahulu hanya sekali mengingkari perintah allah, iaitu tika mana disuruh bersujud kepada nabi adam dan terus dilaknat oleh allah... apalagi engkau yang hari ini sahaja aku saksikan telah lima kali mengingkari bersujud kepadaNya. tidak terbayangkan oleh akubetapa besarnya murka allah kepadamu...

Sahabat2 dan teman para pembaca, tepuk dada tanya lah kepada iman kita. hattakan syaitan yang dilaknat pun masih takut kepada allah.. bagaimana pula kita?? renung2kan...

Thursday, May 6, 2010

Saidina Usman Bin Affan

Bila di sebut nama datuk siti nurhaliza siapa tak kenal? sebut pula, mawi... jamal abdillah... siapa lagi artis malaysia.. mungkin bukan dari negara malaysia tidak mengenali mereka, bagaimana pula dengan bintang bola sepak dunia.. ronaldo, ronaldinho, raul, beckam, dan ramai lagi.. sebut saja, budak sekolah yang baru di darjah satu pun sdah mengenali mereka..

Tapi, bila di sebut imam-imam besar, ulama-ulama yang muktabar, apatah lagi sahabat-sahabat rasul saw, berpa kerat saja yang kenal?? tidak mengenal rupa tiada mengapa, tapi bila peribadi, dan siapa mereka pun tak kenal ini merupakan perkara mustahak yang perlu di ambil kira..perlu di ambil pentingnya.

Oleh itu, ingin sekali ana berkongsi dengan semua para pembaca sedikit sejarah ringkas sahabat baginda rasul saw, iaitu saidina usman bin affan. seorang sahabat yang berharta dan dermawan orangnya. beliau juga merupakan salah seorang sahabat yang pertama berhijrah ke habsyah.
malah beliau juga merupakan seorang hartawan yan dermawan..
bukinya,
“Berkata Adurrahman bin Habbab: Aku telah menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. memberangsangkan bagi persiapan untuk tentera yang menghadapi kepayahan. Maka Uthman bin Affan dapat tahu hal itu, lalu berkata:
Ya Rasulullah! Untuk itu hamba sumbangkan 100 ekor unta yang semata-mata ke jalan Allah. Selepas itu pula Nabi s.a.w. mengiklankan keperluan untuk kegunaan para tentera sendiri. Maka Uthman r.a. berkata: Ya Rasulullah! Hamba sumbangkan lagi 300 ekor unta yang lengkap dengan kelengkapan seperlunya, semata-mata ke jalan Allah. Kata Abdurrahman, aku lihat Rasulullah s.a.w. turun dari atas mimbar, lalu berkata: Tidak ada apa-apa tindakan Uthman yang boleh menjejaskannya selepas ini semua! Tidak ada apa-apa tindakan Uthman yang boleh menjejaskannya selepas ini semua!
subhanallah, betapa pemurahnya beliau berbanding kita?? wala harta berjuta ingin menyumbang kepada yang memerlukan cukup payah, perlu pelbagai kerenah dan bermacam jenis protokol yang entah apa-apa. itu lah kita...
bukan setakat iu, beliau juga menggunakan wangnya sdn bhd, membeli sebuah perigi di madinah kemudian di wakafkan kepada semua umat muslimin di madinah, sedangkan tika itu sukar sekali untuk mendapatkan bekalan air..

Bukan saja pemurah dermawan malah seorang sahabat yang berani, ini terbukti, tika mana beliau memenuhi perintah rasul saw untuk menjadi wakil baginda bertemu dengan pihak musyrikin dalam usaha menandatangani perjanjian hudaibiyah.

Terlalu banyak keperibadiannya yang mulia boleh kita contohi.. suka ana mengambil cotoh betapa pemurahnya beliau, kerana ini perlu mejadi contoh kepada kita, walau berjuta harta kekayaan di curahkan beliau tidak jatuh bankrup malah bertambah-tambah rezekinya. tapi kita kini?? harta melimpah ruah, tapi ntuk menyumbang untuk jalan islam se sen pun ibarat seribu kerugian.. kita melihat betapa ramai yang memerlukan. bertapa ramai yang kesushan, tapi yang kaya terus dengan kekayaan, yang miskin terus dengan kemiskinan, malah semakin papa kedana.. itulah masyarakat kita..

Kawan-kawan .. sesama kita fikirkan....

Monday, May 3, 2010

Motivasi Insan





"moga anda dan saya mendapat saham kerana menulis dan membaca. IQRA'!"

Sejenak membaca sebuah blog menarik. Penulisnya bukan karyawan tapi mungkin ade darah karyawan yang mengalir . Menarik isi kandunganya sebagai bahan bacaan buat sahabat-sahabat yang mungkin sudah habis exam . Penulisan mengenai kehidupan dari kaca mata seorang remaja muslim. Untuk link klik di sini.

Sunday, May 2, 2010

Telur putih ke kuning ?



Radhi menggosok matanya yang baru dibuka. "Gosok gigi dulu radi " sapa abahnya melihat anak ciliknya yang berumur 5 tahun itu. Dengan langkah terhoyong hayang Radhi turun dari katil melangkah ke bilik air membasuh muka dan gosok gigi. Lantas dia kembali semula ke meja makan untuk bersarapan bersama abah dan mama.

Melihat sarapan yang disediakan mama , rasa mengantuknya perlahan-lahan hilang. Ade telur rebus . Bihun goreng dan air teh susu. Telur rebus memang kegemaran Radhi bagi sarapan. "Kamu suka makan telur pagi-pagi kenapa Radhi?" tanya abahnya . "Sedap" jawab radhi pendek. "Kamu tahu telur kuning dengan putih mana lagi penting?" soal abahnya lagi. "Kuning kut , kuning lagi sedap" balas Radhi lagi.

"Bukan dari segi kesedapan lah sayang oi , dari segi pentingnya untuk menjadi sekor anak ayam yang comel." terang abah sambil tersenyum. "Kuning lah , kalau takde kuning tak jadilah ayam" jawab Radhi dengan hujahnya. Abah tersenyum lagi. "Dua-dua pentinglah anakku. Memang lah kuning akan jadi ayam tapi kalau takde putih camne telur tu nak dapat makanan dan zat untuk membentuk anak ayam. Kalau putih takde tak jadi ayam. Kalau kuning takde pun tak jadi ayam" terang abah panjang lebar. "Ooo. Betul jugak abah" .

------

Cerita nih sebenarnya analogi jeh. Tentang kadang-kadang kita terperangkap nak utamakan study atau dakwah (mengajak kawan-kawan kepada Islam) di IPT. Kalau kita rasa dakwah lagi penting sampai kita mengabaikan pelajaran adalah salah. Kerana sapa nak contohi kita kalau kita belajar pon tak dapat nak di contohi. Bak kata senior aku kat sini (Amin ) " Camne nak berdakwah kalau takde ilmu".

Dan jika kita mengganggap study adalah lagi penting dan mengabaikan tugas dakwah juga adalah salah kerana ia merupakan tanggungjawab kita yang sudah ada kefahaman dan kesedaran. Bak kata orang tua-tua "Kalau bukan kita sapa lagi?" . Ini adalah tugas kita dan ianya bukan perkara yang mudah . Jadi ia perlukan usaha lebih dari 1 orang. InsyaALLAH usaha itu walaupun kelihatan kecil pahalanya besar. Bak kata pepatah melayu "Dakwah is number one but study is not number two". Wallahualam.

P/S: Radhi dalam cerita tu bukan Radhi Abd Rahman. Ko jgn perasan radi.