Telur putih ke kuning ?

By Syed Ahmad Fathi - Monday, May 03, 2010



Radhi menggosok matanya yang baru dibuka. "Gosok gigi dulu radi " sapa abahnya melihat anak ciliknya yang berumur 5 tahun itu. Dengan langkah terhoyong hayang Radhi turun dari katil melangkah ke bilik air membasuh muka dan gosok gigi. Lantas dia kembali semula ke meja makan untuk bersarapan bersama abah dan mama.

Melihat sarapan yang disediakan mama , rasa mengantuknya perlahan-lahan hilang. Ade telur rebus . Bihun goreng dan air teh susu. Telur rebus memang kegemaran Radhi bagi sarapan. "Kamu suka makan telur pagi-pagi kenapa Radhi?" tanya abahnya . "Sedap" jawab radhi pendek. "Kamu tahu telur kuning dengan putih mana lagi penting?" soal abahnya lagi. "Kuning kut , kuning lagi sedap" balas Radhi lagi.

"Bukan dari segi kesedapan lah sayang oi , dari segi pentingnya untuk menjadi sekor anak ayam yang comel." terang abah sambil tersenyum. "Kuning lah , kalau takde kuning tak jadilah ayam" jawab Radhi dengan hujahnya. Abah tersenyum lagi. "Dua-dua pentinglah anakku. Memang lah kuning akan jadi ayam tapi kalau takde putih camne telur tu nak dapat makanan dan zat untuk membentuk anak ayam. Kalau putih takde tak jadi ayam. Kalau kuning takde pun tak jadi ayam" terang abah panjang lebar. "Ooo. Betul jugak abah" .

------

Cerita nih sebenarnya analogi jeh. Tentang kadang-kadang kita terperangkap nak utamakan study atau dakwah (mengajak kawan-kawan kepada Islam) di IPT. Kalau kita rasa dakwah lagi penting sampai kita mengabaikan pelajaran adalah salah. Kerana sapa nak contohi kita kalau kita belajar pon tak dapat nak di contohi. Bak kata senior aku kat sini (Amin ) " Camne nak berdakwah kalau takde ilmu".

Dan jika kita mengganggap study adalah lagi penting dan mengabaikan tugas dakwah juga adalah salah kerana ia merupakan tanggungjawab kita yang sudah ada kefahaman dan kesedaran. Bak kata orang tua-tua "Kalau bukan kita sapa lagi?" . Ini adalah tugas kita dan ianya bukan perkara yang mudah . Jadi ia perlukan usaha lebih dari 1 orang. InsyaALLAH usaha itu walaupun kelihatan kecil pahalanya besar. Bak kata pepatah melayu "Dakwah is number one but study is not number two". Wallahualam.

P/S: Radhi dalam cerita tu bukan Radhi Abd Rahman. Ko jgn perasan radi.


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. alhamdulillah..
    sharing yg sgguh brmakna..
    trima kasih...

    * x prasan pun , fathi..

    ReplyDelete
  2. Radhi email luqman rejab ape nak invite dia jadi author gak.

    ReplyDelete
  3. ceh.. aku dah sebar dalam list ym aku.. moga ada yang sudi singgah.. nama blog pun bersama kita kongsikan.,. so, kena sebar la..

    ReplyDelete