Saidina Usman Bin Affan

By abdullah luqman osman - Friday, May 07, 2010

Bila di sebut nama datuk siti nurhaliza siapa tak kenal? sebut pula, mawi... jamal abdillah... siapa lagi artis malaysia.. mungkin bukan dari negara malaysia tidak mengenali mereka, bagaimana pula dengan bintang bola sepak dunia.. ronaldo, ronaldinho, raul, beckam, dan ramai lagi.. sebut saja, budak sekolah yang baru di darjah satu pun sdah mengenali mereka..

Tapi, bila di sebut imam-imam besar, ulama-ulama yang muktabar, apatah lagi sahabat-sahabat rasul saw, berpa kerat saja yang kenal?? tidak mengenal rupa tiada mengapa, tapi bila peribadi, dan siapa mereka pun tak kenal ini merupakan perkara mustahak yang perlu di ambil kira..perlu di ambil pentingnya.

Oleh itu, ingin sekali ana berkongsi dengan semua para pembaca sedikit sejarah ringkas sahabat baginda rasul saw, iaitu saidina usman bin affan. seorang sahabat yang berharta dan dermawan orangnya. beliau juga merupakan salah seorang sahabat yang pertama berhijrah ke habsyah.
malah beliau juga merupakan seorang hartawan yan dermawan..
bukinya,
“Berkata Adurrahman bin Habbab: Aku telah menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. memberangsangkan bagi persiapan untuk tentera yang menghadapi kepayahan. Maka Uthman bin Affan dapat tahu hal itu, lalu berkata:
Ya Rasulullah! Untuk itu hamba sumbangkan 100 ekor unta yang semata-mata ke jalan Allah. Selepas itu pula Nabi s.a.w. mengiklankan keperluan untuk kegunaan para tentera sendiri. Maka Uthman r.a. berkata: Ya Rasulullah! Hamba sumbangkan lagi 300 ekor unta yang lengkap dengan kelengkapan seperlunya, semata-mata ke jalan Allah. Kata Abdurrahman, aku lihat Rasulullah s.a.w. turun dari atas mimbar, lalu berkata: Tidak ada apa-apa tindakan Uthman yang boleh menjejaskannya selepas ini semua! Tidak ada apa-apa tindakan Uthman yang boleh menjejaskannya selepas ini semua!
subhanallah, betapa pemurahnya beliau berbanding kita?? wala harta berjuta ingin menyumbang kepada yang memerlukan cukup payah, perlu pelbagai kerenah dan bermacam jenis protokol yang entah apa-apa. itu lah kita...
bukan setakat iu, beliau juga menggunakan wangnya sdn bhd, membeli sebuah perigi di madinah kemudian di wakafkan kepada semua umat muslimin di madinah, sedangkan tika itu sukar sekali untuk mendapatkan bekalan air..

Bukan saja pemurah dermawan malah seorang sahabat yang berani, ini terbukti, tika mana beliau memenuhi perintah rasul saw untuk menjadi wakil baginda bertemu dengan pihak musyrikin dalam usaha menandatangani perjanjian hudaibiyah.

Terlalu banyak keperibadiannya yang mulia boleh kita contohi.. suka ana mengambil cotoh betapa pemurahnya beliau, kerana ini perlu mejadi contoh kepada kita, walau berjuta harta kekayaan di curahkan beliau tidak jatuh bankrup malah bertambah-tambah rezekinya. tapi kita kini?? harta melimpah ruah, tapi ntuk menyumbang untuk jalan islam se sen pun ibarat seribu kerugian.. kita melihat betapa ramai yang memerlukan. bertapa ramai yang kesushan, tapi yang kaya terus dengan kekayaan, yang miskin terus dengan kemiskinan, malah semakin papa kedana.. itulah masyarakat kita..

Kawan-kawan .. sesama kita fikirkan....

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Menarik segmen sirah kali ini
    boleh jadi pemangkin untuk kita menyumbang
    ke GAZA. Jikalau anda ingin menyumbang insyaALLAH
    ada caranya walau di mana anda berada.

    ReplyDelete