ROADSHOW LIFELINE4GAZA DI JOHOR.

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, June 20, 2010

Alhamdulillah ALLAH beri keizinan untuk roadshow lifeline4gaza berlangsung di JOHOR dengan jayanya, dan sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

DI MASJID Bandar Baru Uda, JOHOR BHARU. Panel yang dijemput oleh jawatankuasa masjid adalah ustaz Hasannuddin Yusof dari AQSA SYARIF, dan DR. arbaien Shahwal dari HALUANPALESTIN. Dan dipenerusikan oleh imam masjid tersebut. Jemaah yang datang tidak kurang dari 200-400 orang memebuhi ruang masjid yang lengkap dengan penghawa dingin.

Mengambi daripada kata-kata yang disampaikan oleh dr. Arbaien shahwal, beliau mengatakan bahawa, Palestin adalah masalah aqidah bg umat islam, masalah yang tidak akan berakhir hingga hari kiamat selagi mana Palestin tidak dimerdekakan.

Selain, beliau juga menceritakan perihal sewaktu kejadian tragedi 31Mie, yang mana MAVI MARMARA diperlakukan dengan ganas oleh komando ISRAEL yang mahu menwan kapal. Beliau juga sebaga doktor perubatan menceritakan detik-detik yang cemas dan tidak boleh dilupakan sewaktu kejadian dimana beliau menium 3orang yang syaheed dengan beliau menggambarkan, baunya mayat shuhada itu seperti harumnya kasturi.

Beliau, juga sering mengulang-ulangkan supaya, masyrakat bangkit dari lena, kerana isu gaza ini bukanlah isu yang sementara, isu yang boleh diambil ringan dan realitinya isu yang perlu diutamakan dan beliau juga menyatakan kerinduan beliau untuk menjejakkan kaki ke GAZA.

Panel seterusnya Ustaz Hasannudin pula menyatakan bahawa, beliau dengan izin ALLAH beliau yakin bahawa Turki adalah Negara yang akan bangkit untuk membantu islam dan seterusnya akan diikuti oleh Negara arab yang lain dan Negara-negara islam yang lain.

Beliau juga menceritakan sewaktu MAVI MARMARA ditawan, beliau dipijak oleh komando zionis sambil ketawa, dan komando zionis menjadikan beliau sebagai tempat laluan jalan, dan komando-komando zionis yang lain yang lalu lalang disitu akan memijak badan beliau. Untuk meneruskan perjalanan, tetapi kata beliau “ dengan mengingatkan bahawa yang kaki yang pijak itu milik ALLAH, dan badan yang dipijak itu juga milik ALLAH, allhamdulillah kesakitan itu dapat ditempis oleh kerana ingatan kepada ALLAH itu sangat kuat” dan katanya lagi “saya teringat sewaktu dipijak itu dalam ayat al-quran, yang menyakatakan ahawa kaum yahudi ini adalah kaum perosak, dan sekarang ini, saya merasakan ayat itu secara realiti”.

Beliau yang juga pengerusi AQSA SYARIF memberitahu jemaah masjid bahawa, pihak AQSA SYARIF ada menyediakan skim bantuan anak-anak yatim. Dan jika ada dari Malaysia yang berhajat untuk menyara anak-anak yatim itu secara bulanan sangatlah dialu-alukan. Dan beliau menjanjikan, jika gambar anak-anak yatim yang disara itu, akan ditunjuk, dengan bantuan badan yang bertugas didalam GAZA.

TRAGEDI MAVI MARMARA: Diskusi bersama relawan negara Berlangsung semalam 16 Jun di Dewan Senat UTM skudai. Membariskan Ust Hasanudin AQSA syarif, Dr Syed Haleem HaluanPALESTIN dan Dr Mohd Arbaei HaluanPALESTIN

Alamdulillah mereka menjelaskan matlamat Lifeline4gaza, pengalaman dalam Mavi Marmara dan menggariskan kerja2 seterusnya yang akan dilangsungkan diatas kesinambungan penghantaran kapal sebelum ini.

Dewan padat, dihadiri oleh Timbalan NC UTM, Dekan-dekan fakulti, Ketua Jabatan, Prof-prof, kakitangan dan pelajar UTM. Sumbangan daripadapd beberapa persatuan dalam UTM kpd Haluanpalestin dan Aqsasyarif.

Pada jam 3ptg, Dr Syed Haleem ada sesi bersama staf Fakulti Arkitek UTM.

Panel pertama iaitu Dr. Arbaien Shahawal dari HaluanPalestin , menjelaskan matlamat utama lifeline4gaza ini dilangsungkan, beliau menyatakan bahawa, idea untuk menghantar kapal ini diberikan oleh pihak NGO daripada Turki iaitu IHH, dan menjemput juga wakil dari Malaysia untuk turut seta dalam konvoi tersebut. Beliau menyatakan, bahawa di Malaysia ini, lebih daripada 20 NGO yang turt serta menyajakan program ini, walaupun yang menaiki kapal hanya 12orang sahaja. Tetapi, usaha-usaha sebelum pelayaran berlangsung, NGO-NGO yang sama-sama berkolebrasi ini, berusaha bersama dengan pelbagai cara seperti mengutip dana dan membuat penjelasan-penjelasan tentang isu gaza ini.

Dan beliau juga mengaaskan bahawa, misi penghantaran kapal ini , adalah misi kemanusian semata, tidak ada pembawaan senjata seperti diwar-warkan ISRAEL yang sangat terkenal dengan sikap penipunya dan sifat yang tidak berperikemanusian.

Selain itu, antara misi kemanusian melalui jalam laut ini, beliau menyatakan , tujuan utama adalah untuk merobohkan, tembok-tembok kematian yang dibina oleh ISRAEl ini, yang dibina mengelilingi gaza 8meter keatas, selebar 2-3meter dan 30 meter kebawah tanah. Dan, metod untuk merobohkan itu, bukanlah dengan senjata, tetapi, dengan tekanan-tekanan daripada pihak dunia, dan media seluruh Negara, supaya kejahatan dan kerakusan pihak ISRAEL ini dizahirkan kepada penduduk dunia.

Beliau juga ditanya,oleh hadirin yang datang, “ Apakah persediaan yang dibuat sebelum DR, mengikuti konvoi ini?”. Dengan nada rendah hati, beliau menjawab, buat pengetahuan hadirin, saya telah menyertai HALUAN, sudah 20 tahun, dan proses-proses selama menyertai HALUAN itu adalah persediaan-persediaan saya. Yang menyatakan bahawa, persediaa dari sudut rohani, juga fizikal diberi penekanan.

Panel seterusnya, ustaz Hasannudin Yusof dari Aqsa Syarif, menyatakan bahawa kehadiran beliau bukanlah sebagai penghipulara atau hendak menagih kasih diatas kejadian yang berlaku. Tetapi, datangnya belia adaah sebagai untuk, menyampaikan perihal sebenar, dan dalam masa yang sama untuk membangkitkan hati-hati masyarakat supaya turut bersama-sama menjayakan misi menerobos tembok kematian ini.

Hujah beliau, yag menyatakan, supaya semua umat islam bersatu, dan semua orang mesti membuat kerja-kerja untuk menyatakan kesedaran kepada semua masyarakat, kerana dengan hanya beberapa sahaja sekolompok yang berusaha tidak mampu untuk menjayakan misi yang sangat besar ini.

Beliau, mengaitkan konvoi menggunakan kapal ini dengan sirah semasa Rasulullah Salallahhualaihiwassalam, yang menekan pihak kafir dengan pergi untuk membuat umrah dengan datang hanya dengan berpakaian ihram ke Mekah yang dikuasai oleh kaum kafir pada waktu itu. Dengan kaum kafir pada waktu itu rasa sangat tertekan, kerana, jika menghalang pergerakan mereka untuk membuat umrah, kaum kafir akan ditindas dan dicemuh oleh golongan negarawan-negarawan yang lain dan tidak mempunyai pilihan untuk membenarkn umrah tersebut dilakukan. Disini, terbukti bahawa tindakan-tindakan bijak Rasulullah Salallahhualaihiwassalam sudah dicontohi oleh pihak IHH, Turki dan kita harus terus maju, dan tidak menoleh kebelakang tentang misi ini, dan perjuangan ini, tidak akan terhenti setakat ini.

Beliau juga sebagai, penerusi AQSA syarif, mengalu-alukan kepada hadirin yang berminat untuk menjadi sukarelawan untuk kesinambungan dan tonggak menerobos tembok kematian ini.

Panel seterusnya, DR. Syed Halim dari HaluanPALESTIN, yang juga adalah antara doktor perubatan iyang mewakili Malaysia diatas kapal tersebut, juga menjelaskan dengan tegas, pendirian beliau menyertai konvoi kemanusian ini, adalah kerana ALLAH dan rasa tanggungjawab untuk meruntuhkan tembok kematian itu, dan seterusnya membebaskan masjid AL-AQSA dan memerdekakan Palestin dari belenggu ancaman Negara haram Israel.

Beliau, menceritakan pada babak yang mana, beliau merawat 2 komando Israel yang ditembak oleh rakannya sendiri secara rambang . beliau, sangat terharu dengan ketaatan ahli konvoi, kerana mengikut arahan ketua kapal, yang mengarahkan supaya, 2 komando itu tidak diapa-apakan, dan beliau seagai doktor yang merawat juga tidak dibenarkan mengikat komando itu semasa melakukan pemeriksaan. Disini, beliau menggambarkan bahawa akhlaq dan peribadi islam yang mematuhi arahan ketua itu, menjadi simbol kepada kekuatan konvoi tersebut.

Beliau juga menceritakan sepanjang malam-malam diatas kapal itu mahu berakhir, Bulun Yadrem presiden IHH, sering mengingatkan kepada peserta konvoi, agar, yang mana rasa dirinya banyak dosa, dan tidak cukup ibadat kepada ALLAH, silalah bermunajat dan mohon kemaafan kepada ALLAH sebelum tidur. Ia jelas menunjukkan, kepautan hati kepada ALLAh sangat kuat.

Dan beliau juga, menceritakan betapa, beliau merasa syukur kepada ALLAH kerana membukan mata dunia diatas kerakusan oleh rejim zionis ini, yang selama ini, masyarakat menganggap hanya perkara biasa, dan ada juga masyarakat selama ini, menganggapnya hanya sebagai mitos buatan untuk menagih kasih. Dan sekarang, Alhamdulillah, dari pelbagai bangsa, Negara, dan pelbagai fahaman ideology tanpa mengira perbezaan-perbezaan melihat isu Palestin ini, sebagai isu global, dan bukan lagi menganggap bangsa arab sahaja yang bertanggungjawab keatasnya.

Mutiara Rini, Skudai, 16 Jun – semenjak berlakunya tragedi serangan Zionis Israel ke atas misi kemanusiaan dan keamanan Freedom Flotilla yang diketuai oleh kapal utama, Mavi Marmara bersama 6 buah kapal konvoi yang lain, rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dan kembali mengambil berat terhadap isu kemanusiaan di Gaza dan juga isu Masjidil Aqsa. Bermatlamatkan memberi pendedahan sebenar keganasan yang berlaku kepada aktivis di atas kapal Mavi Marmara dan juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin dan Gaza secara khususnya, Surau Jauharul Muttaqin,SJM dengan kerjasama HALUAN Palestin, Aqsa Syarif dan juga Syarikat Teguh Ria sebagai penaja utama telah menganjurkan Malam Perkongsian Pengalaman : Tragedi Mavi Marmara dan Penderitaan Rakyat Palestin di Gaza

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Pengacara Majlis pada pukul 9.15 malam. Selepas Imam Surau Jauhaul Muttaqin membacakan doa pembukaan majlis, Yang Berhormat Timbalan Mufti Negeri Johor, Dato’ M Tahrir Shamsuddin telah memberikan sedikit ucapan. Beliau kembali mengingatkan kepada hadirin yang hadir bahawa isu Palestin ini bukan hanya isu kemanusiaan sahaja, tetapi juga isu aqidah dan juga Masjid Pertama kita. Masjid diteruskan dengan persembahan nasyid kanak kanak daripada SJM dengan membawakan dua buah lagu iaitu Damai Yang Hilang(NowSeeHeart) dan juga Palestina Tercinta(Shoutul Harakah). Para hadirin merasa pilu apabila menghayati bait-bait lirik berkenaan, ditambah lagi dengan nyanyian bersemangan oleh kanak kanak tersebut.

Semangat kesedaran dan kemanusiaan para hadirin semakin dapat dirasakan apabila wakil daripada SJM membacakan sajaknya dengan penuh penghayatan. Tidak cukup dengan itu, para hadirin juga merasa ’terkena’ dengan teguran daripada saudara Hilal Asyraf yang juga wakil daripada HALUAN Siswa dalam bait bait sajaknya yang bertajuk ’Di Bawah Hujan Peluru”. Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan visual daripada Aqsa Syarif Berhad.

Pengacara Majlis kemudiannya menjemput para panel jemputan untuk mengambil tempat di atas pentas iaitu Dr Mohd Arba’ai Syawal daripada HALUAN Palestin dan juga Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus daridapa Aqsa Sharif.

Kedua dua panel telah memberikan pelbagai perkongsian bermanfaat kepada para hadirin. Dr Arba’ai telah berkongsi pengamalaman sebagai peserta konvoi, pengalaman ‘berperang’ dengan Zinonis Israel, kisah mereka di penjara. Ustaz Hasanuddin pula mengatakan bahawa terdapat tiga objektif utama misi ini iaitu memberikan bantuan kemanusiaan, menghentikan embargo dan membuka tembok kematian, serta memberi kesedaran kepada dunia keadaan serenar yang berlaku di Gaza dan kejahatan Zionis Israel. Tidak lupa juga, mereka sempat mengingatkan kepada para hadirin bahawa kita semua wajib untuk membantu sahabat kita di bumi Gaza walaupun hanya dengan bantuan doa.

Sebelum majlis ditamatkan, kedua dua ahli panel diberi peluang untuk berkongsi aktiviti aktiviti yang dilakukan oleh HALUAN Palestin dan Aqsa Sharif untuk rakyat Palestin. HALUAN Palestin dengan kerjasama Wisma Putra sedang melakukan projek bantuan air bersih(pam air) di kem kem pelarian Palestin di Syria, Lubnan dan lain lain tempat. Selain itu, bagi rakyat Malaysia yang prihatin, Aqsa Syarif juga ada membuat program anak angkat. setiap anak angkat memerlukan lebih kurang 170 USD sebulan.

Sepanjang majlis berlangsung juga, terdapat dua gerai jualan yang dibuka daripada Aqsa Syarif dan juga HALUAN Palestin. Bermacam macam barangan Palestin yang dijual seperti button badge, stickers, t-shirt,tabung dan lain lain.

Majlis ditamatkan dengan bacaan doa daripada wakil SJM pada pukul 11.30 malam.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH roadshow lifeline4gaza diteruskan pada tarikh 19.06.2010, di Kompleks Dewan Belia & Sukan Larkin yang dianjurkan oleh kelab PROwaris (Kelab Penyatuan Melayu Johor). Dengan dihari oleh VVIP dari pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, tetamu jemputan, Tn hj. Norazman(HaluanPALESTIN), dr. Arbaien shahwal(HaluanPALESTIN), Ustaz Aminuddin(AQSA syarif), dan ahli-ahli NGO Johor.

Majlis dimulakan dengan penerangan oleh ustaz aminuddin oleh AQSA syarif, yang menragkan siapakah Israel,Zionis dan Yahudi menunjukkan muka-muka para syuhada dan biodata mereka, dengan slid-slide yang sangat menghayat hati dan terkesan dijiwa.

Didalam slide tersebut memaparkan, dimana warga emas yang bukan beragama islam yang berkerusi roda juga bersemangat untuk pergi ke Gaza jika kesihatan beliau mengizinkan. Selain, menerangkan asal usul kejadian negara haram Israel ini.

Seterusnya,majls disambung dengan menjemput tn hj Norazman dan Dr. Arbaien naik kepentas yang dipengerusikan oleh wakil dari ahli PROwaris.

Tn. Hj. Norazman memulakan perkongsian beliau dengan memuji nama-nama ALLAH dan menerangkan tentang perjalanan sejarah memperjuangkan PALESTIN daripada tahun 2005-2010.

Pada tahun 2005, mula terbinanya tembok-tembok kematian yang mengelilingi seluruh Gaza sepanjang 820 KM yang panjangnya melebihi dari johor hingga ke perlis. Tembok-tembok yang tingginya 8meter, lebarnya 2-3meter dan dalamnya 30meter itu, dibina ada sesetengah bahagian,satu lapis, dan ada sesetengah bahagian dua dan ada yang tiga lapisan setiap 200-300meter. Mereka yang mendekati termbok tersebut dengan jarak 200meter hampir, akan ditembak.

Pada tahun 2006,telah berlakunya pilihanraya dan pilihanraya tersebut disahkan oleh kakitangan amerika syarikat, yang mana, pilihanraya yang bersih dan adil dari semua sudut dan dikatakan pilihanraya yg terbaik yang pernah dilangsungkan. Pilihanraya yang dimenangi oleh kerajaan HAMAS dengan pemerintahan Ismail Hanieyah,tetapi dinafikan Israel yang mengataka bahawa ada penipuan berlaku semasa pilihanraya tersebut dan sepatutnya yang menang adalah koncunya FATAH dengan pemerintahan Mahmoud Abbas. Mula daripada itulah Gaza telah disekat seluruhnya hanya disebabkn HAMAS tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Jadi, bermulalah, hari-hari gelap penduduk Gaza dengan tiada saluran air , tiada makanan, tiada minuman bersih dan semua bantuan dihalang oleh Israel dan dibantu oleh rakan baiknya Mesir yang sama-sama bersetongkol menutup pintu Raffah.

Pada tahun 2007-2008 berlakunya usaha-usaha pendamaian antara HAMAS dan FATAH, dengan pebagai perjumapaan dan rancangan, tetapi ALLAH izin, penyatuan itu tidak berlaku.

Dan tambah buruk, apabila, Israel mengambil langkah untuk menggagalkan rancangan penyatuan ini, dengan mengambil langkah pada 5 disember 2009, menjadikan berlakunya peperangan terbesar didunia keatas gaza, dengan sebanyak 1.5 juta tan bom ditaburkan keatas bumi gaza, bom-bom haram dari undang-undang antarabangsa juga seperti fosforus juga digunakan dengan rakus oleh Zionis Israel, yang angkuh dengan pada muanya memberi amaran bahawa, “Kami akan dapat menawan Gaza dalam masa 24jam sahaja”, tetapi, apa yang berlaku selama tempoh 23 hari peperangan yang tidak henti, pagi dan malam, pihak Zionis tidak berjaya untuk menawan Gaza, dan terpaksa akur dengan kekentalan penduduk Gaza. Walupun seramai 1700 orang mati syaheed.

Bermula dari peperangan tersebut, pihak media mengambil liputan meluas, dan Gaza mendapat perhatian masyarakat, tetapi, tiada sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan kepada Israel hingga ke hari ini. Dan sejak kejadian itu, mulalah kesedaran dari pihak NGO dari seluruh dunia untuk menhantar bantuan kemanusiaan, dari ubat-ubatan hinggalah kepada alat pembelajaran kepada rakyat Gaza.

Tn Hj. Norazman juga menyeru kepada pihak media terutama di Malaysia agar cakna dan ambil peduli tentang permaslaahan isu Palestin ini, dengan membuat program-program di televisyen, ataupun membuat liputan misi kemanusian ini. Beliau menegaskan, bukanlah populariti yang dikejarkan , tetapi, permasalahan ini, perlu diketahui oleh semua masyarakat, bukan hanya dipejuangkan oleh sesetengah pihak sahaja.

Beliau sangat kesal dengan adanya wartaan Malaysia yang membuat liputan tentang Gaza dengan penipuan yang sangat nyata, dengan menceritakan didada akhbar, bahawa Gaza dalam keadaaan baik-baik sahaja,ada kereta dan ada peti ais, dan tidak perlukan bantuan pun.Itu semuanya bohong dan palsu!!

Hakikatnya mereka serba kekurangan dan mengalami kesempitan hidup.Segala barang bantuan tidak dibenarkan masuk.

Beliau juga menceritakan fakta penglibatan beliau sebagai aktivis HaluanPALESTIN dan seorang sahabatnya, bersama lagi 10 orang dari Malaysia pada Disember 2009, dengan menyertai konvoi Viva Palestina yang telah menghantar barang bantuan dan mereka hanya berjaya masuk pada 6 Januari 2010. dan Viva Palestina itu, tidak mendapat sambutan media, walaupun sebenarnya, mereka dibaling batu oleh tentera Mesir, hingga ada yang pengsan dan berdarah kepala itu sudah pasti.

Jadi, kesinambungan Viva Palestina ini lah, wujudnya satu flotilla bersejarah dengan idea daripada NGO Turki(IHH), untuk menghantar barang keperluan ini , melalui jalan laut dengan menggunakan kapal-kapal , kerana Israel, ada perjanjian bahawa, tidak boleh mennyerang, mahupun menahan kapalkapal Turki untuk berlabuh di perairan Gaza. Misi besar ini, membawa juga niat ynag besar, iaitu menerobos tembok kematian itu, menahncurkan sekatan yang diberikan. Akhirnya, belakulah apa yang berlaku sekarang , iaitu tragedi 31 Mei 2010.

Seterusnya beliau menegaskan, InsyALLAH dalam masa terdekat ini, kapal yang lebih besar akan dihantar lagi. Beliau, menyeru, agar semua pihak memberi sokongan dari semua aspek, untuk membantu misi-misi kemanusia ini, terus berlaku, dan bukan bermusim.

“Apa yg berlaku di flotilla adalah satu tanggungjawab, janganlah mebiarkan darah-darah yang mengalir itu dilupakan, dan jika kita hanya berpuas hati dengan hidup serba kemewahan ini dan dengan apa yang kita ada sekarang, ketahuilah bahawa Allah akan tnya dan persoalkan kelak, APA YANG KAMU SUMBANGKAN UNTUK PALESTIN.

Beliau menutupi, dengan ringkas dengan menyatakan, Barangsiapa yang membantu mereka untuk berjuang, sama juga seperti mereka yang pergi berjuang (hadis Rasulullah saw).

Panel seterusnya, DR. Arbaien shahwal (HaluanPALESTIN)

Barangsiapa yang tidak mngmbil berat hal kaum muslimin, dia bukanlah dari golongan itu.

Beliau, menerangkan kepada penonton yang hadir, bahawa terdapatnya, ejen-ejen perisik antarabangsa yang dipercayai duduk bersama-sama dengan mereka, tetapi, bukanlah di kapal besar iaitu MAVI MARMARA, tetapi mereka-merka ini berada di kapal-kapal kecil yang tidak diberi penelitian tentang ahli yang mengikutinya, dan kapal-kapal kecik ini, dari pelbagai negara seperti dari greece, Ireland dan sebagainya.

Hal ini kerana, setiap warga Mavi Marmara akan disemak dan dipastikan identitinya.Kapal Challenger 1 dan Challenger 2 yang dikatakan telah diberi oleh Tun Mahathir selain dari kapal Rachel Corrie, dikhabarkan telah disabotaj *wheel* nya, tidak boleh berfungsi dengan baik, dan tidak boleh diputar menyebabkan tarikh bermulanya pelayaran ditangguhkan.

Mampukah kita mengheret Israel ke muka pengadilan???

Dan seterusnya, ada anatara hadirin yang ahdir bertanyakan,” Mampukah kita mengheret Israel ke muka pengadilan???”

Beliau, menjawab, Insya`Allah pada bulan September ini akan berlangsungnya perhimpunan OIC untuk membawa hal ini ke pengadilan dunia dan Malaysia akan menghantar Perdana Menteri kita ke New York.

Sebelum mengakhiri majlis, saudara Norazman Samsudin sempat berpesan.Jika kita betul-betul nak menghalau Israel, kita perlu bersatu.Untuk bersatu, kita perlu banyak berlapang dada dan perlu tengok pada persamaan,bukannya perbezaan.Kita juga perlu bersatu untuk memperbaiki keluarga dan masyarakat.

Tegas beliau, inilah hakikatt perjuangan dan apabila disebut tentang perjuangan,harus ada persiapan.Seseorang yang berjuang itu mestilah boleh berjuang dengan dirinya sendiri untuk mentaati perintah Allah.Kebiasaan pada waktu malam di Malaysia, anak-anak muda melepak sana sini, namun anak-anak Palestin akan duduk menyorok di belakang pokok dan di sudut-sudut bangunan untuk memastikan jika berlaku sebarang tindakan untuk menembak bangunan atau sebagainya.Sambil-sambil mereka menjadi mata-mata, mereka akan berbincang mengenai Alquran dan diri mereka. Dan menyayat hati, mereka tidak lagi berfikir tentang mati tetapi mereka berfikir syurga manakah yang akan mereka diami setelah syahid nanti.

Dr. Arbaie Shahwal menegaskan, walaupun kita tidak berjaya masuk ke Gaza, Allah telah memberikan kita kejayaan yang lebih besar iaitu kita telah berjaya membuka mata dunia tentang kekejaman Israel.

Majlis diakhiri, dengan sumabngan diberikan oleh pihak PROwaris dengan seumabngan berjumlah RM1200.

Wallahua`lam.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments