Buniya Islam Ala Khomsin

By abdullah luqman osman - Tuesday, June 22, 2010

Kita sering mengakui bahawa kita adalah muslim, tapi tahukah kita apa maknanya islam itu? bagaimana dan apakah syarat seorang islam itu?? tahukah kita? kalau tidak tahu bagaimana kita berani mengatakan kita adalah muslim??

Di kesempatan yang ada ini, ingin ana kongsikan sedikit ilmu yang ada sebagai teladan bersama. hadis dari hadis 40 imam nawawi, terdirinya atau tertegaknya islam itu atas 5 perkara. tahukah kita apakah 5 perkara itu? rasanya ketika kita di tadika, taski atau pra sek lagi kita sering di ceritakan mengenai perkara ini. tapi mungkin dengan kesibukan mengejar nikmat dunia kadangkala kita terlupa apakah 5 perkara ini..

Pertamanya, kita menucapkan penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad saw sebagai rasul Nya. adakah sekadar cukup dengan mengucapkan?? tentu sekali tidak, kita perlu yakin dengan sepenuh2 keyakinan bhawa tiada zat yang boleh menandingi sempurnanya Allah swt. dan juga yakin bahawa nabi muhammad saw, sebagai rasul yang telah di utuskanNya kepada umat manusia.

Keduanya, mendirikan solat. solat itu diibaratkan seperti tiang agama, malah sering kali kita di ceritakan perihal solat adalah perkara pertama yang di soal setelah kita ke alam kubur kelak. solat itu 5 waktunya, di mulakan subuh dua rakaat, di ikuti zuhur 4 rakaat kemudian asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan di akhiri dengan isya 4 rakaat. solat juga di ibaratkan seperti penbersih dosa2, ia diibaratkan seperti kita membersihkan diri, seperti mandi, adakah akan masih melekat kotoran andai kita mandi 5 kali sehari?? jawapan ada pada kita..

Ketiganya, mengeluarkan zakat.. apakah zakat?? Menurut Bahasa(lugah), zakat bererti : tumbuh; berkembang; kesuburan atau
bertambah (HR. At-Tirmidzi) atau dapat pula berarti membersihkan atau mensucikan
(QS. At-Taubah : 10....Menurut Hukum Islam (istilah syara'), zakat adalah nama bagi suatu pengambilan
tertentu dari harta yang tertentu, menurut sifat-sifat yang tertentu dan untuk diberikan
kepada golongan tertentu (Al Mawardi dalam kitab Al Hawiy). zakat itu punya banyak kategorinya. cukuplah utk kita ketahui bahawa zakat itu satu kewajipan kepada kita.

Keempatnya, berpuasa di bulan ramadhan. yakni kita menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa, menahan diri dari lapar dan dahaga malah puasa ini membersihkan diri kita dari segala bagai perkara yang merosakkan diri dan jiwa manusia..

Kelimanya, mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.

Andai telah sempurna ke lima-lima perkara ini maka sempurnalah islam kita. dan perlu kita sedar dan tahu, islam itu beza halnya dengan iman, andai muslim seorang itu belum bererti dia sudah beriman, tapp sudah beriman seseorang itu maka dia adalah islam...

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Seorang muslim yang sebenar adalah orang yang memeluk islam dengan memahami sepenuhnya kalimah thaiyyibah serta tahu untuk mengamalkan kalimah tersebut... Seorang muslim tahu apa tugasnya kerana itulah dia layak digelar MUSLIM... Hatta Abu Jahal juga memahami kalimah La Ilah illa Allah... Kerana itu dia menentang dengan keras kalimah tersebut... kerana dia tahu disebalik kalimah tersebut terkandung sistem yang lain daripada sistem jahiliyah ketika itu...

    Blog yang cukup hebat... teruskan usaha dakwah dengan kemas...

    ReplyDelete