Begitu tekun Fitri membetulkan cermin ditandas. Sibuk dan tekun dia menebuk lubang di dinding untuk memasang pemegang cermin . Muncul Yusuf yang kebetulan lalu di koridor. Yusuf berhenti sebentar dan memerhati , wajahnya menampakkan riak kehairanan.
"Eh kau bukan tinggal lagi setahun aje ke? Kenapa semangat sangat pasang cermin tandas nih?" soal Yusuf.
Fitri membalas soalan adik juniornya dengan senyuman.
" Haha , saje tinggalkan jasa sikit , tahun depan berjasa kat tempat lain plak" tambah Fitri berseloroh.
............................................................
Ada hadis yang berbunyi begini :
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Sebenarnya tiada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan. Hadis ini jelas memberikan motivasi yang besar kepada kita untuk melakukan kebaikan walaupun kita tahu esok adalah hari yang tidak lagi kita dapat beramal . Jangan berhenti dari melakukan amal hanya kerana kita tak dapat melihat kesannya.
Sekecil-kecil amal seperti menanam benih pun tidak boleh ditinggalkan walau tidak nampak hasilnya inikan pula amal-amal besar seperti dakwah sebagai contoh. Walau pun kadang kala kita tidak nampak ajakan kita disambut , bosan mengajak benda yang sama , nasihat berulang kali namun tiada perubahan.
Jangan berhenti! Kerana hasil bukan kita yang menentukannya. Tuntutan ke atas kita adalah usaha.
Jangan berhenti! Kerana hasil bukan kita yang menentukannya. Tuntutan ke atas kita adalah usaha.
Terlalu tua untuk berubah? Ada sesetengah orang berpendapat dia sudah begitu sebati dengan maksiat yang dilakukan. "Dari dulu dah memang macam tu". Ermm tidak logik.
Selagi ada umur tidak pernah terlambat untuk berubah.
Selagi ada umur tidak pernah terlambat untuk berubah.
Hari ini ketika saya bersama seorang Ustaz dari Uzbekistan di Masjid datang seorang lelaki dalam lingkungan 30-an . Lelaki tersebut belajar 'Alif Ba Ta' , baru hendak mengenal huruf Al-Qur'an di usia 30-an! Dia berazam mahu belajar membaca Al-Qur'an. Hati saya menangis gembira melihat kesungguhannya. Sungguh perubahan tidak mengenal usia!
Sumber :http://bersamakepuncak.blogspot.com/2012/07/esok-masih-belum-terlambat.html
Salam 'Alayk sahabat yang dikasihi. Apa khabar antum semua? Bicara Iman antum di bulan Ramadhan ini bagaimana? Diharap semuanya sihat dan tahap keimanan terus meningkat dari semasa ke semasa. Dalam bulan yang mulia ini ayuh kita tanamkan mind set untuk mengutip sebanyak keuntungan yang ALLAH S.W.T sajikan untuk orang-orang yang beriman. Marilah kita menjalani ibadah puasa ini imaanan wahtisaban, dengan penuh keimanan dan pengharapan keampunan terhadap dosa-dosa terdahulu.
Bagaimana keadaan antum duhai sahabat? Setelah masing-masing dicampakkan ke seluruh pelosok bumi ini, bagaimana dengan D & T antum semua? Diharapkan semua tsabat dan istiqamah dalam proses tarbiyah ini. Dunia dewasa ini tidaklah mengharapkan harta sebanyak mana yang didermakan, pakaian sebanyak mana diinfaqkan. Tetapi apa yang diperlukan oleh ummah adalah orang-orang yang mengerakkan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ini. Mungkin ramai yang sudah menonton video ini, namun mungkin ini satu inisiatif untuk kita mengemas kini kembali niat kita, ghayah kita. Video kisah Umar Al-Khattab yang disampaikan oleh Sheikh Imam Anwar Al-Awlaki.

Benarlah kata-kata Sheikh Mustafa Masyhur: " Tarbiyah bukan segala-galanya, namun segalanya boleh dicapai dengan tarbiyah". Ayuh sahabat kita sahut panggilan Umar Al-Khattab, menjadi rijal-rijal yang memegang panji-panji Islam. :)
Kadang-kadang kita rasa kita ini macam berada dalam comfort zone. Yalah, dari sekolah lagi dah terima tarbiyah malah ada yang dah terima daripada kecil lagi melalui ayah dan ibu. Namun ini bukan alasan untuk kita mengatakan cukuplah ayah, ibu, abang, kakak atau adik kita sudah mengambil tanggungjawab ini. Ana nak kongsikan satu kisah daripada sebuah video yang ana dapat daripada YouTube.
Dalam video ini, menunjukan mengapa masyarakat tidak mengambil tindakan terhadap kanak-kanak tersebut. Kata-kata dalam temu bual ini juga ada mengatakan: " The more there are people watching something go down, the less likely someone to take action". Bicara kata-kata ini boleh kita tafsirkan apabila kita berada dalam masyarakat yang besar, yang ramai dan diperlihatkan dengan satu tanggungjawab, kebarangkalian untuk seseorang dalam masyarakat itu mengambil atau menjalankan tanggungjawab itu semakin mengecil. Jika kita samakan dengan keadaan D & T, sama bukan? "Eh takpelah ada orang buat", "Cukuplah aku duduk dalam halaqah ini sahaja". Wallahu'alam ini satu perkara yang ana ingin bawa diri ana dan sahabat semua untuk kita muhasabah kembali diri kita dalam bulan yang penuh barakah ini.
Ana tidaklah meminta untuk kita sama-sama untuk membuat sudden change tetapi kita buat semampu mana dan yang paling penting kita istiqamah dengan amalan itu dan menaik dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ana akui melakukan sesuatu perubahan itu memang sukar, tapi alangkah indahnya jika kita melakukan perubahan ini dengan adanya sahabat-sahabat yang berukhuwah fillah, saling bantu-membantu dan ingat-memperingati. Kita mulakan dengan merujuk Surah An-Nahl ayat 125. Cara paling mudah kita lengkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah dan mengharapkan dengan cara ini kita dijadikan qudwah/contoh kepada rakan-rakan kita yang lain.
Wallahu'alam sahabat sekalian sedikit celoteh hati ana terhadap apa yang ana hadapi sekarang. Diharapkan dengan perkongsian ana ini sahabat sekalian dapat jadikan satu batu loncatan pada bulan Ramadhan ini. Dan ana harap sahabat sekalian rajin-rajinlah ingatkan diri ana ini juga kerana ana juga sering lalai dibuai dunia yang fana ini. Ana amat risau berkata-kata ini kerana firman ALLAH S.W.T yang jelas dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3. Ana amat takut jika tergolong dalam golongan yang difirmankan itu, Na'uzubillahi Min Zalik. Wallahu'alam.
Salam Ukhuwah,
Amin Roseli
P/S: Antumlah kekuatan ana untuk terus tsabat dalam proses tarbiyah ini. Uhibbukum fillah!

Isu Palestin di bawa ke Malaysia adalah untuk menanam kesedaran kepada rakyat Malaysia atas kesengsaraan rakyat Palestin , dirampas tanah, dibunuh dan ditindas oleh rejim zionis israel, agar kita dapat bersama membantu suara mereka..
Apabila di luar negara, mereka menerima isu ini dengan mengkaji kronologi dan peristiwa yang berjalan di Palestin sana.
http://www.liveyourseoul.com/
Tetapi, apabla tiba di Malaysia, isu ini pula dipolitikkan dan dijadikan aset untuk menuding jari kepada musuh politik masing-masing pula, disebelah sana tuduh sana ejen, di sana tuduh sana apco,
Aku bukanlah membenci politik, kerana politik itu menjamain kestabilan kebajikan masyarakat, tetapi apa yang aku bencikan adalah kepada mereka yang tidak bijak memacu hala tuju politik itu. Adakalanya kita memerlukan perbincangan dari asyik perdebatan
Akhirnya, usaha untuk membangkitkan kesedaran tidak berhasil, rakyat muak dengan istilah palestin, suara minta bantuan mereka semakin malas hendak didengari dan dibantu oleh sesetengah pihak, mereka semakin jelek dengan istilah "Israel"..
Tak boleh ke ubah cara berfikir rakyat Malaysia, bukan semua perkara perlu dipolitikkan...~
Sumber :http://pedangtertinggi.blogspot.com