Assalamualaikum wbt..
Semua sahabat2 sekalian..
Salam Romadhon dari ana buat semua..
Sebelum ni dah 20 atau 21 kali , kita lalu Romadhon..
Ana nak ajak kita jadikan kali ni yg terbaik..bagi ana,pembukaan Romadhon kali ni specia sebab dapat jumpa sahabat-sahabat yg dah lama tak jumpa..:)..
Moga permulaan baik ni berterusan sampai bila2..
" Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampunkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan "
(HADITH RIWAYAT. Bukhori, Muslim dan Abu Daud)"
Salam Romadhon 1433H Semua!
"Nasib baik aku jawab betul tadi, huh kalau tak confirm semua salah"..
"Pergh, nasib baik hang mai, kalau tak tau la apa nak jadi dengan aku.."
"Nasib baik anta ada, kalau tak tahu sapa nak suruh baca doa."
" Nasib baik....."
Kenapa perlu nasib baik?
Atas nasibkah sebenarnya pergantungan kita?
Mungkin kerana dah menjadi budaya ?
Bukankah semua yang berlaku walau sekecil-kecil perkara hatta menggerakkan jari itu kuasa Allah?
Mungkin kita patut perlahan-lahan ubah tabiat kita, dari senantiasa sebut nasib baik.. kan lebih baik jika..
Mungkin kita patut perlahan-lahan ubah tabiat kita, dari senantiasa sebut nasib baik.. kan lebih baik jika..
Credit : http://aminroselidol.blogspot.com
"Alhamdulillahlah aku jawab betul tadi, huh kalau tak confirm semua salah"..
"Pergh, Alhamdulillah hang mai, kalau tak tau la apa nak jadi dengan aku.."
"Alhamdulillah anta ada, kalau tak tahu sapa nak suruh baca doa."
Bukanlah menjadi kesalahan, cuma kita nak tingkatkan lagi Hubungan Dengan ALLAH ( HDA ) kita,
Ditakuti kita tersalah sandaran,
Kerna memang hakikatnya kita tak punya apa-apa langsung di dunia ini..
Bukan sebagai paksaan, cuma sebagai pesanan
Hakikat yang tak boleh kita lari...
Manusia itu sentiasa melakukan kesalahan.
Sumber : http://sekudushati.blogspot.com/2012/07/nasib-baik.html
Akan anda temui dan hadapi hari yang sangat lemah. Seluruh usaha anda menjadi gagal. Pada ketika ini anda akan lebih terasa bahagia jika dapat melayan muzik yang sedih. Instrumental yang menyedapkan hati anda. Sebenarnya anda seakan-akan menikam jantung untuk mati dengan segera. Fikiran anda pada saat itu sangat negatif dan penuh dengan andaian-andaian yang pelik, walaupun pada ketika itu anda merasakan anda adalah benar. Sebenarnya anda silap.
Credit : http://www.liveyourseoul.com |
Hati anda ada masanya akan lemah. Namun akal anda telah menyimpan pelbagai data maklumat yang mampu menangani segala masalah. Jangan biar hati anda memakan data-data tersebut.
Kembali pada asal. Kita hanyalah makhluk Allah yang lemah. Namun kita adalah makhluk Allah yang dipilih bagi mendokong beberapa beban tanggungjawab sebelum mati pada masanya. Lemah? Kekuatan ada pada anda. Realisasikan kekuatan tersebut.
Sumber : http://isshokemmei.wordpress.com