"Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa. Maka ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan apa yang telah dipilihkan-Nya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendakinya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki."
-Syeikh Ibnu 'Athaillah-
Adab berdoa :
- berdoa dengan lemah lembut serta tenang
- merendah diri sebagai hambaNya
- tidak meninggikan suara
- tidak mengharapkan segera termakbul
- tidak meminta sesuatu yang tidak masuk akal
- tidak meminta secara berlebihan kerana yang demikian akan menjauhkan kita dari berzikir kepadaNya
- tidak mengubah2 permintaan ( tidak istiqamah)
- sentiasa menyebut nama2 Allah dalam doa dan memuji segala sifatNya
- memahami setiap apa yang dilafazkan sehingga meresap ke dalam hati
- memperbaiki diri setiap masa
- menyucikan diri termasuklah luaran dan dalaman
- memilih waktu-waktu yang baik untuk berdoa dengan lebih panjang
- banyakkan berdoa mengenai iman dan amal soleh berbanding meminta nikmat dunia
- menangis sekiranya mampu ( jangan sampai berteriak)
- berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah pasti mengabulkannya
Misi Imam Ahmad; Suatu saat Imam Ahmad ditanya, "Bilakah seseorang itu boleh beristirehat?". Beliau menjawab, "Ketika kakinya menginjak syurga."
Dipetik dari status Abu Ridhwan
"Dunia Ladang Akhirat" |
Diriwayatkan oleh Muadz ibn Jabal r.a. sabda Rasulullah S.A.W: Setiap hamba di hari Qiamat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal siasat tentang empat perkara:
1)Tentang umur, dimanakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
2)Di masa remaja, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
3)Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
4)Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmunya itu?
P/S: Cuba tujukan soalan ini pada diri kita sendiri dan ukur dimanakah kita sekarang.