Friday, November 16, 2012

Tiga


Walaubagaimanapun, Ustaz Dahlan tetap ingin berkongsi dengan kami,
"Tahniahlah antum semua dapat berkumpul sekali. Syabab2 seperti antum memang kena selalu berkumpul."
"Apa2 pun, setiap kerja2 kita mesti ikhlas kerana ALLAH."
"Tengok lah relawan2 kita yang misi menghantar bantuan ke Ghaza. Dengan keikhlasan depa, musuh2 ALLAH semua takut. " 
Ustaz Dahlan tergelak kecil.
"Sampai relawan sergah pun depa takut lari"
"Sampailah komando depa yang mai."
Kami semua kagum dengan Ustaz. Walaupun sakit, mentertawakan Zionist adalah perkara yang utama.
"Ok lah no..Ustaz takut makin sakit ni. Takpa, Ustaz 2 ni akan ganti ustaz bagi tazkirah.Depa pun hebat2 jugak ni.."
Ustaz ada mengadu kepada kami,
"Ustaz pun tak berapa lalu nak makan. Pagi tadi pun makan buah tamar dengan kacang putih ja" Haha. Ustaz tergelak kecil. Kami melirikkan senyuman. Ustaz2. Dok mengadu sakit pun sempat ketawa.
Ustaz Dahlan pun beredar pergi selepas memberikan salam kepada kami.


Kami semua memandang kearah Ustaz Omar. Berharap dia masih mampu untuk berikan kami sedikit tazkirah. Aduh, Ustaz pun mempersilakan Ustaz Rahim untuk  memberikan tazkirah. Sedikit terkilan, tapi tazkirah tetap tazkirah. Selagi sama fikrah, penyampaiannya tetap sama. Insya' ALLAH. Ustaz Omar tetap menemani kami.

Perkongsian Ustaz Rahim : ( Ana kongsikan dalam bentuk point2 ye )
* MATRI ini dibangunkan atas dasar satu aqidah dan satu fikrah.
*Pasti ada keberkatan jika semua dilakukan atas dasar Dakwah dan Tarbiyah (Mendidik dan Mengajak)
*Ayah2 kita, Pakcik2 semua sayangkan MATRI dan orang belajar di MATRI.
*Mesti kita sama2 perlu ingat akan kesusahan dan keperitan Ustaz2.
*Insan ini wujud dengan potensi2 mereka tersendiri.
*" Mereka itu pemuda yang beriman kepada ALLAH. Maka ALLAH berikan mereka petunjuk" Surah Al-Kahfi ayat13.
*Orang beriman akan membawa risalah RASULULLAH ke mana2. Hingga bertemu ALLAH swt.
*Mesti jaga setiap apa yang kita dapat.
*Kita sebenarnya tak cukup dengan pertemuan yang sekali-sekala.
*Mesti sentisa berkhidmat untuk ISLAM.
*Bertaqwalah semampu kita.
*Kami mesti bersyukur kerana dapat memahami ISLAM YANG SEBENAR lebih awal berbanding pakcik2.
*Ustaz Rahim dulu mengaji pondok, tapi tak tahu ISLAM yang sebenar. Setakat tahu hukum hakam je.
*Ustaz menagajak kami melihat contoh2 mereka yang menjalankan Dakwah dan Tarbiyah. Mereka sentiasa tenang dan bahagia.
*Ustaz pun ada berkongsi pengalaman dia bersama  Syeikh Musthafa Masyhur, Abdul Karim Zaidan dan Syeikh Umar Al-Thabsari.
*Rugi kalau kita semua tak istiqamah pada jalan ini.
*Manusia sangat ajaib (ana lupa contoh yang Ustaz bagi)
*ALLAH beri kepada siapa yang mahu.
*Anasir perosak sangat banyak
*Jadi kita mesti bekerjasama untuk melawan. Tak cukup dengan individu sahaja.

Semua ini adalah catatan saya atas tazkirah daripada Ustaz Rahim.
Ketika sesi tazkirah berlangsung, saya menjeling sahabat2. Oh, khusyu' jugak depa ni. Sempat saya berbual dengan Najmi (camera man).

"Mi. Hang dah capture belum gambaq2 depa yang tengah khusyu' ni?"
"Dah banyak dah."haha
"Awat hang gelak?"
"Depa yang belakang tu dok hantaq mesej kat aku. (Mi, bila nak habis)2. Bukan aku yang bagi tazkirah."

Aduhai, depa ni memang tak ubah. haha. Tiba2 akir mai rapat saya dan Radhi,
"Baguih noh radhi. Sekali kita buat reunion, hilang karat2 jahiliyyah dalm hati ana ni" 
Akir ngan nada sinis. haha.


http://blogantaradua.blogspot.com/2010/07/travelog-reunion-bersama-3-murabbi.html


1 comment: