Hanya Dengan Islam Kita Ini Mulia

By Muhammad Radhi - Monday, January 30, 2012

"Kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kemuliaan dengan Islam , maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam , ALLAH tetap menjadikannya sebagai kehinaan."
Inilah kata-kata yang diungkapkan oleh khalifah Umar Al-Khatthob. 
Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini?

Bilakah Umar menyusun perkataan ini?
Umar mengatakan ini pada ketika peristiwa yang mulia dan besar dalam sejarah Islam iaitu, pembukaan Kota Baitul Maqdis . Beliau mengatakan ungkapan ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis , mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis yang telah diabaikan kerana mengabaikan Islam
Umar berangkat ke sana untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis .
Ketika orang-orang Nashara mendengar kedatangan Umar yang namanya telah mengoncang dunia , yang jika nama Umar disebut di Majlis Kisra dan Kaisar , maka kedua-dua raja ini hampir pengsan mendengarnya , kerana takut.MashaALLAH!!



Umar yang tidur di pelepah kurma tetapi hati para taghut yang berada di atas singgahsana ketakutan.Umar hanya makan gandum tetapi para bangsawanm yang memiliki emas dan perak gementar jika melihatnya.Umar yang jika berjalan di suatu jalan , maka syaitan akan memilih jalan lain.Umar sudah dikenal dikalangan muslimin Melayu , India , Iraq , Sudan , Andalus dan akan dikenal dunia.


Ketika orang-orang Nashara mendengar Umar akan datang untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis , mereka keluar dengan jumlah yang sangat ramai.
Para wanita keluar di atap-atap rumah dan anak-anak keluar di berbagai jalan dan lorong.
Sedangkan pasukan muslimin yang dipimpin oleh tiga panglima , mereka keluar dalam konvoi pasukan yang belum pernah didengar dunia
Bagaimana pengawal yang mengiringi Umar untuk mengambil kunci tersebut?


Tidak ada iringan-iringan yang mengawal! Orang-orang menyangka beliau akan datang dengan para pembesar sahabat , para pembesar Anshar dan Muhajirin dari para ulama dan orang-orang solehnya.
Tetapi beliau datang hanya dengan menunggang seekor unta dan ditemani seorang pembantunya.Kadang-kadang Umar menuntun unta dan pembantunya naik dan kadang-kadang Umar yang naik unta dan pembantunya yang menuntun!


Ketika mendekati Baitul Maqdis , para muslimin bertanya-tanya :
"Siapa itu?Mungkin salah seorang tentera datang untuk memberitahu kedatangan Amirul Mukminin."


Ketika pasukan itu menghampiri , ternyata orang tersebut adalah Umar Al-Khattob! Ketika beliau sampai di Baitul Maqdis , tiba giliran beliau menuntun unta dan pembantunya berada di atas unta.
Amr bin Ash mengatakan:"Wahai Amirul Mukminin , orang-orang menanti kehadiran anda , penghuni dunia keluar untuk menyambut kehadiran anda dan orang ramai mendengar tentang anda tetapi anda datang dengan penampilan seperti ini?"


Membalas pertanyaan sahabatnya itu , Umar mengatakan perkataannya yang sangat terkenal dan tetap diingati sepanjang masa : 
"Kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kemuliaan dengan Islam , maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam , ALLAH tetap menjadikannya sebagai kehinaan."
Sumber : 
Buku 'Kembali Ke Pangkuan Islam , Perkhemahan MATRI Ting.4 2005 di 
Pusat Rekreasi & Camp; Jati Diri Wang Mu , Perlis


Persoalannya , apakah titik tolak Khalifah Umar mengatakan ungkapan demikian?
Mengapa hanya dengan Islam hidup jadi mulia?

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Betul betul.Kena ada rasa izzah dengan Islam dalam diri.

    ReplyDelete
  2. sesetengah manusia menganggap sesuatu perkara itu sebagai kemuliaan sedangkan bagi Allah ianya adalah kehinaan.

    ReplyDelete