Sunday, July 31, 2011

Indahkan Ramadhan





Tundukkan pandangan dari perkara yang tercela dan yang melalaikan dari mengingati Allah


Menjaga lisan dari hal-hal yang tidak bermanfaat, dusta, ghibah, mengadu domba, fitnah, pertengkaran, perdebatan, bercakap kasar, dan banyakkan diam serta sibuk dengan zikir

Menahan pendengaran dari mendengar perkara yang haram, dusta, pertengkaran, dan menjauhi dari perkara yang mendekati hal-hal yang haram

Menahan anggota badan dari perkara yang haram seperti tangan, kaki, perut, malah meninggalkan segala perkara yang tidak ada manfaat ( sia-sia )

Memakan makanan yang halal ketika berbuka puasa secara tidak berlebihan ( terlalu kenyang atau membazir ), dan banyakkan bersedekah

Setelah berbuka, hatinya tertambat dan tergoncang antara cemas dan harapan. Sama ada puasanya diterima ataupon tidak. Dan terus berusaha mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

"Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan bagi hamba-hambaNya, mereka berlumba-lumba melakukan ketaatan kepada Allah, kemudian suatu kaum menang maka beruntunglah mereka dan suatu kaum tertinggal maka rugilah mereka. Tetapi yang sangat menghairankan adalah pemain yang tertawa pada saat beruntungnya para pemenang dan sia-sianya orang yang kalah." ( al-Hasan bin Abul Hasan al-Bashri )

Rujukan : Tazkiyatun nafs - SAID HAWA

Thursday, July 28, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan



Selamat menyambut Ramadhan 1432 Al-Mubarak diucapkan kepada semua. Jangan sia-siakan peluang yang sekali ini. Tingkatkan diri , tingkatkan amalan dan tingkatkan pengetahuan.

Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang bermakna untuk kita semua. Membantu kita berubah menjadi yang lebih baik.

Semoga kita dapat bertemu Lailatul Qadar dalam keadaan yang paling baik.

Dan semoga mendapat tahapan Taqwa!

Ameen.

Wednesday, July 27, 2011

Who I Am?






Alhamdulillah, baru-baru ini, saya berpeluang menghadiri satu seminar berkaitan pendekatan genetik kepada masyarakat umum yang dianjurkan oleh Persatuan Genetik Malaysia. Walaupun saya bukanlah seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, namun dengan sedikit pemahaman tentang Bahasa Inggeris dan Sains, dapat juga saya mengikuti setiap bait kata-kata pembentang kertas kerja yang sememangnya berbahasa Inggeris.

Dalam kebanyakan pembentangan, ada satu perbincangan yang cukup menarik perhatian saya. Tentang lembu. Ya, tentang lembu. Menurut si pembentang, pada masa kini terdapat pelbagai spesies lembu yang boleh didapati di Malaysia, seperti Brahman, Kedah Kelantan, dan juga kacukan komersial Australia. Semuanya ada sifat-sifat serta karakter masing-masing.

Apa yang menarik perhatian saya apabila si pembentang mengeluarkan kenyataan,

"Kita terlalu sibuk dengan menghasilkan kacukan-kacukan untuk menghasilkan spesies baru, tetapi kita tidak pernah meningkatkan pengeluaran dan kualiti spesies baka asal. Dan kita perlu sedar bahawa spesies ini semakin hari semakin berkurangan dalam populasi di negara kita. Kita takuti suatu hari nanti, spesies ini, spesies milik Malaysia ini sendiri, akan terus pupus dan hanya tinggal dalam sejarah sahaja".

Saya tersenyum sebentar dengan kenyataan professor tersebut. " Hai, masalah manusia pun jadi masalah lembu" gumam hati kecil saya,bahawa hakikat manusia yang hilang tentang identiti mereka pada ketika ini. Lihat sahaja sekeliling kita, pada golongan remaja khususnya. Kadang-kadang simpati melihat penampilan, sikap dan mentaliti yang dibawa, seperti layang-layang yang putus tali, tidak tahu ke mana arah hidupnya. Tidak merasai bangga dan berpegang teguh pada identiti asal mereka. Terbawa-bawa dengan identiti pihak lain, maka sedikit demi sedikit, identiti Islam itu hilang dikikis arus.


Apakah kesan kepada genetik asal, apabila dijajah genetik luar ... 

Tuesday, July 26, 2011

Harimau Malaya



‎[INFO SEMASA]
Malaysia giat membaiki kelemahan d bhgn pertahanan dlm persiapan menentang Singapura di KL utk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014. 

Bagaimanakah kita?

Persiapan kita dlm memperkemaskn benteng pertahanan IMAN agar tidak dibolosi oleh pasukan HAWA NAFSU sambil menggandakn asakan utk memperoleh PAHALA dan menjulang trofi TAQWA di penghujung saingan Piala AKHIRAT 1432H ini?
Stadium RAMADHAN. LIVE IT.LIVE


From  : Faris Fitri 

Monday, July 25, 2011

Masalah dalam Kehidupan

" Pandanganku terhadap masalah... kita banyak hidup dalam kesenangan tapi bila kita menghadapi suatu masalah, kita merasakan bahawa ianya satu bebanan... sebenarnya kita patut bersyukur kerana perkara tersebut merupakan masalah.... ada manusia yang tak dapat masalah tu... jadi mereka kekal dengan keadaan yang sama.... jadi bagi mereka yang mendapat masalah, itulah sebenarnya pintu untuk menjadi orang yang lebih hebat....

penyakit yang paling merbahaya adalah apabila orang itu tidak sedar dia sedang sakit... jadi apabila dia telah sedar bahawa dia jatuh sakit, sudah pasti dia akan mencari penawarnya... namun bagi yang tidak sedar akan penyakitnya, dia akan biarkan tubuhnya menderita secara tidak sedar, dia sedang mengalami luka2 yang semakin parah....

bersyukurlah ketika kita sedar bahawa kita sedang menghadapi masalah.... Kenapa Said Hawa menjadi ulama tasawuf yang hebat? Kerana beliau juga dahulu mengalami masalah jiwa... begitu juga dengan Imam Ghazali.... mereka melalui masalah2 dalam hidup... kerana itu mereka menjadi hebat....

kesenangan itu satu kenikmatan... tapi kebanyakan nikmat itu adalah istidraj.... "



Monday, July 18, 2011

Jaulah G-13 Alumni MATRI


Daripada ana : 


" Alhamdulillah..tamat Jaulah G-13 Alumni MATRI kali ni..jazakALLAHu khairan kathira kepada semua , tuan rumah Hamizan Abd Hamid & Afifie Zakaria   dengan jamuannya dan seluruh sahabat2 yg join , tahniah dgn Syed Ahmad Fathi & Aniep Ismail utk wakil tazkirah dgn adik2 MATRI..moga ALLAH terima sbgai amal soleh kita..gembira sgt2 dapat jumpa..gmbar2 bakal mnyusul..:)"



Tentatif : 
Tentatif Jaulah G-13
SABTU 16 JULAI 2011
6.00 – Subuh , Al-Mathurat
7.30 – 8.45 – Sarapan
10.00 - 12.00 – & Penyampaian 1 ( Ustaz Omar Hj Salleh )
12.15- 3.00 – Lunch ( rumah Hamizan ) , Solat Zohor
3.15 – 4.30 – Mandi Bukit Ayer , Solat Asar
5.30 – 7.00 – Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dengan MATRI U-18
8.15 – 9.10 – Tazkirah dengan adik2 MATRI ( oleh wakil Kita )
9.00 -11.00- Makan Malam BBQ di rumah Afifi
11.30 – Bebas

AHAD 17 JULAI 2011
6.00 – 8.30 - Solat Subuh , Al – Mathurat , Sarapan
 
8.45 – 11.00 - Futsal 
12.00 - 2.00 - Fotografi & Ronda Padang Besar
2.00 – 3.45 – Lunch ( rumah afifi )  & Bersurai

Wednesday, July 13, 2011

Debaran kian terasa

Assalamualaikum.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat.Sihat jasmani dan rohani.Tak sabar rasanya mahu bersua muka dengan sahabat-sahabat lama setelah lama berpisah.Hehe.

Tak ada nak share apa pun actually just nak meluahkan perasaan tak sabar hendak bertemu.Sedih juga sebenarnya ramai yang tidak dapat hadir. Tapi inshaallah ukhuwwah tu bukan sekadar berjumpa bersama. Kalau boleh saling mendoakan pun inshaallah dah cukup bagus.

Jadi di doakanlah yang tak dapat hadir semoga diberi kemudahan dan kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi. Dan bagi yang akan memulakan perjalanan didoakan agar selamat sampai nanti ke Perlis.

Terima kasih kepada organizer yang bersusah payah plan berminggu-minggu untuk pertemuan ini. Moga pertemuan ini kita dapat something yang berharga dan bukan sekadar berjumpa-jumpa kosong sahaja.

Tak sabar rasanya nak lihat perubahan-perubahan di wajah sahabat-sahabat.Perubahan di MATRI juga.Hehe.

Selamat bereunion.

Inshaallah jumpa di Perlis.

Wallahualam.