Monday, January 24, 2011

Hari-hari yang diharamkan berpuasa

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

Friday, January 21, 2011

Railah Dia Jika Dia Datang KepadaMu

by ~alwan83 at Daviantart


Sahabat adalah mereka yang datang dalam hidup kita dalam apa jua cara. Mereka dianggap oleh kita seseorang yang menyenangkan kita di kala susah dan ceria bersama dikala senang. Mereka juga hadir dengan pelbagai ragam. Adakalnya menggembirakan dan adakalanya menyusahkan bagi diri kita.

Yang dikatakan sahabat datang dalam keadaan menggembirakan adalah ketika dia datang dalam keadaan bertepatan dengan erti persahabatan bagi diri kita. Dan yang menyusahkan adalah dia datang dalam pada situasi yang sebaliknya.

Pernah sekali pengalaman ana duduk dalam situasi begini. Sahabat datang dalam keadaan dia menyusahkan ana. Bagi diri ana dia merimaskan ana ketika itu. Walaupun ana tidak menunjukkan sebarang respon tidak suka. Tapi bagi ana layanan padanya adalah bukti ana tidak suka dia datang time tu.

Sahabat ini datang ketika ana sedang sibuk berfacebook. Melayan kawan2 difacebook. Dia datang dari utara tanah air. Dan kediaman ana ketika itu di Johor. Ana rasa time tu dia datang dengna harapan ada beberapa cerita yang dia mampu kongsikan bersama. Walaupun cerita yang remeh-temeh. Biasalah, kalau dah duduk sama2 batch ni, mesti ada kenangan lama dan pengalaman baru yang nak diceritakan. Lagi2 mereka yang dah nak sampai seruan walimah. haha.

Dia cuba berbual dengan ana, tapi ana masih sibuk berfacebook. Dia mula menggapai surat khabar yang berdekatan dengannya. Satu-satu surat khabar ditatap. Dari surat khabar baru hingga surat khabar yang dah bertarikh 2 atau 3 hari yang lepas. Ada sesekali dia cuba membangkitkan berita2 yang ada dalam surat khabar tu kepadaku. Tapi jawapan aku mengecewakan dia.

Dan 1 jam selepas itu dia melelapkan mata. Perasaan ana tidak sedikit pun tersentuh time tu. Mungkin bagi ana, rakan di facebook lagi aula.

1-2 jam dia terlelap di sofa, akhirnya sahabat ana yang sorang lagi telefonnya ajak balik rumah. Sahabat yang dia tumpang tidur. Ketika tu dah pukul 2 pagi kot. Akhirnya dia meninggalkan aku. Dia pulang ke rumah sahabat ana yang sorang lagi. 

2-3 hari selepas itu dia pulang ke rumahnya di utara tanah air. Itupun ana sempat menelefon sahaja. Mungkin ketika itu hatinya sangat gembira dirai oleh sahabat nya yang lagi sorang. Dan kegembiraannya berbaur kekecewaan ketika dia merasai raianku.

Beberapa hari selepas itu ketika aku sedang berfacebook dia menghantarkan mesej padaku. "Tengah sibuk ke main soal2?" Huh, hati ana time tu seperti ada something yang tidak kena. Merasakan ada sesuatu hajat yang sperti ana tidak lunaskan. Dan merasakan yang dia pasti tidak akan menjejak kaki lagi di Johor jika yang orang akan meraikan kehadirannya adalah ana.

Inilah yang ana ingin kongsikan mengenai penglaman dalam dunia persahabatan. Dan pengalaman ini mengajarkan ana tentang erti persahabatan yang sebenar. 

"Sahabat adalah mereka yang mampu menolong kita keluar dari lubang kemaksiatan. Dan menarik kita memasuki dalam taman amalan yang sangat indah dan menenangkan"

Pada sesuatu kedaan kita bukan tidak tahu mana satu yang penting dalam kehidupan. Tapi kita keliru padanya. Berdoa dan beristikharah lah selalu pada ALLAH swt. Agar pilihan yang kita lakukan adalah bertepatan dalam landasan syariat ALLAH.

p/s : Kalau Iqbal Harun baca: Iqbal, ana nak minta maaf atas kekhilafan yang ana lakukan sepanjang persahabatan kita. Semoga ALLAH sentiasa satukan hati kita dan semua sahabat yang lain. Semoga ALLAH masih sayang kita.

Thursday, January 20, 2011

Malu MenghadapNYA




Apabila Tuhanku berkata kepadaku:

"Tidak malukah kamu menderhaka kepadaKu?

Kamu sembunyikan dosa dari makhlukKu.

Sedangkan Penuh noda dan dosa pabila engkau menghadapku."

Almuntalaq, Syeikh Muhammad Ahmad Arrasyid.

Wednesday, January 19, 2011

Sisi ALLAH

" Sekiranya kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi ALLAH , kita lihat ALLAH di mana di sisi kita "
Halaqah , 14hb Nov 2006 , 7.30 pg

Bagi yang mungkin terlupa




Sudah lama kita tinggalkan alam persekolahan.Walaupun hati merasakan seperti baru semalam berpisah dengan kehangatan bersama sahabat-sahabat. Sepanjang tempoh selesainya kertas terakhir SPM sehingga hari ini kita dapat lihat bagaimana sahabat-sahabat yang kita sayangi satu persatu rebah . Kalah kepada cinta yang mengasyikkan dan melemahkan.Bagi yang masih bertahan atau telah rebah dan ingin bangun semula. Mari hayati video ini yang mungkin boleh menghangatkan semula hati yang telah lama sejuk kerana terpisah dengan teguran dan nasihat. Moga kita semua ALLAH teguhkan hati dalam mengharungi hidup yang singkat ini bersama dakwah dan tarbiyah.Wallahualam.

Monday, January 17, 2011

Taubat

"Tetapi barangsiapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya ALLAH menerima taubatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Maidah: 39)